Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mei 15, 2012

FELDA HARTA PUSAKA BAPAK UMNO YG PUNYA? KAH KAH KAH !

Beliau adalah Ahli Parlimen Bera iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan telah mengatakan tiada gunanya Peserta Felda terus tinggal di tanah rancangan Felda jika mereka berasa kehidupan
tidak pernah berubah dan masih dihimpit kemiskinan... dan peneroka seperti itu jika masih berada di tanah rancangan
hanya akan menjadi parasit dan sentiasa meracuni pemikiran peneroka lain
dengan menyebarkan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan serta pengurusan
Felda.




Menurut beliau "peneroka yang berasa diri mereka tertipu atau menjadi mangsa
penipuan Kerajaan dan Felda diminta meninggalkan tanah rancangan... kalau tidak pandai bersyukur, sila tulis surat dan keluar dari Felda
supaya tempat mereka boleh diisi orang lain kerana masih ramai lagi
berminat untuk menyertai Felda...  mereka ini menjadi duri dalam daging yang sanggup
mengkhianati perjuangan Peneroka dan Kerajaan dalam usaha memajukan
tanah rancangan".





­"Pemberian RM15,000 ke­pada setiap keluarga
membuktikan ­kerajaan menghargai pengorbanan peneroka yang setia
­bersama Kerajaan serta Felda... sesiapa yang menganggap wang itu haram diminta tidak mengambilnya atau memulangkan semula wang tersebut... jika wang itu dianggap haram maka ia tidak boleh digunakan dan perlu dipulangkan semula kepada Felda" katanya semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama
Peneroka dan penyerahan wang durian runtuh Felda di Dewan Orang Ramai
Felda Mayam.




Datuk ni adalah Seorang Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan... buat aje lah kerja Datuk sendiri yang banyak belum lagi selesai...banyak lagi barangan pengguna yang tak sampai kepada pengguna dan kalau sampai harga nya  macam barangan yang tak mahu dijual... iaitu Mahal... apa hak Datuk untuk suruh Peserta Felda yang mempunyai Hak keatas tanah mereka untuk keluar... berapa Felda boleh tawarkan harga untuk peserta keluar... ingat Datuk Tanah Peserta Felda bukan Harta Pusaka Bapa Umno iaitu Inggeris Penjajah yang punya... ok
.





Tanah tersebut adalah hasil titik peluh Peserta Felda... yang berhutang dengan Felda dan telah pun dilangsaikan hutangnya... bukan Free Datuk atau bukan dapat percuma macam Umno menerima Kemerdekaan Dari bapa Inggeris Penjajahnya... dimana orang lain yang berjuang Umno yang mengambil kesempatan dan mendapat nama... orang yang benar-benar berjuang di tuduh pengkhianat atau pun komunis oleh Bapa Umno Inggeris Penjajah... umpama orang bersilat mendapat Buah Longgok sedangkan pesilat lain berhempas pulas untuk mendapat sesuatu buah silat... itu lah dia Umno... kah kah kah !. sumber klik sini








hemmmmm..... gua rasa datuk ni antara ahli parlimen umno/bn yang mula rasa tertekan dengan perubahan lanskap cara peserta felda berpolitik... mungkin itu yang membuat beliau terucap menyuruh peserta felda keluar dari felda... seolah-olah felda harta pusaka bapak umno... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.



Dicatat oleh
Mat Indera Sipejuang


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive