Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 14, 2012

Tol Sudah Sepatutnya Dihapuskan, Berapa Banyak Lagi Mahu Untung?



Antara perkara utama adalah kaji hapus tol

SUBANG JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad hari ini memberitahu apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, antara perkara yang utama akan dipertimbangkan adalah menghapuskan tol bagi mengurangkan beban rakyat.

Beliau yang ditemui ketika himpunan hapuskan tol di Tol Batu Tiga memberitahu apa yang dilakukan ini adalah tindakan rakyat untuk mendesak kerajaan agar menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Lebih kurang seribu orang hadir bagi mendesak tol dihapuskan di kedua-dua tempat iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Bayaran yang dikenakan sebanyak RM1 bagi Tol Sungai Rasau dan RM1.10 untuk kepada sebuah kereta telah mengakibatkan kesesakan yang teruk setiap awal pagi dan juga petang.

Turut hadir pada himpunan tersebut adalah exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, Adun Seri Muda, Suhaimei Shafiei dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.



"Ini merupakan satu program yang ditunjukkan oleh rakyat agar kedua-dua tol di Lebuhraya Persekutuan dihapuskan dengan segera supaya ia tidak terus membebani rakyat.

"Kita menjangkakan sepanjang tiga puluh tahun operasi tol ini, syarikat tersebut sudah mendapat kembali modal yang mereka keluarkan malah telah mendapat keuntungan yang berlebihan," kata Khalid.

Tambahnya Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau merupakan tol yang terawal beroperasi di bawah kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hampir tiga puluh tahun operasi.

"Tol ini merupakan yang paling laris dan mustahil jika pihak Plus belum mendapat apa-apa keuntungan dari pengoperasian mereka.

"Malah sebelum tol ini beroperasi, lebuhraya persekutuan telah wujud lebih awal iaitu sekitar tahun 60an bagi menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang," sambung beliau yang turut serta dalam himpunan tersebut.

Maka atas dasar tersebut, Khalid berpendapat tol ini sudah sepatutnya dihapuskan.

Menurutnya lagi, kewujudan kedua-dua tol tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas yang teruk pada awal pagi dan waktu petang.

"Matlamat mewujudkan lebuhraya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas tetapi kalau tol menyebabkan kesesakan melampu saya pasti matlamat mewujudkan lebuhraya ini tidak akan tercapai.

"Bagi saya penghapusan tol ini selain dapat membebankan kos sara hidup rakyat ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalulintas," tambah beliau lagi. -HD

5 minit tol percuma di Batu Tiga



Kira-kira lebih 30 kenderaan berjaya melalui tol Batu Tiga, Shah Alam secara percuma hari ini dalam perhimpunan oleh 300 orang penyokong Pakatan Rakyat di plaza tol berkenaan.

Kenderaan berkenaan dapat melalui tol tanpa bayaran apabila salah seorang peserta perhimpunan tersebut bertindak mengangkat palang di satu lorong di plaza berkenaan selama kira-kira lima minit.

Bagaimanapun, kutipan bayaran berkenaan kembali kepada keadaan sedia kala apabila ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengarahkan agar palang itu diturunkan.

Jayakumar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan menemui pemegang konsesi lebuhraya berkenaan, Projek Lebuhraya Utara Selatan, bagi membayar ganti rugi yang ditanggung akibat tindakan tersebut.

"Saya telah bertemu dengan orang PLUS di sini dan mereka kata akan lihat di kamera CCTV berapa kereta yang lalu. Ada dalam 30 buah juga yang lalu.

"Dan saya kata pada mereka, beritahu berapa dan saya akan bayarkan jumlahnya," katanya.

Demonstrasi yang bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu.

Selain membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan tol baru betul' dan 'Hapuskan tol demi rakyat', mereka melaungkan "Hidup Rakyat", "Undi Pakatan Rakyat tak bayar tol, undi BN bayar tol", dan "Hapuskan tol".

Kumpulan itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan tol demi rakyat' kepada orang ramai yang melalui tol tersebut.

Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut menyifkatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai "paling mengarut dalam negara."

Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong.

Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya.

"Selepas 20 tahun digunakan dan meraih puluhan ribu ringgi setiap hari, tidakkah patut mereka mansuhkan tol ini sekarang?," soalnya. -mk

greenboc

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. MEMANG MENGARUT.. KASI HAPUS KALU RAKYAT JIMAT rm 2 SEHARI.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive