Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 13, 2012

Demi untuk meramaikan Majlis Sambutan Hari UMNO, UMNO hina Perlembagaan Malaysia




Tahukah anda?? Dengan menghantar surat jemputan kepada Mahasiswa untuk ke Majlis Sambutan Hari UMNO yang berada di dalam Kampus, UMNO telah menghina Perlembagaan Malaysia.



Ini kerana demi untuk mengekalkan kesuburan akademik dan memastikan Universiti
kekal sebagai pusat perkembangan ilmu, maka tegahan dan larangan untuk
mana-mana parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus tetap
dikekalkan dalam AUKU yang telah di bahaskan dan dipinda dalam Parlimen.



Hanya pelajar yang dibenarkan melibatkan diri dengan politik kepartian
di luar kampus, bukannya parti politik luar yang masuk ke dalam kawasan
kampus universiti.



Itulah sikap sebenar pemimpin-pemimpin UMNO Baru yang mahu membuktikan kepada Najib bahawa beliau mendapat sambutan rakyat walau kemana beliau pergi..



Segalanya mereka langgar, hatta undang-undang yang telah dibahaskan dan diluluskan di Parlimen sendiri.



Jika hanya kerana mahu menunjukkan kepada Najib dan juga rakyat Malaysia bahawa UMNO masih disokong kebanyakkan rakyat Malaysia mereka melanggar Perlembagaan Negara.. apa agaknya yang mereka sanggup lakukan untuk mengekalkan kuasa??




****************************************




Kenyataan media oleh Presiden
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2010/2011



Isu keterlibatan mahasiswa dalam politik kepartian khususnya di arena
politik tanah air mendapat liputan yang sangat meluas, khususnya selepas
isu penahanan empat orang pelajar UKM ketika kempen Pilihanraya Kecil
Parlimen Hulu Selangar sebelum ini.  Perbicaraan terhadap keempat-empat
pelajar tersebut menyaksikan mereka memenangi kes di mahkamah, kerana
berjaya mewujudkan keraguan terhadap Perkara 15 AUKU, dengan
Perlembagaan Malaysia.



Kesinambungan daripada isu tersebut,
mahasiswa mula menunjukkan kebangkitan untuk menuntut hak mereka,
apabila mereka secara langsung dapat menyaksikan bahawa selama ini hak
mereka dinafikan oleh suatu klausa di dalam AUKU, yang menyaksikan
percanggahan antara AUKU dengan Perlembagaan Malaysia.



Sehubungan
dengan itu, pada bulan Mac sehingga April yang lalu, perbahasan panjang
mengenai perkara ini diparlimen telah berlangsung, yang menyaksikan
akhirnya AUKU telah dipinda, dan halangan kepada mahasiswa untuk
berpartisipasi dalam politik kepartian, akhirnya berjaya dipinda.



Perenggan 15 (2)(c) telah digugurkan yang mana sebelum ini melarang
untuk mana-mana pelajar daripada bertanding bagi atau memegang apa-apa
jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan, atau kumpulan
pelajar di dalam kampus, sekiranya memegang sesuatu jawatan dalam
sesebuah parti politik.



Perkara ini kemudiannya telah diluluskan
dan dinyatakan dalam ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang
tersebut oleh Menteri Pengajian Tinggi di Parlimen baru-baru ini.



Namun, demi untuk mengekalkan kesuburan akademik dan memastikan
Universiti kekal sebagai pusat perkembangan ilmu, maka tegahan dan
larangan untuk mana-mana parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus
tetap dikekalkan.  Hanya pelajar yang dibenarkan melibatkan diri dengan
politik kepartian di luar kampus, bukannya parti politik luar yang masuk
ke dalam kawasan kampus universiti
.



Namun, pihak PMUKM agak
terkejut, kerana setelah undang-undang ini digazetkan, ia seolah-olah
dipandang enteng dan diambil mudah oleh sesetengah pihak berkaitan isu
ini.  Hal ini kerana, bertarikh 8 Mei 2012, PMUKM telah menerima
jemputan rasmi daripada UMNO Malaysia, yang dinamakan kepada EXCO MPP
PMUKM untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari UMNO ke-66 pada 11 Mei 2012
(Jumaat), pada jam 7:00 petang bertempat di Stadium Nasional Bukit
Jalil, Sri Petaling, Kuala Lumpur.



Perkara ini dipandang dengan serius,
kerana tindakan terbuka UMNO Malaysia ini dilihat dengan angkuhnya
menghina Perlembagaan Malaysia, kerana melakukan tindakan yang
membelakangi perlembagaan yang telah disahkan di parlimen.  Seperti yang
dinyatakan di atas, tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik
untuk masuk ke dalam mana-mana kampus, masih dikekalkan.



Timbul
sedikit persoalan dari pihak kami berkenaan surat jemputan ini, adakah
pindaan undang-undang AUKU ini hanya sekadar kosmetik untuk menarik
sokongan anak muda, atau ada agenda tertentu, khususnya menjelang
pilihanraya umum yang akan berlansung hanya beberapa ketika daripada
sekarang.  Maka untuk mengukuhkan dakwaan ini, kami lampirkan bersama
bukti surat jemputan tersebut di sini.



Justeru, kami memohon agar
pihak Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya, dan seluruh universiti
di Malaysia amnya untuk tidak bersikap sambil lewa dan hanya memandang
sebelah mata, apabila sesuatu isu itu berkaitan dengan pihak tertentu,
akan tetapi cepat melatah apabila isu atau perkara yang datang daripada
pihak yang lain.  Maka dalam kondisi meraikan tuntutan mahasiswa untuk
menyuarakan hak, janganlah ianya dicemari dengan tindakan kotor pihak
tertentu, yang menghalalkan segala apa yang mereka inginkan tanpa
mengikut garis panduan dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam
Perlembagaan Malaysia.



Selaku wakil kepada mahasiswa Univeristi
Kebangsaan Malaysia, PMUKM menyatakan pendirian untuk tidak terlibat
samada menghadiri atau menyatakan sokongan kepada Sambutan Hari UMNO
ke-66 ini, kerana jemputan yang diberikan ini jelas menunjukkan wujudnya
tindakan langsung daripada pihak UMNO, iaitu parti politik luar untuk
masuk ke dalam kampus dengan sesuka hati, tanpa mempedulikan kedaulatan
Perlembagaan Malaysia yang menegah tindakan tidak beretika ini.



Andai
ada pihak yang ingin menghadiri program ini atas kapasiti peribadi, itu
adalah keputusan individu dan masih selari dengan apa yang diperuntukkan
di bawah perkara 15 AUKU, namun apabila adanya jemputan secara rasmi
daripada pihak UMNO kepada EXCO MPP PMUKM, ini jelas bercanggah dengan
AUKU, dan mencemarkan reputasi UKM sebagai sebuah lubuk ilmu yang bebas
dariapda pengaruh mana-mana parti politik luar.



Sebagai
kesimpulan, kami mendesak respon segera daripada Pihak Pentadbiran UKM,
khususnya Naib Canselor UKM dan Menteri Pengajian Tinggi, berkaitan isu
ini, demi membersihkan imej UKM daripada sebarang pengaruh anasir kotor
daripada parti politik luar.  Andai perkara ini terus didiamkan dan
tindakan membisu daripada pihak yang bertanggungjawab, maka jelas,
pindaan AUKU dan segala bentuk perkara yang berlaku sebelum ini adalah
sekadar retorik politik, yang penuh dengan kepalsuan dan tipu daya.



Mohon reaksi segera daripada pihak yang berkaitan.





Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi

Presiden Persatuan Mahasiswa

Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2010/2011.





Anak Sungai Derhaka


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive