Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 18, 2012

Scorpene: Najib dicabar saman media antarabangsa – Shamsul


(Oleh Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR 18 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap media Kanada, The Vancouver Sun yang mengaitkan beliau dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sehingga kini berdiam diri dan tidak berani menyanggah laporan tersebut yang sebelum ini turut disiarkan laman web antarabangsa, Asia Sentinel.

“Setakat ini, belum ada pendirian rasmi daripada Perdana Menteri dan pejabat beliau tentang tulisan-tulisan yang dipaparkan media antarabangsa yang memberi kesan negatif terhadap kedudukan Malaysia di mata dunia.

“Saya ingin mencabar Najib supaya menafikan sekeras-kerasnya dua tulisan oleh media antarabangsa ini, malah mengambil pendirian tegas dengan memfailkan saman sekiranya apa yang disebutkan itu fitnah dan bertujuan memalukan Perdana Menteri,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, skandal Scorpene yang melibatkan pemberian komisen ratusan juta ringgit menarik perhatian masyarakat antarabangsa yang mahukan keadilan diberi kepada mereka yang menjadi mangsa dalam kes itu.

“Isu Scorpene bukan sekadar membabitkan isu politik dalaman negara tetapi menjadi perhatian antarabangsa berhubung penyelewengan dan rasuah sehingga membabitkan pembunuhan seorang wanita Mongolia (Altantuya Shaariibu),” kata Shamsul.

Ditanya sama ada laporan media antarabangsa mempunyai kredibiliti, Shamsul berkata, “Saya yakin media antarabangsa mempunyai pemahaman jelas tentang risiko yang bakal mereka hadapi apabila menerbitkan berita mengenai seseorang pemimpin sesuatu negara,” kata beliau.

Sebelum ini, Najib dicabar menyaman laman web Asian Sentinel yang mendedahkan bahawa rasuah Scorpene yang disalur menerusi Hong Kong.

Artikel yang ditulis John Berthesen itu mendedahkan sejumlah RM144 juta dibayar menerusi syarikat Terasasi (HK) Ltd yang berdaftar di Hong Hong dan dikendalikan Razak Baginda- kenalan rapat Najib dan bapanya, Abdul Malim Baginda.
Bagaimanapun, Najib sehingga kini masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respon terhadap dakwaan itu.


KD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive