Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mei 05, 2012

NAJIB SALAH INFO KE BAI?



DEY MACHA!!!
AH JIB GOR SALAH INFO KA?
DIA INGAT BERSIH TU NAK GULING KERA-JAAN
PASAI TU PESERTA DIBELASAH KOW-KOW OLEH POLIS
KAH! KAH! KAH!

ITU BARU KERETA POLIS KENA GULING
BELUM BETOI-BETOI BN KENA GULING LAGI
TAPI DAH MENGGELABAH BEWAK
KAH! KAH! KAH!

JANGAN BUAT LAWAK LA BEB...
TAK PERNAH DALAM SEJARAH
ORANG NAK BUAT REVOLUSI MINTA IZIN
KAH! KAH! KAH!

BERSIH MINTAK IZIN NAK GUNA DATARAN MERDEKA
TAPI HANGPA EGO TAKNAK BAGI
HANGPA PERTAHANKAN DATARAN
SAMPAI SANGGUP CEDERAKAN RAKYAT
MACAM TU PUN KATA NAK GULING KERAJAAN KA?
KAH! KAH! KAH!

PM: Perhimpunan Sabtu lalu cubaan guling k'jaan

Perhimpunan badan bukan kerajaan berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    

Perdana Menteri berkata tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

    

najib in penang usm dialogue 220412"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.



"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di Gua Musang hari ini.



Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, berucap di hadapan lebih 30,000 orang yang mula menunggu ketibaan beliau sejak pukul 7 pagi di padang Pusat Sivik itu.


Perdana Menteri berkata kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kumpulan tersebut yang cuba menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.

   

Beliau berkata dalam cubaan kumpulan terbabit menawan Dataran Merdeka, mereka telah bertindak ganas antaranya mencederakan anggota polis dan wartawan serta merosakkan kenderaan polis dan harta awam.

   

thanggam bersih barrier breach barricade 010512Semalam, Timbalan Ketua PKR Cabang Rasah, R Tangam merupakan orang pertama didakwa di mahkamah atas tuduhan melanggar perintah Mahkamah Majistret berhubung larangan menyertai perhimpunan yang bertukar ganas Sabtu lepas.

   

Hari ini, polis menyiarkan gambar 49 individu yang dikehendaki polis dalam akhbar-akhbar tempatan yang disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan sepanjang perhimpunan itu.



Perdana Menteri berkata kumpulan tersebut menyalahkan polis yang didakwa menyebabkan tercetusnya kekecohan pada perhimpunan tersebut.

   

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar kumpulan itu agar bersaing melalui saluran pilihan raya.

   

"Kepada kumpulan ini, bersainglah di peti undi, kalau anak jantan bersainglah di peti undi.

   

"Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis, tetapi perkara ini boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang yang diluluskan Parlimen," katanya.

   

Perdana menteri berkata kerajaan telah menawarkan lokasi yang sesuai untuk mereka berhimpun secara aman termasuk di Stadium Merdeka tetapi mereka menolak tawaran itu.

   

NONE"Mereka tolak Stadium Merdeka kerana niat mereka itu, kalau negara harmoni dan semua dalam keadaan baik, mereka tidak boleh duduk di takhta Putrajaya," katanya.

   

Sementara itu, Najib berbangga dengan orang ramai termasuk penduduk di Gua Musang, yang membanjiri padang Pusat Sivik itu, yang dapat berhimpun secara aman dengan semangat perpaduan yang tinggi tanpa mencetuskan keadaan huru hara.



"Saya tabik kepada orang Gua Musang, kita boleh beritahu pada puak yang berhimpun dekat Dataran Merdeka bahawa orang Gua Musang lebih bertamadun

daripada mereka.



"Mereka (penduduk Gua Musang) mencerminkan masyarakat madani, menghormati prinsip undang-undang dan tidak mahu kacau bilau," katanya.



- Bernama



MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. bukan silap tapi tak bijak.. kalau tak bijak tu maknanya apa murid-murid? kihkih!

    BalasPadam
  2. anak murid tadika kemas4/5/12 10:15 PTG

    dungu

    BalasPadam
  3. salam...err apahal ler ari nih bila aku bukak blog nih ternampak dlm list... blog porno...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive