Ahad, Mei 06, 2012
NAJIB KENA JELAS DAKWAAN MINTA RM3 BILION
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib menjelaskan tindakannya meminta bayaran AS$1 bilion (RM3 bilion) berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene.Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tuntutan bayaran itu merupakan jenayah rasuah dan ia dibuat untuk kepentingan pemimpin Umno itu dan syarikat Perimekar milik kroninya.“Tiga point penting di sini, pertama, menunjukkan ketidakupayaan agensi seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis menyiasat skandal ini secara terbuka dan telus hanya kerana ia melibatkan Najib dan kroninya.
“Berbanding agensi sama di Perancis yang berjaya mengesan skandal ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang di negara berkenaan,” katanya.
Beliau mengulas pendedahan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bahawa Najib semasa menjawat Menteri Pertahanan meminta RM3 bilion untuk syarikat Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCNS sebagai syarat bertemu beliau pada 14 Julai 2001.
Kedua katanya, dokumen itu mengesahkan penglibatan Najib dalam skandal itu dan ia hanya satu daripada 153 dokumen yang didedahkan setakat ini.
“Rakyat tidak mempertikai pembelian kapal selam kerana ia amat diperlukan kerana negara kita memiliki sempadan seperti Selat Tebrau dan Laut Cina Selatan tetapi yang kita pertikai ialah proses pembelian.
“Najib mungkin boleh lepas di Malaysia kerana beliau berkuasa menekan agensi kerajaan, namun pasti gagal di peringkat antarabangsa,” tegas beliau.
Ketiga pula jelas Saifuddin, apa yang didedah Pakatan Rakyat mengenai skandal Scorpene selama ini adalah benar dan menjadi kewajipan Najib untuk menjawabnya.
“Maka menjadi tugas rakyat juga untuk membuat pilihan pada pilihan raya umum kali ini sama ada mahu mengekalkan Najib selaku PM atau tidak.
“Malaysia kini menjadi tumpuan dunia ekoran penglibatan Najib dalam skandal rasuah dan ini sangat memalukan negara kerana pemimpinnya sanggup meminta rasuah demi kepentingan diri dan kroni,” katanya.
Najib sebelum ini enggan memberikan komen ketika ditanya mengenai kes perbicaraan rasuah Scorpene oleh wartawan, malah memendekkan sidang media di Universiti Sains Malaysia, 21 April lalu.
Beliau ditanya sama ada akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
Bagaimanapun, sidang media yang tidak sampai 10 minit itu segera ditamatkan.
Tinjauan Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak diketahui punca perniagaannya.
Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan.
Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia.
Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi.
Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao.
Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.
Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis.
kl-today
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2012
(1452)
-
▼
Mei
(112)
- Syarikat pertahanan Perancis didakwa 'beli' dokume...
- Remaja Bawah Umur Dicekup Di Bilik Rahsia
- KONSERT K-POP NAIKKAN NAFSU BELIA
- KENAPA NAJIB TAKUT DEBAT DENGAN ANWAR?
- Najib habiskan RM20Juta untuk Himpunan Belia?
- DAH TUA PUN NAK MENGGATAI LAGI...BINI TAK CUKUP K-...
- Ibu Terkedu Melihat 2 Orang Anaknya Berpelukan Sep...
- BERANI KE MB PERLIS BERDEBAT?
- Anwar Ibrahim Dihalau Dari Masjid ?
- HIMPUNAN ROSAKKAN JUTAAN BELIA
- LAWAK AHAD: SAKIT
- VIDEO PALING STIM
- K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal
- LAYANAN SEKS LEPAS JAMU SELERA
- Ceramah PKR Lembah Pantai Kena Baling Batu, Telur,...
- BISMILLAH 5 Penyembuh Pelbagai Penyakit
- UMNGOK SEMAKIN HAMLAU
- BERSIH 4.0: Cabutan bertuah BMW dan Lamborghini
- Perbicaraan Scorpene: Najib mesti hadir
- Tunggang motosikal 3 jam datang temui MB
- Perbicaraan Scorpene: Jika enggan, Interpol boleh ...
- VIDEO DEBAT: KJ VS RAFIZI
- Beranikah Najib letak pisau di leher Rosmah?
- Kakak Terkejut Lihat Aksi Seks Adik Di Atas Buaian
- FRU TAK NAK PI SEMBOQ KA?
- NAJIB USAH TAKUT KELUAR DARI PUTRAJAYA
- BAJU BERSIH 3.0 TERKOYAK DISENTAP TOK SIAK DALAM M...
- Sokong Royalti Minyak Untuk Kelantan Gimik Annuar
- Fauzi, bekas pengarah PDRM sertai Pas
- UMNGOK AMBIL ALIH BERSIH 4.0 KAH KAH KAH
- Dicekup lepas berasmara
- ADUN KENA BALING TELUR
- LAWAK AHAD: JANDA 18 TAHUN
- CHELSEA JUARA CHAMPIONS LEAGUE
- KELANTAN JUARA PIALA FA 2012
- VIDEO PANAS!!! ORANG UMNO JANGAN TENGOK
- Piala FA: Kelantan, Sime Darby sasar 'cipta sejarah'
- Wanita dakwa ditembak gas di paha dari dekat
- Scorpene: Najib dicabar saman media antarabangsa –...
- 7 Malaikat penjaga 7 Langit
- Wanita Hamil 9 Bulan Ditendang dan Dipaksa Jilat A...
- Pelajar Yaman Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..
- Pak Samad : “Jangan Hiraukan Kenyataan Menteri Dal...
- UMNO: Tak payah guna kepala, sekarang guna punggun...
- Presiden 'Senaman Punggung' Pernah Guna Gelaran Da...
- OTAK LETAK KAT PUNGKOQ TAPI NAK TUNJUK HEBAT
- VIDEO DEMO DEPAN NAJIB DI LONDON
- Minum Air Mayat Seminggu
- SENAMAN PUNGGUNG DAN JILAT AISKRIM
- FELDA HARTA PUSAKA BAPAK UMNO YG PUNYA? KAH KAH K...
- Saya bukan katak
- Akhbar Pencacai: Muka Depan Tibai PAS, Muka 35 Sia...
- 7 sebab Umno BN sudah tidak layak perintah negara
- Broker Dibogel, Dicabul, Diikat & Dikurung
- Tol Sudah Sepatutnya Dihapuskan, Berapa Banyak Lag...
- KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS
- LIVE: Manchester City vs QPR
- UMNO GUNA HARTA KERAJAAN MACAM HARTA MAK BAPAK DEPA
- URGENT !!! JANGAN TIDOQ PETANG NI..
- LAWAK AHAD: CUCUK
- Demi untuk meramaikan Majlis Sambutan Hari UMNO, U...
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 12/05/2012
- VIDEO PANAS!!! UMNO HARAM
- BUKTI UMNO PERALAT MAHASISWA UNTUK KE MAJLIS MATEM...
- NASI CAMPUR SEPINGGAN RM7.50
- MATEMATIK UMNO ( 2012 - 1988 = 66 )
- UMNO baru 24 tahun, bukan 66 tahun! Jangan perasan...
- Warkah ini bukanlah bermatlamat memperlekehkan Maj...
- 4 Petua Mudah Hamil Untuk Wanita
- Kisah Wanita Bermimpi Lelaki Tawaf Tanpa Seurat Be...
- BILA MAMAK 1MALAYSIA MULA JUAL BURGER
- RAJA LAWAK JUAL BURGER
- 'Protes burger' depan rumah Ambiga
- Cerita Sarip Dol, samseng Kampung Dusun
- ORANG YANG BENCI KEPADA BERSIH 3.0 KETUAI BADAN BE...
- GAMBAQ YANG BIKIN NAJIB GELABAH BEWAK
- Sejarah politik paling kotor sejak merdeka
- ANTARA DUA DARJAT
- Aku, Lamborghini Gallardo dan Najib Razak
- Pengarah Unit Amal PAS terima peluru
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 08/05/2012
- RESPON UNTUK MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
- BERSIH 4.0 : CADANGAN GUA
- Antara Ceritera Seks Dan Agenda Perubahan
- Bimbang diguling, Najib takut bayang-bayang
- NAK TAU SAPA SAMSENG TENGOK VIDEO NI
- Jangan sempitkan fatwa untuk demonstrasi sahaja
- Gambar Pemuda Umno Gagah Perkasa Cium Tangan Rosma...
- SEJARAH KENCING
- NAJIB KENA JELAS DAKWAAN MINTA RM3 BILION
- LAWAK AHAD: MAKAN RUMPUT
- CHELSEA JUARA PIALA FA 2012
- LIVE FA CUP FINAL: CHELSEA VS LIVERPOOL
- INILAH SEBAB NAJIB TAK BAGI GUNA DATARAN MERDEKA
- NAJIB SALAH INFO KE BAI?
- Anggota Polis Dituduh Cabul Remaja 15 Tahun Dalam ...
- KISAH BENAR: ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK
- RUGI RM 1.8 JUTA AKIBAT PERTAHANKAN DATARAN MERDEKA
- Azmin Ali saman Utusan RM100 Juta... amekkau..
- Al-Fatihah: Bob Kuman meninggal dunia
-
▼
Mei
(112)
tak sabar nak tahu kebenaran. Sapa meneglupur. harap kebenaran terdedah sebelum PRU 13
BalasPadamharap rakyat pandai memilih
BalasPadam