Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 04, 2012

Anggota Polis Dituduh Cabul Remaja 15 Tahun Dalam Kereta Peronda


Gambar Hiasan
Kota Bharu - Seorang anggota polis trafik berpangkat Cif Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan seks di luar tabii dan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di dalam sebuah kereta peronda, dua tahun lalu.

Tertuduh Ishak Mahmud, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azman Mustapha dan minta dibicarakan selepas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Ishak didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan luar tabii dengan menyuruh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis jenis Proton Perdana di kawasan Kampung Air Terjun, Pasir Puteh pada jam 2 pagi, 2 Oktober 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada tarikh, waktu dan tempat sama, Ishak yang berasal dari Pasir Puteh turut didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul mangsa yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh membabitkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon tertuduh dibenarkan dilepas dengan jaminan yang munasabah dengan mengambil kira latar belakang keluarga, kesihatan tertuduh serta rekod bersihnya sepanjang berkhidmat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh serta ahli keluarga terdekat tidak boleh mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes. -SH


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive