Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 30, 2009

SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT 30 JUN 09



Dewan Rakyat 30 Jun 2009 (Selasa)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 2 Julai 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) setakat manakah keberkesanan pihak Kementerian dalam menyelesaikan masalah yang tiada kad pengenalan dan surat beranak sehingga hari ini di seluruh negara; dan
(b) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk mencari satu penyelesaian yang drastik untuk menangani isu kad pengenalan dan surat beranak khususnya di negeri Sarawak memandangkan hak ini telah terlalu lama dipraktikkan.

2. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah kes keganasan rumah tangga mengikut negeri dan langkah-langkah untuk melindunginya.

3. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan rancangan Kerajaan untuk membangun kawasan luar bandar di negeri Sarawak lebih-lebih lagi di kawasan Parlimen Serian dari segi
(a) Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Bekalan Air Luar Bandar; dan
(b) Jalan Kampung / Jalan Luar Bandar dan Lampu Jalan Kampung.

4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil kajian pelaksanaan dasar Islam Hadhari oleh Kerajaan. Apakah masalah yang dihadapi oleh Kerajaan sehingga dasar Islam Hadhari memerlukan kajian semula.

5. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dari tahun 2006 hingga 2008 untuk memperbaiki dan menaik taraf jalan-jalan serta parit-parit di taman perumahan dan bandar. Adakah pihak Kementerian menambah peruntukan pada RMK-10 nanti kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Jika tidak, kenapa.

6. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU, DAN AIR menyatakan keadaan bekalan air termasuk penswastaan di seluruh negara amnya dan Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur khasnya. Berapa projek khas dan taklukannya seperti terowong
dari Pahang ke Selangor akan dibina untuk memastikan tidak wujud masalah bekalan air di negara ini.

7. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilangan unit rumah yang telah dapat disiapkan bagi tempoh tahun 2000 hingga 2008 di bawah skim perumahan untuk rakyat termiskin dan apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan setiap rakyat mampu
memiliki rumah.

8. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan-tindakan yang akan dilakukan supaya kedudukan Malaysia di dalam Climate Change Perfomance Index 2009 naik daripada kedudukan sekarang iaitu 52 daripada 57.

9. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana kejayaan Konsep Rakan Kongsi Kementerian dengan Pertubuhan Belia
(a) apakah matlamat asal kewujudan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 tercapai; dan
(b) apakah langkah Kementerian bagi menjayakan matlamat supaya semua kegiatan dirancang dan dilakukan oleh pertubuhan belia.

10. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pendirian Kerajaan sama ada warga Malaysia digalakkan untuk bekerja di luar negara pada masa kemelesetan ekonomi dan pengangguran ini. Jika tidak, mengapa. Jika ya, apakah bentuk
galakan dan nyatakan sama ada caj pasport akan dikurangkan.

11. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apa sebenarnya rasional dan kebajikan yang di harapkan daripada percantuman Papan Utama dan Papan Kedua Bursa Malaysia yang bakal dilaksanakan pada bulan Ogos 2009 ini.

12. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kemajuan Projek Menaik Taraf Persimpangan Jalan Serdang Raya / Jalan Puchong-Sungai Besi yang asalnya dijangka siap pada 14 Jun 2009 dan sebab-sebab projek ini adalah 90 peratus lewat daripada jadual asal.

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:
Soalan No. 18 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar seorang imam di Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara, Syamsul Firdaus Mohamed Supri dipecat kerana menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah Jumaatnya Februari lalu.

Soalan No. 42 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa Kerajaan meletakkan syarat pengambilan insurans komprehensif (1st party) kepada teksi sebelum boleh memperbaharui cukai jalan bagi teksi yang lebih 5 tahun dan telah selesai pembayaran pinjamannya yang mana ini membebankan tuan punya teksi.

Soalan No. 44 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan peraturan-peraturan terkini kawalan tembakau dan hasil tembakau dan apakah strategi pemantauan yang efektif terutama di bangunan-bangunan Kerajaan seperti di Parlimen.

Soalan No. 50 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan raya akan diadakan.

Soalan No. 55 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk mengatasi masalah penguatkuasaan Seksyen 33 (Mendapatkan Tunggakan Caj). Akta 663 (Akta Bangunan dan Harta Bersama-Penyelenggaraan dan Pengurusan) yang menyebabkan kegagalan pengurusan dan penyelenggaraan kebanyakan rumah-rumah pangsa bertingkat di seluruh negara.

Soalan No. 62 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah projek pembinaan Jambatan Bengkok akan dikaji semula dan adakah Kerajaan bersedia untuk mengadakan rundingan semula mengenai perkara itu dengan Kerajaan Singapura.

Soalan No. 65 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan yang sedang diambil oleh pihak Kementerian kepada akhbar luar negara di dalam menyebarkan berita palsu terhadap pemimpin negara demi untuk menjaga integriti dan imej negara di mata dunia dan umat Islam.

Soalan No. 66 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pemohon yang telah memanfaatkan skim pembiayaan untuk pengajian ijazah lanjutan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua.

Soalan No. 82 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan dalam memperkasakan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Soalan No. 88 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapa Kementerian mengambil masa begitu lama untuk menghapuskan Demam Chikungunya yang kebanyakan berlaku di kawasan kampung, berbanding dengan tindakan cepat yang diambil untuk mengatasi penyakit lain yang berlaku di bandar dan melibatkan golongan elit utama.

Soalan No. 89 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah anggota Polis yang terlibat dalam Pilihan raya Kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti dan nyatakan jumlah dan jenis perbelanjaan serta kontraktor yang terlibat serta kes-kes laporan Polis mengikut kawasan pilihan raya kecil tersebut.

Soalan No. 97 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan faktor yang menghambat kepada pengkomersialan R & D Bioteknologi yang dilaksanakan oleh Penyelidik di Universiti dan Institusi Penyelidikan tempatan. Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan setakat ini untuk sektor Bioteknologi.
Berapakah R & D di Universiti yang telah dikomersialkan.

Soalan No. 100 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah peruntukan geran tahunan mengikut senarai persatuan-persatuan sukan yang berdaftar bagi tahun 2009 untuk melaksanakan program pembangunan sukan dan meningkatkan mutu sukan negara.

Soalan No. 101 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagi menghadapi keadaan krisis ekonomi yang semakin parah sekarang, adakah Kerajaan berhasrat menghantar pulang pekerja asing dan nyatakan rancangan tersebut secara terperinci.

Soalan No. 106 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang mutu perkhidmatan awam yang dikatakan merosot ekoran aduan-aduan yang bertambah 3 kali ganda sejak 2005.

Soalan No. 110 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan strategi Kerajaan bagi mewajibkan semua kakitangan awam yang beragama Islam menggunakan hotel yang mempunyai sijil Halal jika ingin menganjurkan program di hotel.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- TIADA

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 4/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. (Menyambung semula perbahasan atas masalah) (25 Jun 2009)
- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Padang Rengas) menggulung (5.45) - [ Celahan -
2. (D.R. 8/2009) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009 (Kementerian Kewangan)
3. (D.R. 9/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) (Pindaan) 2009 (Perdana Menteri)
4. (D.R. 10/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan ) 2009 (Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri )
5. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. (Perdana Menteri)
6. (D.R. 29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008. (Kementerian Kewangan)

e. Ucapan Penangguhan

1. 30.6.2009 (Selasa) - Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - Tindakan tegas hendaklah diambil ke atas agensi pekerjaan yang menggunakan nama konsultan Sumber Manusia bagi tujuan penipuan. (Menteri Sumber Manusia)

2. 30.6.2009 (Selasa) - Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) - Premis Kediaman dan Perniagaan diarah kosongkan premis tanpa bayar pampasan. (Menteri Pengangkutan)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK


mppas


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai,manik urai
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive