Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 23, 2009

PEMIMPIN UMNO YANG BUTA SEJARAH



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato Idris Harun dalam satu kenyataannya berkata Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi punca kepada perpecahan orang Melayu.

Menurut beliau Anwar telah mencemar budaya dan adab orang Melayu yang penuh kesusilaan hingga kelembutan orang Melayu dalam berpolitik bertukar menjadi kekerasan iaitu musyawarah bertukar kepada demontrasi jalanan dan berpantun kepada hina menghina.

Kepada Dato Idris lupa ke sejarah penentang orang Melayu menentang penjajah di negara ini bermula daripada menentang Portugis dan Belanda di Melaka. Diikuti penjajahan British dan Jepun. Bila pulak Tok Jangggut, Dato Bahaman dan Mat Kilau berpantun dengan penjajah British? Bila pulak orang Melayu berpantun dalam menentang Malayan Union? Kepada Dato Idris kalau tokoh dan idol pejuang politik orang Melayu seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy hanya sibuk berpantun dan berdondang sayang seperti saranan Datuk, jawapannya orang Melayu hari ini masih dijajah.

Akibat keberanian orang Melayu menentang penjajahan, kezaliman dan penindasan, orang Melayu hari ini semakin berani menentang sebarang bentuk penjajahan sama ada penjajahan politik atau penjajahan pemikiran yang cuba dibawa oleh Umno hari ini. Sebenarnya itu yang cukup digeruni dan ditakuti oleh Umno hari ini. Jadi mereka cuba melekakan orang Melayu agar lalai dan terus leka dengan pelbagai program hiburan dan propaganda, hanya sibuk berpantun dan bergurindam biarpun dikhianati dan dizalimi oleh pemimpin yang korupsi dan hanya mementingkan diri.


Angkasanuri


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. KETUANAN MELAYU MELAYU HARUS DI BAKUL SAMPAHKAN!!!!

    -MELAYU BUKAN UMNO-

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive