Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 26, 2009

Suara Umno: Mufti Perak Jangan Di Peralat




Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kecewa dengan ulasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkaitan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan PAS-UMNO yang juga mendakwa PAS sebagai parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik.


DPPN Pk mengecam kenyataan Tan Sri Harussani yang cuba bersikap berpihak kepada UMNO di dalam isu Kerajaan Perpaduan ini. Mufti yang sepatutnya di lihat tidak berpihak dan sebagai penasihat Agama kepada Seri Paduka Sultan Perak agar tidak mencemar kedudukannya dan berpihak sebagai suara kepada mana-mana parti politik.

DPPN Pk akan mengadakan pertemuan bersama dengan Tan Sri Harussani bagi menjelaskan dan menerangkan perkara sebenar penolakan terhadap kerjasama dengan UMNO yang telah dilihat di Perak sendiri cara mereka merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada Februari yang lalu.

DPPN Pk juga meminta supaya isu-isu Agama Islam yang menjadi tanggungjawab Mufti mesti diselesaikan dahulu daripada memberikan kenyataan-kenyataan politik. DPPN Pk berharap agar kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Mufti supaya tidak berpihak kepada UMNO semata-mata tetapi lebih bertanggungjawab jika ianya bertentangan dengan UMNO.

Dr. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


buletinonline


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. DPPN Pk tak payah bertemu dgn Harussani. Dia ni hati dan jiwanya dah terarah pada Umno. Bagi dia penjaga dan penyelamat Melayu kat Malaysia ini hanya Umno saja.

    Kenapa hanya mengecam Harussani? Di samping mengecam dia mesti dicela. Cakap dan kenyataannya tak perlu dipakai lagi. Sikapnya tidak mendatangkan kebaikan pada orang Melayu, apatah lagi kepada Islam.

    Bagi aku Harussani adalah contoh terbaik buat masa ini sebagai Ulamak Jahat. Dia Mufti Melayu Sahaja.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive