Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 23, 2009

UMNO JANGANLAH BUAT-BUAT PENING



Hari ini,ramai pemimpin UMNO kecewa dengan keputusan Pakatan Rakyat yang sepakat menolak idea kerajaan perpaduan.Samada kecewa atau buat-buat kecewa demi melengkapkan fungsi sebagai pak turut tidaklah penting untuk di ulas.Lebih baik melayan ulas durian dari mengulas tentang pemimpin pak turut ini.

Samada oleh kerana terkejut beruk ataupun tidak, ramai juga pemimpin UMNO yang menyalahkan PAS yang lebih rela berbincang dengan DAP daripada UMNO. Adakah pemimpin-pemimpin yang bercakap ini tidak faham apa yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau saja buat-buat tak paham tidaklah penting untuk dibahaskan kerana mereka ini memang terkenal dalam membelitkan fakta.Kenapa UMNO begitu irihati dengan hubungan PAS dan DAP? UMNO bercakap inginkan perpaduan,oleh itu bila PAS berpadu-paduan dengan DAP,mengapa pula UMNO perlu pertikaikan? Adakah perpaduan itu hanyalah bila UMNO bersatu dengan PAS sahaja?

Pemimpin UMNO janganlah buat-buat pening.Apa yang Pakatan Rakyat putuskan hanyalah menolak idea kerajaan perpaduan.Sebaliknya mereka bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Umno BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi.Apa yang dibelitkan lagi mengatakan PAS tidak boleh berbincang dengan UMNO? Kenapa pula hanya PAS diserang? Ajaklah Pakatan Rakyat berbincang soal lain selain kerajaan perpaduan jika ghairah sangat nak berbincang.

Mengapa hanya sekarang UMNO mahu membicarakan kerajaan perpaduan sedangkan pada masa UMNO berkuasa seperti gergasi dahulu tidak pernah terungkap di kalangan pemimpinnya untuk menyatupadukan orang melayu. Adakah pemimpin UMNO pada masa itu sibuk untuk menambah harta kekayaan sehingga terlupa apa yang terjadi kepada bangsa mereka dan hanya sekarang baru terfikir kerajaan perpaduan.

Bersatu padukah orang melayu ketika UMNO di puncak kuasa? Berpecah-belahkah orang melayu pada ketika UMNO di penghujung takhta sekarang ini? Orang melayu sebenarnya tidak berpecah.Yang berpecah ialah orang UMNO.Begitu juga perpaduan rakyat Malaysia,tidak ada cacat-celanya.Hanya perpaduan di kalangan rakyat UMNO saja yang
berserabut dan bercelaru.Jika dulu orang melayu bersatu menyokong UMNO, sekarang orang melayu juga bersatu menolak UMNO dan menyokong Pakatan Rakyat. Janganlah hendak disamakan dengan menolak UMNO bererti melayu berpecah dan tiada perpaduan. Yang sebenarnya pecah ialah tembelang UMNO yang selama ini memperkudakan orang melayu untuk kepentingan sendiri.

Dengan penolakan yang bersepakat dari Pakatan Rakyat terhadap cubaan UMNO untuk memecahbelahkan perpaduan PAS dan Pakatan Rakyat,UMNO sekali lagi menghadapi jalan buntu.UMNO kini pening-pening lipas setelah terkena spray kerajaan perpaduan..biaqpila.blogspot.com..apa ada hal.


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive