Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 26, 2009

MANEK URAI: MUFTI AMBIK ISU TENGAH JALAN




Mufti Perak ambil isu tengah jalan dan bercakap dengan lidah politik !


KUALA NERUS – Ketua Penerangan PAS Terengganu yang baru dilantik, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh berkata Mufti Perak mengambil isu kerajaan perpaduan di tengah jalan.

Sebab itulah, katanya, Tan Sri Datuk Harussani Zakaria telah menuding jari kepada PAS seolah-olah PAS yang menolak perpaduan.

Beliau berkata sebenarnya UMNO yang tidak jujur dan tidak ikhlas dalam isu kerajaan perpaduan, sedangkan PAS benar-benar ikhlas.

”Sekiranya UMNO jujur dan ikhlas, di (UMNO) tidak gunakan isu ini untuk melagakan dalaman PAS,

”sepatutnya UMNO berbincang dengan pimpinan PAS, tapi bila benda ini disebarkan (melalui) media menyebabakan salah tanggapan berlaku dikalangan masyarakat,”katanya ketika ditanya pemberita dalam sidang media di Mahaad Tahfidz Wal Tarbiyah semalam.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS, sebab itulah ada kemunasabahan Presiden PAS menarik balik perbincangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata PAS tidak bergabung dengan Cina ataupun DAP kerana ia adalah hanya ‘tahaluf siyasi’ atau sebuah kerjasama politik.

”Dengan DAP kita hanya adakan tahaluf iaitu kerjasama politik, termasuk juga dengan Parti Keadilan (Rakyat),

”dan dia (ia) bukan satu gabungan, mereka kekal dengan ideologi mereka dan kita (PAS) kekal dengan ideologi dan prinsip kita,”tegasnya.

Katanya, dengan kerjasama diantara rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, satu persefahaman politik dapat dicapai dalam menghadapi isu-isu yang disepakati bersama.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata Mufti Perak mestilah menjadi seorang Mufti dan bercakap dengan lidah alim ulama’ bukannya bercakap dengan lidah politik.

”Mufti Perak kena jadi Mufti, maknanya dia kena bercakap untuk kepentingan Islam, dalam kes kerajaan perpaduan, mufti kena hurai apa makna kerajaan perpaduan, dia jangan (bagi) kata kesal ke, tak patut ke,

”mufti mesti memberikan gambaran apa juga yang dia faham untuk membantu menyelesaikan maslah umat Islam,”tambahnya.

Katanya mufti tidak perlu bercakap dengan lidah politik tetapi mestilah bercakap dengan lidah sebagai alim ulama’.

”Dalam aspek ekonomi ke, dalam aspek politik ke, dalam aspek hukum fekah ke, jangan mufti bercakap dengan lidah politik,

”mufti mesti bercakap dengan lidah sebagai alim ulama’ yang tinggi yang memperjuangkan Islam,”jelasnya.

Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh dijemput menyampaikan ceramah di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah sempena sambutan Hari Guru sekolah tersebut


buletinonline


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. anti munafik26/6/09 9:54 PTG

    Mufti kena jadi mufti, ulamak kena jadi ulamak. Tapi kenapa ramai yang mengaku ulamak dalam pas tapi mencaci maki oarang Islam yang lain. denga dap kafir harbi laknatullah, eli telanjang bogel dibela pulak ? Cuba tanya Taib Azamuddin, bekas imam besar masjid negara, pengakuan azizan boelh diterima atau tidak. kenapa membisu, adakah ulamak dalam pas ualamk bisu, ulamak terompah kayu bial dah dapat undi sikit daripada kafir dah lupa diri. berjuang kerana ALLAH untuk Islam atau untuk kenyang perut macam di perak?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive