Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 23, 2009

Cubaan Umno mengelirukan rakyat - Nasurudin Daud




MANEK URAI, 22 Jun - "Kita usung calon BN keluar Manek Urai," kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Ustaz Nassuruddin Daud malam tadi di Ceramah Umum Pilihanraya Kecil Manek Urai yang diadakan di Padang Majlis Daerah Laloh.

Beliau yang merupakan Adun Meranti juga mengingatkan orang ramai bahawa rakyat kini sedang dikelirukan oleh Umno-BN dengan isu kerajaan Perpaduan yang cuba digunakan oleh media arus perdana.

"Kita jangan terpedaya dengan segala tipu daya serta mainan media arus perdana yang cuba menutup isu sebenar iaitu kekalutan krisis politik di Perak, kemelesetan ekonomi serta masalah dalaman parti itu bersama kepimpinan parti-parti komponen BN.

"jangan sesekali lupa pada segala kezaliman dan kejahatan yang telah dilakukan Umno pada rakyat secara keseluruhan, malah cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada parti-parti pembangkang,"

Dalam ceramah yang sama, Timbalan Presiden Parti Demokratik Rakyat(DAP), Dr Tan Seng Giaw menyatakan kesetiaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini dengan mengatakan, "Pakatan tidak akan terurai di Manek Urai!" beliau juga berpendapat bahawa BN kurang rasional apabila menyatakan akan bertanding di Manek Urai walaupun jelas mengetahui bahawa Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

"Tidak mungkin BN akan menang pada kali ini. Mereka menarik diri di Penanti, tetapi mahu menang di Manek Urai. Manek Urai ialah kubu kuat PAS, mustahil BN akan menang di sini," kata ahli parlimen Kepong itu.

Dr Tan turut menyentuh keperibadian pemimpin Umno sambil mengaitkannya dengan Khalifah Islam di zaman sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar.

"Kita lihat Khalifah Islam, Saidina Abu Bakar turut mengamalkan prinsip mas'uliyyah seperti mana yang diterapkan oleh kerajaan PAS Kelantan, yakni jauh sekali berbeza dengan pemimpin Umno yang mengamalkan amalan rasuah ditambah lagi dengan sikap lepas tangan terhadap rakyat," ujarnya.

Beliau memberikan contoh dalam kes yang berlaku pada Stadium Sultan Mizan yang dibina semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu awal tahun baru-baru ini.

"Itu projek segera yang menggambarkan sikap tidak mas'uliyyah iaitu tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin Umno dalam menjalankan sesuatu projek yang semata-mata untuk kepentingan politik mereka semata-mata," katanya.

Ujarnya, ia sekaligus menggambarkan sikap sebenar mereka yang tidak mengendahkan etika dan tatacara dalam amanah yang diberikan oleh rakyat.


prkn41


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive