Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 19, 2009

Ustaz Nasharudin Tidak Perlu Letak Jawatan



Written by Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak melakukan sebarang kesalahan besar dalam isu penubuhan kerajaan perpaduan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta Nasharudin melepaskan jawatan jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan

"Saya tidak nampak apa-apa kesalahan besar yang dilakukan sehingga kini," kata Ustaz Harun apabila dihubungi semalam.

Oleh itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berpendapat, tidak perlu Ustaz Nasharudin meletakkan apa-apa jawatan samada sebagai Timbalan Presiden ataupun Ahli Parlimen Bachok.

Ustaz Nasharudin menyandang semula jawatan Timbalan Presiden setelah mengalahkan dua pencabarnya, Dato’ Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu dalam pemilihan parti pada Muktamar PAS Ke 55 di Shah Alam dua minggu lalu.

Manakala Ustaz Harun kembali memimpin Dewan Ulama’ PAS Pusat pada Muktamar yang sama setelah melepaskan jawatannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang Nasharudin dua tahun lalu.

buletinonline


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive