Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Jun 22, 2009

SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT



Dewan Rakyat 22 Jun 2009 [ Isnin ]

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang Dasar Automotif Nasional dalam memastikan kewujudan usahawan Bumiputera dalam industri automotif termasuk dari segi pemberian AP hanya kepada mereka yang benar-benar layak dan terlibat dalam industri tersebut.

2. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kajian yang dibuat oleh SUHAKAM mengenai hak seorang anak untuk memilih agamanya sepertimana Artikel 14 Convention on the Rights of the Child (CRC).

3. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil terhadap proses pengambilalihan kepimpinan persatuan belia yang dihadkan kepada mereka yang berusia 40 tahun ke bawah berdasarkan Akta Pertubuhan
Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang terbaru, adakah pihak Kementerian telah berpuas hati dengan proses tersebut dan apakah langkah Kementerian bagi memastikan persatuan ini dapat dipacu dengan sebaik mungkin.

4. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa pengumuman laporan skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) ditunda-tundakan sungguhpun beliau telah berjanji kepada rakyat bahawa tidak akan merahsiakan apa-apa kelemahan atau kesalahan yang terlibat dalam skandal yang melibatkan dana awam yang
dipercayai sehingga sejumlah RM12 bilion.

5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah Ekspo Perdagangan Barang-barang Buatan Malaysia anjuran Kementerian yang dibuat dari
negeri-negeri berjaya.

6. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk mengubah dasar berita di RTM dan program-program maklumat supaya penonton melihat ianya lebih berwibawa, merata liputan dan tidak tertumpu kepada pikak-pihak tertentu sahaja. Kepakaran siapakah digunapakai dalam mengendalikan maklumat dan berita di RTM.

7. Datuk Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh manakah sumbangan serta peranan Malaysia dalam penggubalan ASEAN Charter dan adakah Kementerian tidak bercadang untuk melibatkan Ahli Parlimen dalam menyumbangkan cadangan mereka.

8. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah kematian akibat kemalangan yang melibatkan bas ekspress dan bas pelancongan sejak tahun 2000; dan
(b) tidakkah Kerajaan mempunyai perancangan untuk mengenakan syarat bagi mewajibkan semua bas ekspress dan bas pelancongan mengunci mekanisme pedal minyak agar tidak melebihi had laju yang dibenarkan.

9. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jaminan Kerajaan terhadap golongan usahawan Bumiputera berikutan langkah pelaksanaan liberalisasi ekonomi secara besar-besaran di negara ini.

10. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah tindakan diambil secara bersungguh-sungguh terhadap majikan yang melanggar hak pekerja (Union Busting) yang diperuntukkan di bawah Akta Perusahaan 1967.

11. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan usaha membela nasib Bumiputera termasuk menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini diserapkan di bawah Kementerian.

12. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapakah Akta Eksais diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Daerah dan bukannya di bawah Yang Dipertua Majlis Perbandaran. Bukankah Majlis Perbandaran mempunyai kuasa yang lebih terus ke atas isu-isu yang termaktub dalam Akta Eksais berbanding dengan Majlis Daerah.

13. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan usaha konkrit untuk menyusun semula guna tenaga di sektor swasta agar mencerminkan komposisi kaum bagi setiap industri dan kumpulan pekerjaan dan apakah hasilnya.

14. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan memperuntukkan golongan OKU untuk diberikan keutamaan bagi menunaikan haji sepertimana yang dinikmati oleh setiap warga emas.

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:

Soalan No. 24 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah objektif dan fungsi Jabatan Pembangunan Persekutuan. Apakah ianya tidak dilihat:-
(a) mencabuli prinsip Kerajaan Persekutuan dan menambah kos yang tidak sepatutnya; dan
(b) menolak mandat rakyat yang diberikan kepada Kerajaan negeri.

Soalan 41 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan bercadang untuk meminda Seksyen 23, Akta 663 supaya Caj Penyelenggaraan dan Pengurusan Harta Bersama boleh dikutip daripada penghuni sekiranya enggan menunaikan tanggungjawab mereka.

Soalan No. 44 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa jenayah besar dan kecil semakin menjadi-jadi, menyebabkan rakyat tidak merasa selamat baik berjalan di waktu malam mahupun siang dan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk membasminya.

Soalan No. 60 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah konsep 1 Malaysia dapat dilaksanakan di dalam projek pembangunan di negeri yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Soalan No. 62 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan atau Bank Negara Malaysia bercadang untuk menentukan kadar faedah bagi pengeluaran kad kredit (credit card issuers) bagi menggambarkan kos pinjaman keterlaluan dan keuntungan yang munasabah.

Soalan No. 69 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) peranan Kerajaan untuk membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Guantanamo; dan
(b) sikap Kerajaan selepas Presiden Amerika mengumumkan komitmen Amerika Syarikat untuk menutup penjara tersebut.

Soalan No. 70 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan bercadang untuk mensyaratkan agar semua hotel bertaraf empat bintang ke atas mempunyai sijil halal atau tindakan dikenakan ke atas mereka.

Soalan no. 74 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan peratus program radio dan televisyen yang mewakili pandangan bukan arus perdana dalam keadaan zaman yang dikatakan ‘Kerajaan bukan lagi satu-satunya pihak yang paling tahu’ sebagaimana dinyatakan YAB. Perdana Menteri baru-baru ini.

Soalan No. 76 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah tempat dalam IPTA ditawarkan kepada mahasiswa yang berminat mengikut sesi 2009/2010 ini; dan
(b) sejauh mana usaha dibuat agar lebih ramai mahasiswa yang berminat untuk mengambil pengkhususan dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan undang-undang diberi peluang
mengikut pengajian dalam negara.

Soalan No. 79 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk membuat semakan semula perjanjian konsesi Syarikat PLUS agar kenaikan bayaran tol tidak membebankan rakyat.

Soalan No. 83 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kedudukan Projek Ternakan Ayam Daging di Kampung Kubang Lintah, Sik di mana projek ini melibatkan kos keseluruhan RM889 500 dan hanya 3 orang peserta terlibat. Projek ini berjalan tetapi tidak menunjukkan faedah jangka
panjang (peserta tidak berdikari). Apa tindakan susulan Kementerian seterusnya.

Soalan No. 84 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang pinjaman TEKUN untuk tahun 2009, berapa peruntukan dan apakah mekanisma agihan kepada yang layak.

Soalan No. 88 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah pencegahan yang berkesan supaya jenayah samun dan pecah rumah yang sangat berleluasa sekarang ini tidak berlarutan dan apakah langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kementerian.

Soalan 106 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan apakah hasil lawatan rasmi Emir Qatar ke Malaysia barubaru ini.

Soalan 108 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah syarikat yang diberikan AP untuk mengimport beras dari luar negara.

Soalan No. 109 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapakah Nishimatsu Construction Company yang sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah di Jepun dan beberapa tahun lalu dituduh cuai dalam satu projek pembinaan di Singapura diberikan kontrak besar RM1.3 bilion
bagi membina saluran paip air bawah tanah dari Pahang ke Selangor.

Soalan No. 113 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai jalanjalan kampung di daerah Kuala Krai yang akan dinaik taraf dan berapa daripada projek ini akan sempurnakan dalam tahun 2009.

Soalan No. 116 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes yang diterima melalui Program Cari mengikut kategori dan negeri dan berapa pula telah mendapat bantuan yang sewajarnya, juga minta dinyatakan masa yang diambil untuk memproses
satu-satu kes yang dilaporkan atau mengisi borang permohonan.

Soalan No. 118 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah keseluruhan laporan polis yang diterima di seluruh negara berkaitan dengan kemelut dan krisis Perlembagaan negeri Perak sejak rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009 dan nyatakan peratusan laporan yang telah disiasat dan diambil tindakan oleh pihak
polis.

Soalan No. 126 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pelaksanaan projek-projek ekonomi Koridor-Koridor Selatan, Utara, Timur serta Koridor Sabah dan Sarawak akan diteruskan di bawah pentadbiran baru YAB. Perdana Menteri sekarang.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- Perdana Menteri akan mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) (Pindaan) 2009.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 20/2008) Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008. (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) [18 Jun 2009]

- Perbahasan -
2. (D.R. 26/2008) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2008. (Kementerian Pengangkutan)

3. (D.R. 13/2008) Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 - Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008).(Kementerian Dalam Negeri)
4. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, menurut Peraturan 66A dan 67B Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat:

“BAHAWASANYA, berikutan pelantikan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 10 April 2009 seperti berikut:
(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diserap ke Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani;
(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diserap ke Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; dan
(c) Fungsi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan dengan komunikasi dan agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
DAN BAHAWASANYA –
(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2009 (Akta A1340);
(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian- kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat malalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];
(iii) perbelanjaan pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam
senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2009;
(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];
(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsinya;
(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyaurat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri,

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI membuat ketetapan seperti berikut:
1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion lapan puluh lapan juta dua ratus tiga puluh enam ribu tiga ratus sembilan ringgit (RM1,088,236,309) di bawah Maksud B.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua belas juta satu ratus tujuh puluh ribu empat ratus tiga puluh dua ringgit (RM12,170,432),
Maksud B.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak satu bilion lima puluh empat ribu lima ratus ringgit (RM1,000,054,500) Maksud B.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak empat juta tujuh ratus tiga ribu tujuh ratus sembilan puluh dua ringgit (RM4,703,792),
Maksud B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak enam puluh tiga juta lima ratus lapan puluh tujuh ribu lapan ratus lapan puluh lima ringgit (RM63,587,585) dan Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tujuh juta tujuh ratus dua puluh ribu ringgit (RM7,720,000);
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi empat ratus dua puluh sembilan juta sembilan ratus ribu sembilan ratus lapan puluh tujuh ringgit (RM429,900,987) di bawah Maksud B.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak seratus lapan belas juta enam ratus empat puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh tujuh ringgit (RM118,647,547) dan Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak tiga ratus sebelas juta dua ratus lima puluh tiga ribu empat ratus empat puluh ringgit (RM311,253,440); dan
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima juta dua ratus tujuh belas ribu tujuh puluh enam ringgit (RM5,217,076) di bawah Maksud B.26 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan).

2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion tiga ratus enam puluh enam juta sembilan ratus sembilan puluh ribu empat ratus dua puluh lapan ringgit (RM1,366,990,428) di bawah Maksud P.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak enam juta enam ratus ribu ringgit (RM6,600,000), Maksud P.10 Perbendaharaan sebanyak tiga ratus dua puluh lima juta lapan ratus tiga puluh tujuh ribu lapan ratus ringgit (RM325,837,800),
Maksud P.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak dua juta sembilan ratus ribu ringgit (RM2,900,000), Maksud P.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
sebanyak enam ratus lapan puluh satu juta dua belas ribu ringgit (RM681,012,000) , Maksud P.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak dua ratus tujuh puluh empat juta enam ratus tujuh puluh lapan ribu lapan ratus sembilan puluh empat ringgit (RM274,678,894), Maksud P.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak tujuh puluh dua juta tiga ratus dua puluh enam ribu satu ratus sembilan puluh lima ringgit (RM72,326,195) dan Maksud P.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tiga juta enam ratus tiga puluh lima ribu lima ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM3,635,539);
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam ratus tiga puluh tiga juta lima puluh sembilan ribu enam ratus dua puluh empat ringgit (RM633,059,624) di bawah Maksud P.29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan);dan
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus sepuluh juta satu ratus dua puluh lima ribu tiga puluh sembilan ringgit (RM210,125,039) di bawah Maksud P.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua puluh enam juta tujuh puluh sembilan ribu tujuh ratus ringgit (RM26,079,700) dan Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
(dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak satu ratus lapan puluh empat juta empat puluh lima ribu tiga ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM184,045,339).”
5. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. (Perdana Menteri)

5. (D.R. 29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008. (Kementerian Kewangan)
6. (D.R. 4/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. (Perdana Menteri)

7. (D.R. 8/2009) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009 (Kementerian Kewangan)
e. Ucapan Penangguhan

1. 22.6.2009 (Isnin) - Dr. Ramasamy a/l Palanisamy (Batu Kawan) - Kerajaan Barisan Nasional sering bangga bahawa proses Pembangunan Negara sedang menuju ke arah Negara maju. (Menteri Kerja Raya)

2. 22.6.2009 (Isnin) - Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) - Perhebat perlu diperluaskan ke seluruh Negara. (Menteri Pertahanan)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK


mppas




Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive