Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 27, 2009

SELESEMA BABI LEBIH SEDAP KE?



ORANG SIBUK DOK CIPTA VAKSIN UNTUK H1N1 ATAU SELESEMA BABI,KITA PULAK SIBUK DOK BERTEKAK PASAL NAMA PANGGILAN UNTUK PENYAKIT NI.LAWAK BETOI LA...BUBUH PI LA NAMA APA PUN,PENYAKIT TU DAH SEMAKIN MENULAR NI.SEMUA ORANG RESAH MEMIKIRKAN PENULARAN PENYAKIT INI YANG BEGITU CEPAT MEREBAK BUKANNYA RESAH DOK PIKIAQ PASAL NAMA DIA.


RTM Tetap Guna Istilah Selesema Babi - Rais


KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan untuk terus mengguna istilah selesema babi dalam laporan dan berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) walaupun berlaku perbezaan pendapat dengan Kementerian Kesihatan.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penggunaan istilah selesema babi bagi menggantikan influenza A (H1N1) oleh RTM adalah bersesuaian untuk menegaskan maknanya kerana ia lebih mudah diterima penduduk negara ini, khasnya orang kampung.

Rais turut menafikan penggunaan istilah itu boleh menimbulkan perbalahan dan kekeliruan kerana yang penting masyarakat memahami maksud yang ingin dinyatakan.

"Perkara ini (penggunaan istilah selesema babi) tidak timbul sebagai isu langsung. Pokoknya masyarakat harus faham selesema itu bukan selesema gajah tetapi selesema babi...jadi sekiranya H1N1 digunakan maka RTM akan gunakan selesema babi untuk menegaskan ertinya.

"Kami telah membincangkan perkara ini dan secara antarabangsanya H1N1 boleh digunakan tetapi di Malaysia kita akan menggunakan istilah selesema babi. Ini bagi memastikan masyarakat dapat memahami maksudnya," katanya selepas menyaksikan raptai penuh majlis Pelancaran Logo dan Lagu 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini, malam ini.

Rais dalam kenyataannya semalam mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan influenza A (H1N1) yang digunakan ketika ini.

Mengenai persiapan majlis pelancaran logo dan lagu 1Malaysia esok, Rais berkata beliau berpuashati dengan semua persiapan yang diatur untuk acara yang bakal menghimpunkan peserta paling ramai dan bakal menjadi sejarah kepada negara.

Beliau berkata penganjur berjaya mengumpul 10,700 peserta yang terdiri daripada semua kaum termasuk kaum minoriti Sabah, Sarawak, wakil jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan, anggota Parlimen, pelajar sekolah dan penuntut universiti.

"Logo dan lagu 1Malaysia yang akan dilancarkan pagi esok mencerminkan satu era baru dalam sejarah pentadbiran dan perjuangan bangsa Malaysia dan buat pertama kalinya konsep dan amalan 1Malaysia akan menjadi satu lambang yang akan disatukan esok," katanya.

Majlis pelancaran akan dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



-- BERNAMA



Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai

1 ulasan:

  1. Kebanyakan negara mengunakan istilah 'swine flu'. Begitu juga di UK. Kalau ingin mencari maklumat berkaitan H1N1 di akhbar2 United Kingdom, kita sukar menemuinya kerana media menggunakan istilah 'swine flu' atau selsema babi. Saya setuju penggunaan selsema babi kerana ia lebih mudah difahami daripada H1N1 yang tidak 'mesra bahasa' dan terlalu teknikal dan saintifik.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive