Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 23, 2009

PAS tak terliur untuk bekerjasama dengan Umno




LALOH, 22 JUN - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pihak Umno yang disifatkan sebagai tidak bermaruah dengan menunjukkan sikap yang lemah sebagai sebuah parti yang memerintah ketika membicarakan isu kerajaan perpaduan.

Beliau berkata demikian dalam sebuah ceramah di Padang Majlis Daerah Laloh, Kuala Krai malam tadi.

"Keadaan mereka yang menunjukkan kelemahan mencerminkan harga maruah diri sebagai sebuah parti pemerintah menyebabkan saya sendiri pun tidak terliur(teringin) hendak mengadakan kerjasama dengan mereka," katanya kepada kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.


Menteri Besar Kelantan itu menganggap tindakan tersebut sebagai punca kepada perpecahan dalaman parti tersebut yang menyaksikan masalah kepimpinan komponen MCA dan MIC.


"Kita tengok dalam pilihan raya umum lalu, apabila pemimpin parti-parti komponen BN iaitu MCA dan MIC tewas, mereka kehilangan tempat dalam kabinet apatah lagi menghadapi masalah dalaman kepimpinan parti masing-masing.


"Parti-parti komponen pun mereka gagal hendak kawal dan urus dengan baik inikan pula hendak bekerjasama dengan kita?" tegasnya.


Tuan Guru mempertikaikan keikhlasan pemimpin tertinggi Umno yang secara tiba-tiba begitu bersungguh-sungguh hendak mengadakan perbincangan bagi melaksanakan idea kerajaan perpaduan.

"Apabila berada dalam keadaan lemah dan terdesak, barulah mereka mencari kita.

"Saya hairan kenapa baru sekarang Umno hendak mengadakan kerjasama dengan PAS, tetapi sungguhpun begitu janganlah terlalu menunjukkan kelemahan sehingga merendahkan maruah, seperti orang yang berada dalam kebuluran.

"Tunjukkan sedikit sifat kejantanan," tegasnya lagi.

Beliau terus mengulas mengenai idea tersebut dengan menyatakan bahawa jika mantan Presiden Umno sanggup ditendang keluar daripada parti itu, inikan pula PAS yang juga pernah mengalami nasib yang sama pada tahun 1978.

"Saya tidak terliur kerana Presiden sendiri pun dia sanggup tendang keluar daripada parti, inikan pula kita yang pernah mengalami nasib yang sama," ujarnya.

Pada majlis yang sama juga, Tuan Guru turut mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang meminta agar melupakan segala sengketa yang pernah terjadi antara PAS dengan parti itu.

"Dia minta agar kita melupakan segala sengketa tersebut kerana mereka terasa bersalah.

"Adakah dia fikir semudah itu hendak melupakan hal tersebut, sedangkan kanak-kanak pun sukar melupakan pengalaman yang pahit bagi mereka inikan kita yang telah pun dewasa," katanya lagi.

Turut berucap menyampaikan ceramah pada majlis tersebut, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nasurudin Daud, yang dipengerusikan oleh Adun Mengkebang, Zaki Ibrahim.

Manakala pimpinan Pakatan Rakyat lain yang bersama-sama hadir, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Husam Musa, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Abdul Fatah Harun, Penasihat Jentera Operasi PRK MU, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, serta beberapa lagi Exco dan Adun Kelantan.


prkn41

Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive