Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 24, 2009

NIZAR - KISAH 15 JUN DAN KRISIS PERAK



ANGKAT SUMPAH AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG

Asalamualaikum dan salam sejahtera!

Berita tersebar luas tentang kekecohan yang berlaku pada hari Isnin, 15 Jun 2009 jam 10.00pagi didalam Dewan Rakyat, yang menyebabkan Speaker Dewan Rakyat (Speaker) mengarahkan 7 orang ahli Parlimen termasuk saya untuk keluar dewan.

Tepat pada jam 10.00 pagi saya dijemput mengangkat sumpah/berikrar oleh Speaker setelah doa dibaca. Ketika itu saya lihat semua pemimpin Kerajaan (Perdana Menteri, Timbalan PM, Menteri dan Timbalan Menteri) serta pemimpin Pakatan Rakyat termasuk ketua Pembangkang dan pimpinan Pakatan Rakyat. Saya juga lihat ramai ketua Kementerian , Ketua setiausaha Kementerian, ketua Jabatan -jabatan dan wakil rakyat PR dari Perak dan orang ramai di ruang tetamu.

Ketika itu juga saya lihat ratusan Photographer/ jurugambar sedang menunggu dan mengambil gambar insiden angkat sumpah tersebut.

Saya berjalan ke rostrum dan terus berdiri serta mengangkat tangan kanan untuk membaca kenyataan sumpah yang tertera seperti berikut:-

" Saya, Mohammad Nizar bin Jamaluddin, setelah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat adalah dengan ini mengangkat sumpah/berikrar dengan sesungguhnya bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan jujur dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpukan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaanya".

Sewaktu saya membaca sumpah tersebut hati saya cukup bergelora dan sempat saya menjeling kearah YAB Perdana Menteri yang kebetulan, cukup hampir disebelah kiri saya. Sebaik sahaja selesai angkat sumpah, maka saya dijemput untuk menandatangani dokumen sumpah/ikrar. Saya menandatangani dokumen sumpah tersebut. Saya terus bangun dan secara spontan telah memohon izin dari Speaker seperti berikut"

"Tan Seri Tuan yang Di Pertua, saya ingin memaklumkan kepada semua ahli dewan ini tentang krisis perlembagaan di Perak sekarang". Maka saya terus melaungkan (HIDUP HIDUP, HIDUP RAKYAT! BUBAR BUBAR, BUBAR DUN PERAK!, HIDUP HIDUP, HIDUP RAKYAT ..) sambil melilit lilitan kain hitam yang tertulis ... Bubar DUN....

Pada masa yang sama ramai ahli Parlimen PR juga turut melilit lilitan kepala masing-masing. Kami di arah oleh Speaker untuk membuka dan menanggalkan lilitan tersebut diatas sebab bertentangan dengan tatatertib berpakaian. Saya akur arahan Speaker dan sejurus kemudian saya di iring ke kerusi Bukit Gantang yang terletak di belakang sekali (ceruk) dalam dewan.

Seramai 6 orang ahli Parlimen enggan membuka dan mereka diarah keluar Dewan. Semua mereka telah keluar dewan. Sebaik-baik sahaja saya mulai duduk dikerusi, belum sempat 10 saat, saya telah juga diarah keluar oleh Speaker kononya pencetus kekecohan. Saya akur dan keluar.

Kami kemudianya mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen dan saya serta rakan-rakan ahli Parlimen PR menerangkan serta memprotes arahan Speaker tersebut.

Saya bertindak secara spontan kerana saya tidak bolih terima perakuan sumpah saya mahu
memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Malaysia, sedangkan di hadapan saya tertonggok ketua perampas (YAB PM) yang mengepalai rampasan kuasa merompak hak rakyat dan kerajan Pakatan Rakyat pada 5 Feb. 2009 di Ipoh. Saya juga memikirkan kekejaman dan kezoliman UMNO-BN di Perak apabila mereka mengarah anggota keselamatan polis mencerobohi serta mengusir Speaker DUN Perak YB V. Sivakumar secara paksaan dan mengheret Speaker tersebut keluar dewan Undangan Negeri Perak dan menyembunyikan beliau didalam sebuah storeroom.

Oleh kerana jiwa saya meronta, bagaimana saya bolih menerima suasana didalam Dewan Rakyat kita bolih bersidang mengikut peraturan dan tenteram sedangkan di DUN Perak orang yang sama melanggar, menodai, mencabuli peraturan dan perlembagaan. Saya tidak bolih terima keadaan begini!.
Saya amat terasa benar bagaimana mereka tanpa ketemadunan mencerobohi DUN Perak dan dengan zolimnya mengusir Speaker yang sah YB Sivakumar.

Sudah tentu mesej sampai kepada YAB PM dan pimpinan UMNO BN peringkat pusat mengenai apa yang mereka lakukan di Perak. Inilah hakikatnya yang mana keseluruhan rakyat Perak termasuk institusi dan lain-lain individu mahukan DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik dan krisis perlembagaan di Perak yang sudah masuk 5 bulan sekarang.

Jika YAB PM menyatakan mahu mendahulukan rakyat, maka rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan, maka buktikanlah. Maka saya percaya bahawa di Dewan Rakyatlah tempat yang paling sesuai serta masa, suasana dan ketika yang paling optima untuk saya menjelmakan tuntutan rakyat untuk bubar DUN Perak dan mendedahkan kebiadaban YAB PM yang mengepalai rampasan kuasa tersebut. Sedangkan di Perak bila laungan yang sama dibuat, maka pihak polis telah dikerahkan menangkap ahli YB serta rakyat yang menyokong PR.


Pada 7 Mei 2009, di DUN Perak, apabila Speaker V Sivakumar, sebelum memulakan persidangan, mengarah 7 orang ADUN keluar dewan (YB Zambry dan 6 exco lain) mereka ingkar. Bukan hanya ingkar, mereka kerah anggota polis ramai-ramai rampas dan usung paksa Speaker tersebut keluar dewan dan meletakan Speaker haram.

Di Dewan Rakyat, apabila 7 orang ahli Parlimen ( saya dan 6 orang ahli Parlimen) keluar dewan, kami akur dan tinggalkan dewan rakyat, kerana kami faham dan akur serta peka kepada kuasa Speaker dewan. Kenapa UMNO-BN tak ikut dan patuh arahan Speaker Perak?

Inilah suasana konflik yang berlaku seolah-olah tiada apa berlaku di Perak, dan pimpinan UMNO-BN bolih buat tak tahu dan lepas tangan sahaja. Apapun, penyelesaian krisis perlembagaan Perak dan kemelut politik hanya bolih diselesaikan dengan bubarkan DUN Perak.

Sebanyak 4 pilihanraya kecil telah diadakan sejak kemelut politik di Perak, semuanya telah selamat dilaksanakan dan rakyat bolih terima keputusan pilihanraya tersebut. Kemelut Perak sekarang sudah berlanjutan hampir 5 bulan dan masih tidak ada penyelesaian. Mampukah dan mahukah kita melihat perlanggaran dan pencabulan perlembagaan negeri dan pusat? Jika penyelesaian adalah dibubarkan DUN Perak, kenapa UMNO cuak sangat bertemu rakyat dan menyerahkan hak rakyat bagi memilih kerajaan baru?

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai

1 ulasan:

  1. la! citer pasal nizar.. kat footnote jual budu dan dodul..

    chow...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive