Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 20, 2009

PAS anjur 'Karnival Makan Durian'



Mohd Sabri Said

BAYAN LEPAS, 19 Jun (Hrkh) - PAS Cawangan Matahari Naik, Bayan Lepas mempelawa rakyat sekitar Parlimen Balik Pulau menyertai 'Karnival Makan Durian' yang bakal diadakan pada 28 Jun ini di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu, Bayan Lepas bermula jam 9.30 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Pengerusi Publisiti program berkenaan, Zolkifli Lazim berkata, antara tujuan utama program ialah merakyatkan PAS serta tingkatkan perhubungan antara kaum di negeri ini selain mempereratkan tali siratul rahim sesama ahli cawangan.

Program itu dikenakan bayaran RM30.00 satu keluarga yang ingin merasai kenikmatan buah durian Balik Pulau yang segar.

"PAS Cawangan Matahari Naik akan adakan program Karnival Makan Durian dan kesempatan itu menjemput semua rakyat untuk bersama meraikanya. Selain menikmati buah durian yang segar rakyat juga dapat mengenali PAS secara dekat, " tambahnya.

Langkah ini sambung Zolkifli, merupakan usaha terbaru cawangan untuk meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap PAS yang hampir-hampir mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) menerusi calon wanita tunggal, Cikgu Asnah Hashim.

Beliau yakin pada pilihan raya umum akan datang sokongan rakyat pada PAS akan meningkat setelah PAS berjaya melebarkan sayap Kelab Penyokong PAS ke tahap membanggakan.

"Sokongan rakyat makin meningkat pada Pakatan Rakyat. Itulah yang membuatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) umpama cacing kepanasan sekarang ini, " tegasnya. - mks. _

harakahdaily


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive