Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 20, 2009

SAIFUL MENJAWAB

Saiful jawab Anwar: 'Di mahkamah Allah dibicarakan juga'

ihsan-malaysiakini
Jika ditakdirkan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda menerimanya.

Bagaimanapun, bekas pembantunya mengingatkan penasihat PKR bahawa beliau mungkin boleh lepas di mahkamah dunia, tetapi "di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga".

Mohd Saiful menegaskan demikian dalam blognya sebagai mengulas permohonan Anwar untuk mengetepikan tuduhan tersebut.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000.

Perbicaraan kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Mohd Saiful menulis dalam blognya lagi: "Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda.

"Kerana kelak semasa di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.

"Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa," tulisnya.

Mohd Saiful mengakhiri catatannya dengan menulis "yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh."


malaysiakini


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno

2 ulasan:

  1. Salam Bro..,

    Itu ayat simpati namanya... "dah sah 3 laporan perubatan mengatakan tiada tusukan" so... masih nak menegakkan benang yang basah.

    Siapalah penulis skrip dan pengarah lakonan mamat ni yea... selama dalam kurungan pihak2 tertentu ni.

    Salam perjuangan
    ikutsukaaku (Isa)

    BalasPadam
  2. kalau aku jumpa mamat saiful ni memang aku pijak2 jer kepala dia ni...bodoh pon agak-agak la...nak buat cerita pon...macam betina xbermaya jer nampak..kalau betul cerita ni,tak kan tak mampu nak melawan masa kena tu?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive