Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Jun 22, 2009

Tragedi Memali tidak boleh dimaafkan begitu saja


Oleh Black

Tragedi pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang pada ketika itu dipimpin oleh Dr. Mahathir Mohammad di Kampung Memali, tidak boleh dimaafkan begitu sahaja sehinggalah satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan oleh menyiasat kembali peristiwa ngeri pada 19 November 1985.

Insiden tersebut mengorbankan 14 penduduk kampung tersebut dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’.



Peristiwa pembunuhan kejam kerajaan Barisan Nasional terhadap penduduk Kampung Memali itu walaupun telah lama berlalu masih belum diselesaikan kerana “pembunuh-pembunuh” tersebut masih lagi bebas sehingga hari ini dan keadilan masih belum dikembalikan kepada keluarga para Syuhada!

Isu ini telah melangkaui PAS dan telah menjadi satu isu Hak Asasi Manusia yang harus diselesaikan dengan segera! Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Barisan Nasional harus memohon maaf dan membicarakan kesemua pelakunya termasuklah bekas PM, Dr. Mahathir dan bekas TPM, Musa Hitam.

Sehingga perkara ini belum diselesaikan, jangan bicara soal PERPADUAN!

___________________________________________________________________________________

Black ataupun nama sebenarnya Amin Iskandar adalah Pengarah Eksekutif bagi sebuah NGO pemantau pilihan raya, National Institute of Electoral Intergrity (NIEI). Selain itu beliau juga turut menjadi kolumnis di akhbar atas talian Malaysiakini.com, penulis bebas bagi beberapa lagi penerbitan - bercetak atau elektronik dan penulis blog. Lagi artikel-artikel menarik boleh layar blognya di aminiskandar.wordpress.com


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama25/6/09 1:17 PG

    apa la cerita basi lu tulis ni. tak payahla nak kata meraka ni para syuhada. lu tahu tak erti matinya para syuhada. Salah satu contohnya kalau mati untuk menegakan agama Allah macam para sahabat Rassullah semasa perang badar dan uhud atau zaman moden ni seperti abu musab alzarkawi menentang tentera Amrika di Iraq tu boleh lah dikatakan mati syahid. ini mati menentang orang islam sendiri untuk kepentingan politik pas itu bukan mati syahid itu mati katak namanya. Adakah kerjaan malaysia yang ada pada itu dan masa kini bukan islam adakah pemerintah pada masa itu dan masa kini menyuruh rakyat melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran islam. Adakah kerjan BN pada masa itu dan pada masa kini menyuruh rakyatnya melakukan perkara mungkar seperti minum arak atau lain-lain serta melarang rakyatnya dari mengerjakan amalan dan suruhan ALLAH. Pada pendapat aku aku la selagi pemerintah itu seorang islam yang mengucapkan kalimah syahadah tidak melakukan kezaliman dan tidak menegah rakyatnya untuk melaksanakan ajaran ALLAH kita harus patuh dan ikut padanya. itulah kalau belajar agama dengan satu guru aje. Gurunya pulak orang Pas dengan guru2 lain tak mahu belajar maka sempitlah akal dan fikirannya.insaflah......

    BalasPadam
  2. bodoh nyer la pemberi komen di atas..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive