Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 27, 2009

PAS Bukit Bendera tembusi kubu kuat Umno

Mohd Sabri Said

BATU FERINGGI, 25 Jun (Hrkh) - Walaupun isu Kerajaan Perpaduan masih bergoncang hebat di akhbar namun bagi PAS Bukit Bendera isu itu langsung tidak menyekat usaha mereka menembusi kubu kuat Umno di Batu Feringgi apabila buat julung kalinya ceramah penerangan diadakan di situ.

Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf dalam kenyataannya menambah, "dulu jangan harap PAS boleh bertapak dengan penubuhan cawangan di situ kerana Umno yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya, Dato' Ahmad Ismail akan bertindak cepat jika sekiranya mengetahui ada usaha membawa PAS ke bahagiannya."

Tambahnya, kini politik Umno di Bahagian Bukit Bendera sudah ke tahap memerlukan 'talian hayat' untuk terus berkuasa tambahan lagi Dato' Ahmad dikritik hebat kerana membangkitkan isu perkauman ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.

"JKKK Batu Feringgi, Haji Jamaludin Hashim telah menyerahkan memorandum permasalahan penduduk Batu Feringgi kepada Haji Mohamad Sabu. Bukan sahaja serah memorandum malahan ceramah juga telah diadakan bersama Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dr Badrul Amin Baharum; wakil KM, Lim Chin Hoo serta YDP Bukit Bendera, Haji Halim Saleh,"tambah beliau.

Menurut Saiful lagi, dalam memorandum itu tertera berbagai masalah seperti kes kecurian, warga asing, pusat siber dijadikan pusat judi kuda, penduduk Kampung Mutiara dan Kampung Belacan diarah keluar tanpa pembelaan Kerajaan Negeri, pencerobohan tanah rakaf di lot 25 Jala Batu Feringgi, gerai tanpa lesen, pusat hiburan yang terlalu banyak, perkuburan Islam yang wajar diperluaskan, masalah sosial remaja yang semakin serius serta tunggakan bil elektrik dewan JKKK Batu Feringgi bernilai RM8 ribu.

Ceramah sulung itu sebenarnya memberi banyak pengetahuan kepada penduduk sekitar yang tertutup penerangan berkaitan Kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dianggap parti pelampau.

"Hari ini masyarakat Batu Feringgi tidak lagi buta pengetahuan apa itu PAS yang dilabelkan pelampau oleh Umno dan Barisan Nasinal (BN) sehingga ada masyarakat melayu di situ takut untuk pergi mendengar taklimat atau ceramah yang diadakan di mana-mana, " jelasnya.


harakahdaily


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive