Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 06, 2010

PROJEK TIPU MENIPU GUNA SATELIT



DEY MACHA!!! MENTANG-MENTANG DEKAT PILIHANRAYA BARU HANGPA TERPIKIAQ YANG SIARAN TV PAKAI SATELIT LEBIH MURAH DARI MEMBINA PEMANCAR? KAH! KAH! KAH! DAH BERPULUH TAHUN MEMERINTAH BARU NAK TERPIKIAQ? JIRAN KITA INDONESIA DAH LAMA PAKAI SATELIT PALAPA BAGI SIARAN FTA (FREE TO AIR) KEPADA RAKYAT DIA.DULU PALAPA C LANI DAH PALAPA D..
DAH NAMA FREE TO AIR MESTILAH FREE...KAH! KAH! KAH! LAGI MAU BAYAR KA? INI ADA SELARAS KA DENGAN GAGASAN 1MALAYSIA? HANGPA KALAU BOLEH SEMUA NAK SELARAS DENGAN GAGASAN 1MALAYSIA. KALAU BOLEH,KENTUT PUN NAK KENA SELARAS DENGAN GAGASAN 1MALAYSIA...KAH!KAH!KAH!

DEY MACHA!!! LAGI SATU,KALAU DAH PAKAI SATELIT,BOLEH LA BAGI 1MALAYSIA...TAKKAN SABAH DAN SARAWAK JE... KAT SEMENANJUNG PUN BANYAK TEMPAT YANG SIARAN TV TAK JELAS.ORANG KAMPUNG TERPAKSA BAYAR ASTRO SEMATA-MATA NAK TENGOK SIARAN TV YANG LEBIH JELAS...KAH! KAH! KAH!


PM umum khidmat siaran TV, radio satelit di Sibu Rabu depan


2010/05/05

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka mengumumkan perkhidmatan siaran televisyen dan radio menerusi pancaran satelit Measat bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, pada Rabu depan di Sibu, Sarawak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kementerian sudah berunding dengan Astro yang bertanggungjawab mengendalikan satelit berkenaan agar dapat memberikan perkhidmatan siaran televisyen yang terbaik bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.
"Saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri di sesi mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bahawa kementerian ini sedang berusaha dengan syarikat Astro supaya pancaran atau isyarat gelombang televisyen menerusi satelit diharap dapat dilancarkan oleh Perdana Menteri khusus bagi kawasan di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jemaah kabinet di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan pengumuman itu nanti, selaras dengan gagasan 1Malaysia, penduduk di Sarawak dan Sabah akan menerima pancaran siaran televisyen yang lebih jelas yang sebelum ini agak sukar diterima di beberapa kawasan di sana.

"Siaran FM radio juga tidak dapat diterima di sebahagian besar kawasan di Sabah dan Sarawak. Bbagaimanapun, perkhidmatan itu berkemungkinan dimulakan dengan siaran televisyen dulu," katanya.

Rais berkata, kerajaan juga dapat menjimatkan kos dengan menggunakan perkhidmatan satelit yang lebih praktikal berbanding membina menara atau tempat pemancar baru.

"Jika itu dilakukan kosnya hampir RM90 juta untuk kita bina menara pemancar baru, setelah kita melihat kemungkinan sains dan teknologi maka kita berpendapat menggunakan satelit Measat yang dimiliki kerajaan Malaysia adalah lebih praktikal," katanya.
Rais berkata, kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang mengkaji mengenai kos untuk membekalkan kotak penerimaan pancaran kepada penduduk supaya mereka mendapat isyarat televisyen yang lebih jelas.

"Kita kena lihat beberapa model (kotak penerimaan pancaran) dahulu, walau apa pun sekiranya model itu model yang baru, ianya takkan membebankan rakyat, kita sedang berurusan dengan SKMM supaya seminimum mungkin kita dapat bekalkan kepada rakyat tanpa membebankan mereka.

"Sekiranya SKMM berkemampuan untuk menampung kos minimum kotak itu, barangkali pengguna hanya perlu bayar sedikit sahaja daripada kos sebenar, tiada caj seperti Astro, hal itu sedang kita urus supaya tidak membebankan masyarakat di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata, pada tarikh itu juga Perdana Menteri akan melancarkan Komputer Rakyat 1Malaysia di bawah inisiatif Jalur Lebar Negara dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).

"Tidak kurang 1,000 unit komputer akan kita edarkan untuk anak-anak sekolah, pemimpin masyarakat luar bandar, penduduk rumah panjang sekaligus kita dapat tunaikan janji perjuangan berkaitan jalur lebar ini," katanya. - Bernama/BH



Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive