Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 06, 2010

Skrip Polis Sama dalam Kes Aminul, Norizan, Vikenes

Oleh Frederick Luccas


KUALA LUMPUR 5 Mei - Peguam keluarga Aminulrasyid Amzah, N Surendran berkata pihak polis seolah-olah sudah mempunyai skrip bertulis setiap kali polis terlibat dalam kejadian yanng melibatkan kematian orang awam.
Jalan cerita yang digunakan oleh polis pula dalam kes kematian remaja 14 tahun itu seakan-akan sama dengan laporan yang dikeluarkan oleh polis dalam kes penembakan ibu tunggal, Norizan Salleh tahun lalu.
Surendran bwerkata demikian pada majlis penerangan mengenai kes Aminulrasyid dalam forum 'Keadilan Untuk Aminulrasyid' anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia semalam
"Jika dibandingkan dengan kes Norizan Salleh, jalan cerita dalam laporan polis sama dengan laporan yang diberikan untuk Aminulrasyid, iaitu, kedua-dua disyaki terbabit dalam jenayah, parang dijumpai di dalam kereta mereka dan yang ironinya dalam kedua-dua kes polis mendakwa mangsa kononnya cuba merempuh polis dengan mengundurkan kereta.
"Ini bukan cerita aksi Bruce Willis (pelakon Hollywood), ini merupakan seorang remaja berusia 14 tahun yang dalam ketakutan. Dari mana pula polis mendapat idea cerita aksi Hollywood sebegini?" tanya Surendran.
Jelas beliau, apa yang telah menimpa Aminulrasyid adalah satu tragedi dasyat yang bermula dengan beberapa kesalahan kecil yang tidak begitu serius.
"Pertama, Aminulrasyid keluar pada waktu malam, ini bukan kesalahan. Kalau dia balik rumah lepas itu maksima hukum seminggu tak boleh keluar rumah, itu saja. Kedua dia mengambil kereta kakaknya, ketiga kereta yang dipandu Aminul tergeser dengan sebuah kereta lain dan keempat Aminulrasyid dikejar oleh beberapa motosikal yang mungkin kawan kepada pemilik kenderaan yang digeser Aminulrasyid.
"Kesemua ini hanyalah insiden kecil yang tidak langsung memberi sebab kukuh untuk polis menembak mati Aminulrasyid. Jelas sekali polis telah mengambil keputusan sendiri, menjadi hakim dan memutuskan lebih baik Aminulrasyid ditembak mati," tegas beliau lagi.
Surendran mendedahkan ada saksi yang menyangkakan bahawa aksi pgengambaran untuk filem sedang diambil, apabila melihat polis menembak bertubi-tubi ke arah kereta Aminulrasyid sambil mengejarnya.
Beliau memberikan contoh kes yang berlaku pada 10 Oktober 2003, di mana seorang pelajar Tingkatan 6, Vikenes Vesvanathan, ditembak mati bersama-sama dua orang rakannya di Nilai, Negeri sembilan.
Dalam kes ini luka tembakan di kepala Vikenes condong dari atas ke bawah dalam kira-kira 45 darjah, seolah-olah Vikenes ditembak dari jarak dekat semasa beliau dalam keadaan melutut di tanah semasa tembakan di kepala dilepaskan.
Surendran kesal sehingga kini tiada siasatan dan tiada anggota polis yang diheret ke mahkamah.
Malah lebih menyedihkan lagi, pelajar tersebut dilabel oleh polis sebagai suspek rompakan bersenjata sama seperti Aminulrasyid yang dituduh sebagai penjenayah oleh polis.
"Ini menunjukkan berapa perlunya IPCMC (Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis) di negara ini. Jika wujudnya badan untuk memantau setiap gerak geri polis, maka kesemua tragedi ini dapat dielakkan sama sekali kerana polis akan lebih berhati-hati apabila mengambil tindakan dan tidak berani melakukan sesuka hati mereka," kata peguam itu lagi
Surendran juga membuat perbandingan kes tembakan polis di antara United Kingdom dan Malaysia sepanjang 2009.
"Di United Kingdom yang mempunyai populasi lebih 50 juta hanya dua kes terjadi tetapi di Malaysia dengan jumlah pendudk separuh daripada UK, sejumlah 39 kes yang direkodkan oleh NGO sahaja. Jumlah sebenar kematian kerana keganasan polis tidak diketahui hingga kini," tambah beliau lagi.

Suara Keadilan


Share

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive