Saya dah agak dah, cerita AYAQ naik harga di Kedah nie mesti akan jadi isu besaq punya.
Dalam Malaysiakini pun ada jugak cerita ini, yang memetik kenyataan ex-MB Kedah yang mempertikaikan kenyataan MB Kedah sekarang yang mengatakan bahawa kenaikan harga air ini PUNCAnya adalah berasal daripada tindakan kerajaan Pusat yang menyusun semula industri air negara pada tahun 2006 melalui Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Akta Industri Perkhidmatan Air yang diluluskan oleh parlimen.
Kata MB Kedah: “Kalau kerajaan Pusat tak kacau, kerajaan Negeri tak mau naik harga ayaq”
Jawab ex-MB Kedah: “Kerajaan Pusat hanya tetapkan harga siling ayaq, terpulanglah kpd kerajaan negeri nak penaik harga ayaq atau pun tidak”
Oleh kerana saya ini mcm juga majoriti rakyat marhain yg lain kat negeri Kedah ini, kami tak berapa tau sangat pasal bab jual beli dan niaga ayaq ini, rasanya kenyataan depa dua orang boleh buat orang lagi celaru.
Tak taulah sapa yang betoi sapa yang salah, tapi yang pastinya rakyat biasa kat bawah ini tak puas hati dengan kenaikan harga ayaq ini; dan sebagai pengundi PAS, saya rasa keputusan ini dibuat dalam keadaan yang kurang bijak dan tergesa-gesa tanpa meminta pandangan ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi.
Macam saya kata, saya bukan pakar bab-bab harga ayaq ini, mungkin ada rasionalnya yg tersendiri kenapa SADA perlu naikkan harga ayaq, tapi masalahnya rakyat marhain kat bawah ini tak paham. Lalu, hasilnya boleh dilihat melalui kiriman gambar ini, saya ambik gambaq ini dua hari lepas, kat traffic lite kat tengah Pekan Padang Serai, banner buatan tangan ini bertulis:
“Ayaq Paip Besi - Harga Serupa PEPSI. SADA = Syarikat Ayaq Datuk Azizan. Awat Lagu Tuuu”
Bila nampak banner tu, terus saya call si Apit, kepala masam PAS kat Pekan Padang Serai ini, selalunya kalau banner-banner mcm tu, tak kiralah nak tibai BN ka sapa ka, mesti Apit tau sapa kepalanya. Tapi kali ni Apit pun tak tau, cuma dia kata mungkin perang saraf drpd puak pembangkang (UMNO).
Tak kiralah kerja UMNO ka sapa, tapi waktu saya pi snap gambaq tu, kereta jem kat traffic light tu, ada sorang hamba Allah, dia perturun cermin kereta dia, dia kata kat saya:
“Eloklah tu, ambik gambaq tu boh dalam surat khabag!!”
Makna kata, sapa pun yg boh banner tu, suara hati dia sedikit sebanyak mewakili suara hati rakyat biasa kat bawah ini.
Saya pulak nak kongsi sikit kat sini isu ayaq dari kacamata pelabur asing di sektor industri. Bagi depa, kenaikan ayaq ini bab yg cukup sensitif sebab bil-bil ayaq sesetengah kilang tu bukannya RM35 ringgit mcm kat rumah kita, hat paling koman mungkin RM350,000 dan bagi kilang-kilang yang besaq tu boleh langkau sampai berjuta. Makna kata, naik sikit saja terus Finance Director kena panggil dgn boss besaq dari luar negeri ini suruh explain detail.
Kalau nak tau, dalam keadaan ekonomi dunia yg separuh masak la ni, pelabur-pelabur luar yg nak masuk dan pelabur-pelabur yang sedia ada memang berkira sungguh bab-bab harga ayaq, letrik, kos tenaga buruh dll ini.
Hari tu saya pernah ditakdirkan hadir dalam satu penerangan oleh salah satu kumpulan pelabur yg membuat keputusan untuk mai melabur di Malaysia/Kedah ini, dalam slides yg dia tunjukkan itu, dia habag antara faktor yg depa memlilih Malaysia atau pun negeri Kedah khususnya, selain drpd faktor kos tenaga buruh dan limpahan tenaga kerja yang ada skills (highly teknikal), depa buat keputusan untuk masuk mai sini adalah juga kerana kos utilities (letrik & air) yang murah.
Saya dok risau bila depa baca dlm surathabag kenyataan ex-MB Kedah yang mengatakan bahawa MB Kedah la nie saja-saja ja (suka hati dia saja) bawa naik harga ayaq walaupun sepatutnya tak perlu bawa naik, maka golongan pelabur ini akan jadi confuse, depa akan rasa yg kerajaan negeri Kedah yang ada la nie tak mesra pelabur, dan untuk pelaburan akan datang atau yg sedia ada, depa mungkin akan mula buat plan nak pindah pi luaq.
Untuk pengetahuan, menurut kwn-kwn di sektor industri, baru-baru ini ada sebuah syarikat Stesen TV Antarabangsa mai buat liputan/dokumentari di kawasan Kulim Hitech. Depa habag, depa mai dua tempat saja di negara ASEAN ini, satu di KHTP dan satu lagi di Vietnam. Makna kata, kita tengah dok bertarung dengan Vietnam dlm agenda nak tarik pelabur asing masuk ini, kenaikan harga ayaq ini tak akan membantu kalau depa tersekat antara dua – nak mai KHTP ka nak pi Vietnam?
Last sekali nak habag satu cerita yg org-org lama dlm sektor industri dok habag kat saya; waktu zaman PM sebelum PM yang sebelum ini; ada sebuah MNC (Syarikat Multinational) nak masuk melabur mai di Malaysia, lebih drpd RM1 billion depa kata. Bila dpt tau kompeni tu nak masuk mai Malaysia, team dari Singapore dah pi tackle depa awal-awal lagi.
Pegawai2 kerajaan Singapore pi bawa depa pi Singapore, sampai kat Airport, PM Singapore sendiri sambut depa. Dia offer depa melabur di Singapore; akhirnya depa setuju melabur di sana instead of Malaysia.
Nak tau pasal apa?
PM Singapore waktu itu offer AYAQ Free kat depa – walhalnya ayaq tu Singapore beli kat kita.
Alah, ayaq free banyak manalah sangat kalau nak dibandingkan nilai pelaburan yang berbillion dan kesan jangka panjang untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat jelata tu.
Rugi Malaysia, kalau tidak makin bertambahlah peluang pekerjaan untuk anak-anak dan adik-adik kita.
Macam tu jugak di Kedah ini, ada eloknya kerajaan negeri pertimbangkan halus-halus bab ini. PAS mungkin akan memerintah penggal ini saja, penggal depan mungkin org lain ambik alih, tapi sekali pelabur asing lari keluar atau pelabur baru tak masuk mai sebab keliru dengan isu ayaq ini, semua org rugi, tak kira apa parti.
Sekian feedback dari saya yg tak berapa pandai bab jual beli dan niaga ayaq ini, tapi dalam benak saya selalu dok fikir pasal peluang pekerjaan untuk anak-anak kita yang sedang menuntut di bangku sekolah nu. Awat taknya, h/p saya ni tak berenti berdering org dok tanya kot-kot ada kerja kosong kat mana-mana kilang di area belah sini; mungkin sebab tu kot dlm bab nak kena jaga pelabur asing ini, saya agak emosional sikit.
Untuk MB dan ex-MB, tok sahlah dok politikkan pasal isu ayaq ini, pi mai pi mai nanti kita semua rugi.
moniermatdin@yahoo.com
4.10.10
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com
Sepatutnya air menjadi hak kerajaan negeri (tak tau lah jika ada perjanjian antara semua kerajaan-kerajaan negeri dengan kerajaan pusat yang memberi kuasa kepada pusat untuk menentukan harga air). Apabila menjadi hak negeri maka ia adalah suatu kelebihan. Sepatutnya air dapat dijadikan saingan kepada pelaburan, cth: KL tidak mempunyai sumber air yang mencukupi maka lokasi ini tidak dapat menawarkan bekalan air yang murah, namun seperti Kedah yang mempunyai bekalan air yang melebihi keperluan ia merupakan suatu komoditi yang boleh ditawarkan kepada pelabur dengan harga yang murah. So bagi industri yang memerlukan bekalan air yang banyak Kedah lebih berpotensi dijadikan kawasan operasi berbanding KL.
BalasPadamKesilapan MB Kedah dan pemimpin-pemimpin negeri ialah dia tidak mengumpulkan AJK-AJK PAS dari setiap cawangan di Kedah untuk menjelaskan kenaikan ini bagi memantapkan 'pengurusan risiko'. Keadaan ini menyebabkan ahli-ahli PAS sendiri di negeri Kedah terpinga-pinga diserang oleh ahli-ahli UMNO dengan kenaikan harga air ini, walaupun ada di kalangan mereka pernah mendengar war-war bahawa Najib mengarahkan MB-MB menaikan harga air. Namun ini tidak menjelaskan kenapa harga air perlu dinaikkan? Walaupun dikatakan bahan kimia dan kos meningkat, penggunaan bertambah berkali ganda, rakyat bukan faham dan tak tahu semua itu, ditambahkan lagi dengan gembar-gembur kerajaan negeri yang mengatakan pendapatan negeri meningkat. Jadi pertanyaan rakyat, jika pendapatan meningkat kerana kerajaan tidak membantu dalam soal ini.
Sudahlah masalah sampah yang dikendalikan oleh E-Idaman yang masih tidak berkesudahan sehingga memerlukan penjelasan yang tidak kunjung tiba, ditambah lagi dengan isu air, memang menyebabkan pemimpin pendapat di kalangan PAS terkedu. Pada saya, dari Pengarah SADA yang mengumumkan kenaikan air, adalah lebih baik MB sendiri memaklumkan kepada rakyat (walaupun bukan tugasnya mengumumkan kenaikan harga air) memandangkan MB lebih lembut bahasanya dalam menjelaskan kepada rakyat, yang pada masa yang sama dapat memukul pihak yang cuba membuat onar.
Sehingga kini sejak kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah, kerajaan Kedah dilihat tidak memberikan sesuatu yang dapat dikatakan dirasai bersama oleh seluruh rakyat negeri Kedah, sama ada penyokong atau musuh. Hidup di bawah pentadbiran PAS yang mengurus dengan jaya dan baik harta kerajaan mungkin suatu yang dapat dikatakan sumbangan kerajaan kepada seluruh rakyat, namun ini adalah terlalu abstrak, begitu juga dengan pendapatan negeri yang bertambah - turut hanya difahami di atas kertas dan angka. Benar kerajaan negeri pernah memberikan tiket percuma perlawanan bola sepak, namun bukan semua dapat manfaatnya jika seseorang itu tidak berminat pada sukan ini, cukai tanah yang dikurang - benar, namun bukan semua rakyat negeri Kedah memiliki tanah sendiri, skim-skim kebajikan warga emas dan warga miskin - bukan semuanya terdiri dari kategori tersebut, tawaran geran tanah bagi tanah TOL yang diusahakan lebih tiga tahun - bukan semua rakyat pernah memugar dan menerang tanah. Jadi secara keseluruhan dari segi materialistik dan teknikalnya kerajaan negeri Kedah belum memberikan apa-apa, sebagaimana kerajaan Selangor yang memberikan air percuma. Walaupun kerajaan tidak sama, namun kami di bawah ini turut inginkan juga walaupun sekadar 5 m3 secara percuma - contohnya.
Jadi kesimpulannya, kenaikan tarif air ini dapat disifatkan agak dramatik. Namun suatu nasihat kepada kerajaan negeri Kedah 'jika tak dapat memberi sesuatu kepada semua rakyat, janganlah mengambil sesuatu yang luarbiasa dari mereka'. Bertindak bijaklah dalam setiap tindakan, 'dahulukan dan fahamikan pemimpin pendapat di setiap kawasan, sebelum mewar-warkan secara umum di khalayak ramai'. Barulah kerajaan negeri ada 'back up' dari sudut negeri dalam menjelaskan hal ini. Bersambung....
Sambung...
BalasPadamKita kalau boleh memang nak PAS memerintah Kedah selama-lamanya, namun jika hati pemilik-pemilik kerajaan negeri yang sebenar tidak dijaga... tunggulah pada hari mereka menentukan kuasa.
Selain itu hati pekerja parti pun perlu dijaga, menegur bukan bermakna tak wala' cuma mengelak dari menjadi bala. Kami semua manusia, kami ada hati, kami ada perasaan, kami juga ada harapan. Namun jika ini tidak dipelihara dan dilihat tidak secocok dengan apa yang diharapkan, kami mungkin kekal wala' kepada parti, malah kami takkan menyokong musuh, namun kami mungkin bekerja tanpa hati dan perasaan terhadap arahan-arahan yang diberi. Ketika itu apa yang berlaku .... adalah malapetaka.
kepada monier....hang mengaku sendiri yg hang tak tau pasal-pasal jual beli dan niaga air...tapi hang tulis tah apa-apa...semua orang nak pree...samaada orang kedah sendiri..atau para pelabur...pelabur akan masuk sekiranya tiada karenah ataupun rasuah...adalah satu kata-kata bodoh kalau pelabur tak mau mai pasal harga air tinggi....pelabur akan masuk sekiranya tenaga buruh ramai dan politik stabil. masa MB umum penurunan cukai tanah dikurangkan...hang tidor...tak ada apa-apa ulasan...penurunan cukai tanah kalau hang nak tau kerajaan negeri berjuta-juta ringgit rugi..ada hang.. bising..kalau kerajan naikan harga pertol ada ka depa tanya rakyat dulu...SADA terpaksa menaikan sedikit harga air mungkin tak mampu lagi untuk menampung kos operasi...aku tak kisah kalau harga naik kerana jeneri tak ada masalahair yg serius....kerajaan negeri telah sedaya upaya untuk memberikhidmat terbaik kepada rakyatnya...
BalasPadamdengan menaikan harga air 27% adalah merupakan satu angkah yang cukup-cukup bijak oleh kerajaan negeri kedah...dengan kenaikan ini, urusan air kedah akan terus kekal kepada kerajaan negeri kedah...sepatutnya rakyta kedah berbangga dengan kenaikan air...kerana tuan-tuan semua menyelamatkan aset-aset air dari diambil oleh orang lain...dengan hanya dengan membaca sajalah orang akan faham diatas kenaikan harga air ni...elaklah komen secara sedap mulut sahaja..daptlah maklumat yg tepat tentang isu air ini..
BalasPadam