Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 05, 2010

'Tok Guru Gilo' ; Umno Besut DiBeri Tempoh 24 Jam



BESUT - Tempoh 24 jam diberikan kepada Umno Bahagian Besut untuk memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah di sumpah seranah dan di gelar oleh penceramah jemputan Umno, sebagai Tok Guru ‘Gilo’ (Gila).

PAS Kawasan Besut dalam kenyataan media hari ini menegaskan, tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas penganjur ceramah tersebut.

"Jika Umno Bahagian Besut gagal berbuat demikian sehingga jam 12 tengahari 5 Oktober 2010, PAS Kawasan Besut tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat guaman bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit,"jelas Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dalam kenyataan yang diedarkan, Isnin, 4 September.

Menurutnya, PAS Besut telah meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Haji Abdullah Sa’amah itu dianggap biadap.

Katanya, kandungan ucapan tersebut berunsur maki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan MB Kelantan dengan kalimah yang biadap serta prejudis.

“Kami (PAS) telah mengambilkira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Haji Abdullah Sa’amah yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.

“Beliau (Abdullah Sa’amah) menggelarkan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru ‘Gilo’ (Gila) dan diulang berkali-kali,” tegasnya

Menurut Ustaz Wan Azhar situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.

Oleh itu, PAS Kawasan Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.

Menurutnya, Umno secara jelas mempunyai kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat.

Sebelum itu, ceramah anjuran Umno Bahagian Besut yang diadakan pada Jumaat 1 Oktober itu, telah dilaporkan kepada polis oleh Pengerusi DAP Kuala Terengganu Encik Ng Chai Hing.

Ng membuat laporan kerana menurutnya tajuk ceramah tersebut 'DAP Anti Islam' merupakan satu fitnah dan pembohongan yang berniat jahat untuk memburuk dan mencemar kredibiliti DAP yang semakin mendapat kepercayaan dan sokongan terutama daripada kalangan orang Melayu dan Islam.

Namun demikian, sehingga kini belum ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak polis keatas laporan yang dibuat di balai polis Kuala Terengganu pada Khamis 30 September.

Pada malam ceramah diadakan, Dr. Azman Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Setiu telah hadir dan mendengar sendiri ucapan-ucapan penceramah jemputan yang menyebut perkataan ‘gilo’ (gila).

"Tak kurang dari 30 kali perkataan ‘gilo’ diulanginya untuk mengutuk PAS dan PKR. “Baso gilo”, “puak-puak gilo”, “jenis gilo”, “orang gilo”, “Nik Aziz gilo”, “gilo nok jadi PM”, “menate gilo”, “kena masuk hospital gilo”, “penyakit gilo”, “pemimpin gilo” dan macam-macam lagi jenis ‘gilo’ yang diulang-ulang sebut,"jelasnya dalam posting blog beliau.

Ketika mengulas kejadian tersebut, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menganggap Umno sebagai parti yang tidak matang, memalukan dan biadap apabila membiarkan penceramahnya menggelarkan Mursyidul Am PAS ‘Gilo’ dan diulang bekali-kali dalam ceramah yang diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, dekat sini.

BO

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive