Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 05, 2010

Pemberian air percuma dorong pengguna amal pembaziran



2010/10/04

SAYA dapat lihat keikhlasan jiwa Menteri Besar Kedah yang mahu melihat gejala dan masalah bekalan air yang menimpa beberapa daerah seperti Pendang, Sik, Pokok Sena dan lain-lain sejak sekian lama, tidak terus mencengkam rakyat.

Lagipun Kedah tidak mendapat royalti yang sepatutnya daripada negeri jiran yang turut mendapat bekalan air mentah dari Sungai Muda. Ditambah pula dengan kesulitan lain yang dihadapi kerajaan negeri maka pada saya Datuk Seri Azizan Razak, telah membuat keputusan tepat dengan menaikkan tarif air setelah begitu lama tidak menyemak kadar tarif berkenaan.

Saya percaya tujuan utama menaikkan tarif air bukan untuk memberi bebanan dan tekanan kepada rakyat Kedah tetapi ia adalah untuk menyelesai pelbagai masalah secara bersepadu iaitu untuk menaik taraf infrastruktur air yang lama, meningkatkan mutu kualiti air yang lebih bersih, memastikan bekalan air berterusan kepada pengguna, menggalakkan pengguna berjimat dalam penggunaan air dan sebagainya.
Beliau sebenarnya mengikuti dengan dada terbuka saranan pakar air seperti Prof Chan Ngai Weng dan Prof Datuk Zaini Ujang bahawa memberikan air satu kadar harga yang munasabah tinggi adalah mekanisme ampuh untuk mengekang pembaziran air di kalangan pengguna.

Justeru, air tidak harus diberi percuma kerana akan membuka ruang kepada pembaziran dan akhirnya kepada kepupusan sumbernya. Kepada negeri yang memberi air percuma sepatutnya menghentikan amalan itu kerana ia adalah satu keutamaan yang tidak kena pada tempatnya.

Jika ingin berbakti kepada rakyat, pilihlah opsyen lain seperti pemberian bantuan untuk keluarga miskin, ibu tunggal atau bantuan persekolahan untuk anak-anak yang kurang berkeupayaan. Tahniah kepada Menteri Besar Kedah yang bertindak tepat dan kena pada masanya.

ANAK KEDAH,

BH

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive