Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 22, 2010

Apabila melacur jadi kerja sampingan


Aksis UKM
Angkatan Siswi Dinamis UKM (AKSIS) terpanggil untuk membicarakan isu hangat siswi-siswi di IPTA/S yang didapati melacur dan perihal menyimpan 'sugar daddy'. Masakan bau bangkai gajah dapat ditutup. Tidak dapat tidak, setiap hari kita dapat membaca sama ada di akhbar-akhbar rasmi mahupun di media-media tidak rasmi di alam maya , yang menyebut tentang kegiatan pelacuran yang dilakukan oleh golongan siswi IPT-IPT tempatan, tidak kira awam mahupun swasta.

Isu ini kembali hangat apabila ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat meminta Kementerian Pengajian Tinggi beri perhatian serius kepada masalah aktiviti pelacuran di kalangan mahasiswi kerana ia menjejaskan nama baik IPT, selain menyelamatkan masa depan golongan yang terlibat. Rujuk sini : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1204&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm&arc=hive dan sini http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1207&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm&arc=hive

AKSIS jelas terpanggil untuk menyatakan dengan tegas atas apa alasan sekali pun kegiatan melacur ini adalah haram. AKSIS juga percaya permasalahan ini timbul apabila di kalangan pengurusan universiti dan pihak berkuasa serta kerajaan tidak tegas dan menyebabkan hari ini, kegiatan pelacuran ini baik secara sukarela atau terpaksa makin membiak. AKSIS percaya semua kegiatan ini berpunca daripada hasil pulangan yang lumayan. Lebih-lebih lagi ada tangan-tangan yang menjadi 'ejen' untuk melakukan urusaniaga yang jijik sebegini.

AKSIS kecewa kerana status siswi yang sedang berada di pusat pengajian tinggi maka menyebabkan harga diri yang ditawarkan akan menjadi lebih tinggi. Kita yakin harga yang ditawarkan semakin tinggi berdasarkan ilmu akademik. Ditambah lagi kalau ada rupa paras maka semakin mahal harga lacuran mereka.

AKSIS juga kecewa kerana seandainya di peringkat pendidikan tertinggi mula disaluti kegiatan melacur maka tidak mustahil sedikit masa lagi makin ramai yang terjebak dalam kegiatan pemerdagangan orang ini. Dengan status mereka yang berpendidikan tinggi, bertopengkan pelajar di pusat pengajian tinggi, masyarakat sudah terpedaya dengan helah mereka maka jangan terkejut sekiranya selepas tamat pengajian, melacur ini menjadi kerja sampingan mereka. Sistem 'perniagaan' mereka akan lebih bersistematik kerana mereka berselindung dengan kerjaya yang sah, mempunyai jawatan dan berpendapatan tetap.

AKSIS berpandangan jelas bahawa inilah natijahnya sistem pendidikan negara yang berorientasikan kepada peperiksaan dan pasaran kerja tanpa mengambil berat ajaran agama yang menyebabkan fenomena pelacuran ini akan berterusan dan makin berpengaruh tanpa dapat disekat.

AKSIS juga berpandangan jelas pelacuran dan amalan menyimpan ‘sugar daddy’ di kalangan pelajar IPT perlu dibersihkan segera. Program pemutihan perlu dilakukan segera kerana gelaja pelacuran ini tidak mustahil akan melibatkan pekerja universiti kerana golongan ini adalah mereka yang berhubungan dengan siswa-siswi setiap hari. Jalan mudah untuk mendapat gred yang baik, serahkan diri anda kepada pensyarah!

AKSIS juga membantah dengan kenyataan seorang pemimpin rakyat baru-baru ini yang berpendapat isu pelacuran dan ‘sugar daddy’ ini tidak perlu dihebah-hebahkan demi menjaga imej IPT. (Rujuk sini : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1209&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_07.htm&arc=hive) AKSIS ingin melontarkan persoalan, yang mana lebih perlu; imej atau moral ?

AKSIS UKM di bawah Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) jelas menjunjung Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia yang jelas menekankan paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu. Seharusnya ilmu yang tinggi mampu mendidik dan menjadi benteng untuk mengawal maruah bukannya dijadikan batu loncatan untuk mencari pendapatan lumayan dengan kerja-kerja haram seperti pelacuran ini.

AKSIS juga dengan ini menyeru pihak pentadbiran IPT-IPT awam mahupun swasta, ahli-ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), badan-badan pelajar yang berauthoriti serta orang perseorangan khususnya yang terlibat dan berhubungan dengan kampus-kampus setiap hari agar bersama-sama memantau gejala yang hari demi hari merosakkan nusa, bangsa dan negara ini. Bersama-sama kita mencegah dan membanteras aktiviti tidak bermoral ini. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya anda mendapati rakan-rakan anda terlibat dengannya.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Student sendiri yang mahu macam tu sebab nak cari duit lebih dan hiburan....pernah nampak 2 siswi melayu(islam)pakai pakaian sangat seksi dijemput oleh 2 mat negro pada jam 12 tengah malam kat Kota Damansara.

    BalasPadam
  2. student sebenarnye adalah golongan sesak.. mmg parents kita mampu bg duit tp dgn harga barang yg asik naek cmne ktorg nk survive.... xkn asik nk mintak duit kt parents jer... kalo parents kaye xpe.. kalo parents pun kasi pagi mkn pagi cmne??? kerajaan nk bg duit ker kat setiap student utk survive??? X kn.. PTPTN pun still kene bayar balik.. siap ade interest rate plak tuh.... Sesetgh uni plak suke wat aktiviti tapi duit student yg digunakan huh.. nak claim mcm2 alasan shit..... ini berdasarkan pengalaman sendiri belajar kt universiti bwh kerajaan.... so cube jawab siape yg salah... student ker kerajaan??

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive