Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 22, 2010

Tabung MBPJ Meningkat Lebih Dua kali Ganda Sejak PR Memerintah Selangor


SHAH ALAM 21 DIS: EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendedahkan hari ini bahawa dana simpanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah meningkat lebih dua kali ganda sejak di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam satu sidang media di I-City, Shah Alam petang tadi, beliau berkata kerajaan negeri juga menyarankan MBPJ dan juga pihak berkuasa tempatan lain di Selangor yang mempunyai dana tambahan agar membelanjakan lebihan dana tersebut untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan masing-masing.

"Sebagai contoh, MBPJ semasa kita ambil alih pada tahun 2008, ia mempunyai dana simpanan sebanyak kira-kira RM80 juta, dan kini setelah dua setengah tahun, dana simpanan MBPJ telah meningkat kepada RM170 - RM180 juta," jelas beliau.

Katanya lagi, peningkatan dari RM80 juta ke RM180 juta merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kerajaan Pakatan Selangor, dan kerajaan negeri juga telah mencadangkan agar lebihan dana ini digunakan untuk projek tingkat taraf hidup penduduk Petaling Jaya.

Beliau berkata, selain MBPJ, sepuluh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lain daripada jumlah 12 PBT di Selangor juga menikmati peningkatan dana yang memberangsangkan.

"Ini satu perkembangan yang sihat, saya harap semua PBT terus majukan, terus perkukuhkan lagi kedudukan kewangan dan bagi PBT yang ada banyak reserve, kita galakkan untuk gunakan dana tersebut bagi memenuhi keperluan para penduduk PBT masing-masing," kata beliau lagi.

Ronnie seterusnya berkata, cara terbaik untuk menggunakan lebihan dana di kesemua PBT di Selangor adalah dengan membelanjakan semula untuk rakyat.

"Jadi PBT yang ada dana lebihan seperti Kajang, Ampang dan sebagainya jangan simpan banyak sangatlah, kita bagi kepada rakyat. Itu caranya," tegas beliau lagi.


tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive