Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Disember 23, 2010

Diploma Bawa Bas


Harap-harap dengan adanya diploma,pemandu boleh berfikir dengan tangkas...tak la jadi macam dalam gambaq ni...kah!kah!kah!
Sebenaqnya idea pemandu kena ada diploma ni gua dah bagi masa komen kat facebook bernama radio selepas bas dua tingkat terbalik dekat Rembau pada 10.10.10 tu.Aku rasa senator ni ada terbaca aku punya idea kot...kah!kah!kah!


Kelulusan Diploma Diperlukan Bagi Pemandu Kenderaan Berat

Kerajaan hendaklah memastikan kesemua pemandu kenderaan berat sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan seperti lori dan bas, kata Senator Datuk Idris Buang.

Beliau berkata pemandu kenderaan berat perlu dihantar ke institut-institut teknikal yang menawarkan kursus menjurus kepada pekerjaan mereka.

"Pada masa yang sama, gaji pemandu juga perlu dinaikkan setelah mereka mendapat kelulusan tersebut... jadi setelah perkara-perkara ini diimplementasi, isu seperti ini tidak akan berlaku kerana pemandu tersebut mempunyai kelayakan," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 di Dewan Negara, Rabu.

"Sekarang ini, ada di antara pemandu yang tidak ada lesen ataupun pernah mengambil dadah di mana ini akan memberi risiko yang tinggi kepada penumpang," katanya.

Idris percaya dengan pendedahan seperti ini pemandu akan mendalami tentang ciri-ciri teknikal seperti brek dan yang pentingnya tentang kebolehan kenderaan seperti bas dua tingkat untuk naik dan turun bukit dengan selesa.

Rang undang-undang, yang antara lain bertujuan memantapkan penguatkuasaan antara agensi iaitu JPJ, Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, kemudiannya diluluskan dengan undi belah bahagian di mana seramai 20 orang bersetuju dan lapan orang tidak bersetuju. -

-BERNAMA

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. tak main la diploma..upgradekan je ijazah...

    bukan apa..denga skarang ni...para ilmuan bertaraf phd kata..kat dunia ni diploma tk cukup..paling kurang ijazah..

    ahahahahahaaahaha...

    BalasPadam
  2. baru2 ni saya travel kat europe ngan bas, sambil tu sembang ngan dreber aya tanya bus bangsa Jerman.Saya tanya pasai apa semua treler,bus cuma sorang jer bawak.Dia jwb depa mmg ader course bawk kenderaan terutamanya yang bersangkautpaut dengan orang awam.Kos yang diberitahu saya lebih kurang E6K-E10K depend pada kenderaan.Lagi pun saya n group terasa confident keatas dreber tersebut yang mematuhi disiplin yang tinggi.Fikir2 lah

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive