Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Disember 16, 2010

TAHNIAH MALAYSIA



TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA YANG MENEWASKAN VIETNAM 2-0 DALAM PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA AFF SUZUKI 2010 DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL MALAM TADI.

GUA PUN TURUT TERBABIT TURUN KE STADIUM MEMBERI SOKONGAN KEPADA SKUAD KEBANGSAAN.PASAI TU LA TAKDAK SIARAN LANGSUNG KAT BLOG NI TADI.TAK SEMPAT NAK BUAT LINK.


SENGIT...Pemain Vietnam Tram Dong cuba merampas bola daripada pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha semasa perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.Malaysia mengalahkan Vietnam 2-0. Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN.


MEMANG GAMAT DI STADIUM KETIKA JARINGAN PERTAMA DAN KEDUA DIPEROLEHI.PUJIAN HARUS DIBERIKAN KEPADA PEMAIN NEGARA YANG MENUNJUKKAN MUTU PERMAINAN YANG BAIK MALAM TADI.SYABAS SEMUA PEMAIN!!!!


SYABAS JUGA BUAT PENYOKONG YANG TURUN BERAMAI-RAMAI MEMBERI SOKONGAN.SEMOGA MALAYSIA MARA KE FINAL.



BERITA PENUH

KUALA LUMPUR 15/12/10: Pasukan Malaysia bakal melangkah kaki ke separuh akhir kedua dengan senyum lebar apabila menundukkan pasukan pelawat, Vietnam 2-0 pada saingan pusingan pertama Kejohanan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Rabu.

Pada separuh masa pertama, kedua pasukan terikat tanpa jaringan biarpun Vietnam dilihat beberapa kali melakukan serangan, namun benteng pertahanan anak buah K.Rajagobal sukar ditembusi.

Aksi pada babak kedua dilihat semakin sengit, lebih-lebih lagi kepantasan anak buah Henrique Calisto melakukan serangan, namun mereka gagal menembusi gawang Malaysia yang dijaga rapi penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Gol pertama negara hadir pada minit ke-61 apabila tandukan kencang Safee Sali gagal ditampan kemas penjaga gol Vietnam sekali gus bola menembusi gol pihak lawan.

Suasana sekali lagi meriah dengan sorakan penyokong-penyokong setia Malaysia yang memenuhi setiap ruang di dalam stadium ini apabila Safee sekali lagi menjaringkan gol kedua negara pada minit ke-79.

Jaringan 2-0 kekal hingga ke wisel perlawanan. Skuad Malaysia bakal berkunjung ke Hanoi bagi mengharungi separuh akhir pusingan kedua 18 Disember ini.
---------------



MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohamad Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Amar Rohidan, Safiq Rahim, S.Kunanlan, Mohd Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha (Mohd Amri Yahyah), Mohd Safee Mohd Sali.



VIETNAM: Bui Tan Truong, Nguyen Huy Hoang, Le Phuoc Tu, Tran Dinh Dong, Vu Nhu Thanh, Nguyen Minh Phuong, Le Tan Tai (Nguyen Viet Thang), Nguyen Vu Phong, Phan Thanh Hung, Pham Thanh Luong, Nguyen Anh Duc



-- mstar


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive