Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 22, 2010

SPM, Alahai Ciput Upahnya…

Oleh Komplen Sokmo

20 Disember 2010 merupakan hari merdeka bagi semua pelajar tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan SPM yang bermula sejak 23 November yang lalu. Bagi mereka, hari-hari mendatang adalah hari kebebasan dan kini mereka boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi untuk memikirkan tentang ujian.

Namun bagi saya sebagai seorang guru DG41 merangkap pengawas peperiksaan dan rakan-rakan yang lain, tarikh itu bukanlah tarikh yang bererti buat kami. Ini kerana pengorbanan yang dicurahkan sejak hari pertama bertugas hingga hari terakhir tidak mendapat imbalan atau upah yang sepatutnya daripada pihak berwajib.

Etika perguruan seperti sifat amanah, integriti, bersyukur dan ikhlas sememangnya menjadi tonggak utama dan amalan murni penjawat awam di setiap masa, tetapi adakah disebabkan oleh keterikatan itu, kami terpaksa mengorbankan segalanya tanpa mendapat perhatian yang sewajarnya.

Apakah cukup di pihak kami untuk menyemai sifat sedemikian sedangkan di pihak kerajaan ia hanyalah omong-omong kosong. Bak kata orang "menyuruh orang berbuat ikhlas tetapi kita sendiri yang culas". Apa yang saya maksudkan di sini, imbalan atau upah yang diberikan seolah-olah tidak ikhlas atau dalam erti kata lain "beri macam tak beri". Sebab itulah terdapat di kalangan pengawas yang enggan menuntut semua elaun memandangkan apa yang diberi tidaklah setimpal dengan apa yang telah dicurahkan.

Bayangkan upah untuk seorang pengawas sepanjang peperiksaan berlangsung hanyalah sekadar RM225.00. Sudahlah elaun setiap sidang hanya diberi RM1, tuntutan perjalanan juga kalau boleh dipotong atau ditiadakan langsung ianya amat digalakkan atau “pencapaian” ke arah meminimakannya amat-amat “diutamakan”. Mekanisma yang digunapakai dalam menentukan jarak tuntutan itu adalah lokasi yang paling dekat iaitu sama ada rumah atau sekolah yang mana lebih hampir dengan Pusat Peperiksaan tanpa mengambil kira jarak perjalanan yang harus ditempuh oleh pengawas ke Pusat Peperiksaan itu.

Dimanakah keadilan sekiranya seorang guru bertolak dari rumah seawal pagi ke Pusat Peperiksaan yang jauhnya 20KM dan dalam masa yang sama jarak sekolahnya pula dengan Pusat Peperiksaan tersebut 5KM, guru tersebut hanya boleh membuat tuntutan perjalanan 5KM sahaja iaitu dari sekolah ke Pusat Peperiksaan. Dalam kes lain tetapi sama, terdapat dalam beberapa hari guru tersebut juga diminta untuk mengiringi Ketua Pengawas ke Bilik Kebal untuk mengambil soalan yang jaraknya dengan sekolah 3KM, tuntutan yang boleh dibuat hanyalah 3KM walaupun perjalanan yang dilakukan dari rumah ke Bilik Kebal tersebut juga 20KM.

Persoalan yang timbul, dimanakah letaknya tuntutan hak perjalanan 15KM lagi bagi kes pertama dan 17KM lagi bagi kes kedua ? Kehilangan 15KM atau 17KM yang disebut di sini hanyalah untuk jangka masa 1 hari dan bagaimana pula dengan hari-hari yang lain?

Adakah dengan sebab kerajaan ingin berjimat, hak tersebut terpaksa diketepikan ataupun sememangnya kerajaan sudah tidak ada duit? Sudahlah guru tersebut secara paksa rela diminta menjaga peperiksaan dan terpaksa pula mengorbankan semua cuti panjang, hak yang sepatutnya dia dapat juga terpaksa dilupakan!

Janganlah kita hanya bijak memohon pertolongan orang lain, sedangkan kita sendiri tidak menilai dengan baik serta memberi upah yang sewajarnya kepada mereka. Kerajaan yang mendahulukan rakyat akan prihatin terhadap semua ini dan bukannya bersikap memeras keringat terhadap orang lain.

Apa yang ditakuti, slogan “Rakyat didahulukan.. “ itu tidak beerti malah akan menjadi tidak lebih daripada satu retorik kosong bagi memperdaya dan menindas rakyat serapat-rapatnya. Dan jangan pada suatu masa nanti, kerajaan melalui pegawai-pegawai atasan kementerian terbabit terpaksa turun padang untuk mengawas peperiksaan dek kerana “ketidakbuluran” kami guru-guru biasa mahu lagi menjalankan tugas yang secara lahiriah nampak seperti ikhlas yang tak bertempat.

DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

6 ulasan:

  1. bro, saya komen sikit kerana saya juga cikgu, kesian kepada guru yang kena jaga periksa ni, sudah le cuti habis begitu sahaja, periksa punyalah lama sampai nak habis cuti, kenduri tak leh pergi, anak-anak tak boleh bawa pi jalan, tak tau nak kata apa lagi, bila kita kata kat menteri dia kata balas, buka bawah bidang kuasa dia, yang kena jaga periksa nasib le, yang dok mengatur orang bagi kena jaga periksa pun kesian juga, orang tu tolak, orang ni tolak, NUTP tak perjuang ke kes macam ni ?,

    Bro.. periksa tetap kena jaga, tapi kasi lah upah tinggi banyak, ambil kira pengorbanan cuti yang diberikan oleh guru.

    BalasPadam
  2. Salam...
    Saya hanya boleh simpati,, beginilah nasib guru yang nak mengajar anak bangsa..., tinggal beberpa hari saja lagi sekolah nak dibuka....

    Lepas ni naik sekolah balik, bertemu muka dengan seribu masaalah anak-anak remaja yang semakin ganas..., kalau penjawat awam lain, hari Sabtu boleh berehat cuti, ada Cikgu-cikgu yang terpaksa ke sekolah, atas arahan Pengetua, pengetua pulak jawab arahan PPD... yang jadi mangsa Cikgu juga...
    Penjawat awam waktu kerja hanya jam 8 pg - 5 ptg, balik boleh rehat, Cikgu masuk kerja jam 7.30 pagi, balik 2.30 ptg, itu kira awal kalau tak ada mesyauarat, malam kat rumah, jangan bimbang, ada lagi kerja-kerja yang perlu disiapkan... Itulah tugas guru....

    BalasPadam
  3. huhu..
    Gua pun kena jaga peksa..sehari lps tamat SPM sekolah terus buat Mesyuarat 2 hari berturut-turut..Naik biru muka tgk bangunan sekolah dari mula SPM dan sambung pulak dgn sekolah sendiri lps tuh..
    Pentadbir pulak dgn tegas mengatakan 2 munggu terakhir cuti persekolahan adalah munggu bekerja dimana guru2 kena bersedia dgn pendaftaran pelajar tungkatan 1,penyerahan buku teks dan keceriaan kelas..ARGGGGHH!!!..Abis bila gua nk cuti?Tahun dpn klo setiausaha peperiksaan menggatal lg nk calonkan nama gua jd pengawas,memang gua akan renung muka dia dgn renungan Makrifat yg boleh mencabut Jantung!!!
    Agak2 la sket..

    BalasPadam
  4. petikan ni harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan.. jgn masa nak pilihan raya je buat 'mulut manis'.. janji macam2 tapi habuk pun tarak.. kesian para guru.. sewajarnya elaun-elaun yg sepatutnya utk para guru harus dipertimbangkan

    BalasPadam
  5. Senang je wahai guru2 mari kita pakat2 jatuhkan kerajaan dan pentadbiran yang boddoh ni... cakap banyak pun tak guna. buat sakit hati sakit kepala je. Dah bebuih mulut bercakap dan mengadu tapi pentadbir buat boddoh jer. Lebih baik bercakap dengan dinding. Tapi bila orang2 atas pergi meeting ke outstation ke dia punya tuntutan bukan main lagi. Etika2 jugak tapi kalau dah kena pijak kepala etika kepala bana apa. Kalau dapat pengetua yang penakut lagi teruk... jadi lembulah jawabnya guru2. Pengetua nak jaga nama di jabatan sebab nak naik pangkat... jadi dia kena jadi lembu dulu lepas tu gur2 pulak dipaksa jadi lembu. Ada pengetua yang mengugut guru yang cuba nak memberi pendapat "Ingat cikgu lapuran prestasi cikgu dalam tangan saya". sampai bila guru2 nak diboddoh2kan begini... mari kta jatuhkan kerajaan yang boddoh ini....

    BalasPadam
  6. kerjaya guru memang baik, tapi perangai penegtua dan kroninya macam haram jadah. ini menjadikan neraka kepada guru-guru. malah ada guru nak jadi kroni sanggup beli tudung RM200 untuk dihadiahkan kepada pengetua. ada yang sanggup beri buah-buahan apabila musim buah. semuanya untuk dapat cemerlang dan naik pangkat. Haprak punya profesion

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive