Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Disember 16, 2010

Yang berkahwin nak siasat,yang melacur tak nak siasat

1MALAYSIA TUNGGANG LANGGANG.
BENDA YANG PATUT SIASAT DEPA TAK NAK SIASAT.
SURUH PUN DEPA TAK AKAN SIASAT.
BENDA YANG TAK PATUT DEPA LAJU SAJA NAK PI SIASAT.
TAK SURUH PUN DEPA SIASAT.
CEKAP SUNGGUH AHLI POLITIK KITA
PASAI TU LA ADA SEKOLAH HAMIL KOT...KAH!KAH!KAH!


BERITA 1

Kementerian siasat gadis 14 tahun berkahwin

2010/12/07

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengarahkan pegawai undang-undangnya menyiasat kes remaja bawah umur berusia 14 tahun, Siti Marham Mahmood, melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Sabtu lalu, sebelum mengambil tindakan.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas mendapat maklumat terperinci.
Beliau berkata, undang-undang sivil membenarkan perempuan berusia 16 hingga 18 tahun berkahwin jika mendapat kebenaran Menteri Besar atau Ketua Menteri, manakala undang-undang keluarga Islam menetapkan had umur 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun untuk perempuan, manakala usia di bawah umur memerlukan kebenaran mahkamah.

“Dalam kes ini, kita membuat andaian, keluarga Siti Marham mendapat kebenaran mahkamah sebelum anaknya berkahwin.

“Bagaimanapun, saya sudah meminta pegawai undang-undang kementerian membuat siasatan lanjut kes itu dan tindakan akan dibuat berdasarkan maklumat diperoleh,” katanya selepas menyerahkan sumbangan Tabung Serangan Binatang Buas (TSBB) berjumlah RM20,000 kepada V Nehru, bapa bayi berusia tiga hari yang maut digigit kera di rumahnya di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Siti Marham dan suaminya, Abdul Manan Othman,23, antara 250 pasangan yang dinikahkan dalam satu majlis Pengantin 1Malaysia Secara Beramai-ramai Wilayah Persekutuan 2010 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Sabtu lalu.

Program itu sebahagian 26 skim Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan membantu golongan termasuk dalam asnaf fakir dan miskin.
Shahrizat berkata, beliau tetap tidak bersetuju dengan perkahwinan kanak-kanak berusia bawah 16 tahun kerana ia membabitkan institusi kekeluargaan itu sendiri.

“Remaja ini masih muda dan memerlukan perlindungan dan keselamatan, sedangkan perkahwinan perkara serius,” katanya. -BH

BERITA 2

Kerajaan diminta siasat

2010/12/15


SHAH ALAM – Kerajaan diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh punca penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) terlibat aktiviti pelacuran dipercayai bagi menampung kos pengajian mereka.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) Nasrudin Hassan berkata, hal itu perlu dipandang serius kerana ia bukan sahaja menjejaskan masa depan mereka sebagai generasi pewaris pentadbiran Malaysia malah menjatuhkan maruah dan imej negara.

Menurutnya, isu ini telah lama diperkatakan namun tindakan susulan yang diperlihatkan hanyalah sikap tuding jari dan menyalahkan orang lain.

“Saya mewakili DPPP meminta kepada pihak yang berkenaan secara langsung ataupun tidak untuk menyiasat apakah punca kegiatan ini dilakukan di samping menilai sejauh mana keterlibatan mereka di dalam kegiatan ini.

“Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini,” katanya dalam kenyataan ketika mengulas pendedahan Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Dr Jaina Sintian, awal bulan lalu.

Dalam simposium pertubuhan itu, Jaina dipetik sebagai berkata, kebanyakan pelajar IPT terlibat kes pelacuran untuk menampung kos pengajian.

Menurutnya, mereka yang terbabit itu terdiri daripada kalangan keluarga bermasalah seperti berlaku penceraian ibu bapa yang menyebabkan mereka kehilangan tempat bergantung.

Nasrudin berkata, sikap melepaskan diri dan menyalahkan pihak lain hanya akan mengakibatkan peningkatan masalah sosial golongan pelajar di negara ini.

“Kita perlu menyelesaikan isu ini secara bersama. Dalam hal ini, DPP bersedia untuk membantu dalam apa jua termasuk memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar terlanjur dengan kerjasama dan kelepasan daripada pihak universiti dan kerajaan,” katanya.-SH



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

9 ulasan:

  1. islam tulin tajaan umno.

    BalasPadam
  2. dah tarblik kuang ni...mungkin nanti akan jadik macam umat LUTH...zina,arazk,pembunuhan,rasuah,pecah amanah,MAHARAJALELLLA...

    BalasPadam
  3. dah umoq 14 tahun, kena la siasat......
    takot-takot dapat kat geng tongkat ali naya budak tu........
    org islam pas kan suka kawin banyak........
    klu kat blog tu x ada iklan ubat kuat tenaga batin x sah bagi blog PAS....

    BalasPadam
  4. pakngah santan16/12/10 2:50 PTG

    biaqpila, hangpa pi tanya dap dulu, baru buat statement. takut malu nanti bila kena telan air ludah sendiri nanti. tapi tak palah kerna bab telan air ludah sendiri memang geng hangpa semua ah expert. bukan saja air ludah, kahak pun sanggup telan.

    BalasPadam
  5. apa ada hal kalau ayaq ludah sendiri,jgn ayaq ludah org lain...kahkahkah

    BalasPadam
  6. Hukum Allah tak nak ikut, nak ikut hukum umgok laknatullah... hancurlah dunia ni binasalah umat. Budak umor 14 tahun kalau ikut syariat dah boleh dinikahi tapi kalu ikut hukum umgok laknat tak boleh sebab menganiaya budak. Tapi kalau perempuan melacur tak pa sebab nak cari nafkah 'halal' untuk anak dan keluarga. Sebab tu sekarang ramai pelajar IPT dah melacur nak cari wang pengajian dan wang saku...

    Pakai telungkuplah melayu kalau masih lagi memilih untuk bernaung dibwah pemerintah yang sesat dan menyesatkan orang lain nih...

    Nikah cara halal kena siasat melacur tak da hal sebab nak cari rezeki halal... Nauzubillah!!!!

    Nak tunjuk pandai dengan Allah... tunggulah tak cukup dengan bala yang sedia ada bala lain akan diundang pulak...

    BalasPadam
  7. Dap pun lagi paham hukum dari umngok kah!kah!kah!

    BalasPadam
  8. syabas sharizat,
    semuga menteri2 lain bg le sokongan pada syarizatjangan kawen awal2 supaya dapat ramai anak haram,nanti perbanyakkan sekolah hamil,boleh ramaikan lagi GRO di pusat2 hiburan,apa macam menteri agama diam tanda setuju ke?

    BalasPadam
  9. gua sokong yg haram..pasai yg haram ni senang dilaksanakn dan sedap memakainya...huhu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive