Rabu, Disember 15, 2010
Anwar Cabar Najib Minta Singapura Dedahkan Maklumat Pembunuhan Altantuya
KUALA LUMPUR 14 Dis - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya meminta kerajaan Singapura mendedahkan bukti pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sekiranya Datuk Seri Najib Razak yakin beliau tidak berkait langsung dengan jenayah tersebut.
"Bukan saya yang cakap Datuk Najib terlibat dalam pembunuhan tapi kerajaan Singapura yang berkata. Jadi kalau Najib kata dia tidak terbabit langsung saya cabar dia minta kerajaan Singapura dedahkan maklumat yang mereka ada mengenai pembunuhan Altantuya.
"Tapi saya juga nak beritahu kepada Singapura supaya jangan masuk camour hal ehwal kita. Jaga urusan kamu jangan nak tunjuk angkuh dan song dengan kita. Hal kita dengan Najib, biar kita sahaja yang lawan, jangan pulak nak masuk campur urusan dalaman Malaysia," Anwar memberi amaran.
Bercakap kepada lebih 3,000 penyokong Pakatan Rakyat di Ceramah Isu Semasa di Tapak Pasar Malam, Taman Melati malam tadi juga menyelar Umno-Barisan Nasional yang bersungguh-sungguh menghentam beliau dalam media milik mereka berhubung pendedahan laman web Wikileaks mengenai dakwaan kononnya beliau "masuk perangkap" yang dirancang oleh kerajaan dalam pertuduhan fitnah kali kedua.
"Dia (Umno-BN) kita bodoh ka? Dia ingat satu hari Musa Aman (bekas Ketua Polis Negara) kata hari ini pukul 3.00 petang kita nak perangkap Anwar, bawa seorang 'budak jambu' dalam bilik lepas tu lakukan apa yang mereka dakwa. Kalau betul-betul perangkap dan saya masuk perangkap mana buktinya? Sekurang-kurang mesti ada video macam kes VK Lingam tu, baru boleh panggil sebagai 'entrapment' (perangkap) ataupun nota perubatan.
"Ini tidak bila kita mina laporan perubatan, mereka kata ada tapi bila minta tak mahu beri. Jadi dia ingat ni bodoh macam dia," sindir Anwar.
Anwar menjelaskan sekiranya apa yang didakwa oleh Singapura terhadapnya adalah benar beliau bersedia menemui bekas Perdana Menteri negara itu Lee Kuan Yew di mahkamah.
"Jangan pakai cakap sahaja. Kalau ada bukti sila bawa ke mahkamah, saya akan pertahankan diri saya cara begini.
"Umno-BN pun boleh bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah bagi pihak Najib kalau mahu," cabar beliau.
Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat membidas media milik Umno-BN yang tidak berhenti menaburkan fitnah dan tohmahan terhadap beliau dan Pakatan Rakyat.
"Media dan jentera kerajaan digunakan sepenuhnya untuk mengekalkan kekuasaan Umno-BN. Selama 12 tahun mereka mengatakan Anwar bersalah, saya rasa sekurang-kurangnya 221 kali (ketawa) bukan sekarang. Jadi apa nak hairan sangat kalau hari ini dok ulang yang Anwar salah, dah 12 tahun mereka lakukan ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata kenyataan Najib yang mahu mempertahankan Putrajaya ke titisan darah terakhir menunjukkan beliau berada dalam keadaan amat takut.
"Najib takut didakwa kemudian hari sebab itu di takut kehilangan Putrajaya. Pemimpin Umno-BN semuanya takut kalau Anwar jadi Perdana Menteri semua rahsia rasuah dan bagaimana mereka bolot kekayaan secara haram akan saya bongkarkan. Saya tahu banyak rahsia mereka jadi saya beri amaran jangan cabar saya (mendedahkannya)," tegas Anwar lagi.
Anwar seterusnya memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka boleh menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita mesti ada keyakinan dan semangat yang kuat bahawa dengan kerjasama erat PKR, PAS dan DAP kita akan sama-sama tumbangkan BN. Yang penting setiap daripada kita harus memainkan peranan kita dengan menyebarkan maklumat yang ada kepada kaum keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling baru kita boleh timbulkan kesedaran mengenai perubahan yang ingin kita bawa.
"Percayalah Pakatan Rakyat akan membawa agenda Malaysia baru, Malayisa yang jauh lebih adil berdasarkan negara hukum, menegakkan keadilan serta melindungi hak rakyat dan menghancurkan segala kebobrokan Umno-BN," kata Anwar yang terpaksa mengakhiri ucapannya lebih awal atas arahan pihak polis.
SK
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Disember
(198)
- Biaq beruk je yang terkejut
- Guru rangsang murid kekal dipenjara 20 bulan
- Hangpa tau pasai apa BN pertahan undi pos?
- Yuran Sekolah 1Malaysia : Menteri sudah hilang kuasa
- Islam Tentukan Adab Sambut Tahun Baru
- Perlantikan Khusrin Langkah Pertama Umno-BN Rampas...
- Hamba Seks Guru Yoga Diselamatkan
- FESYEN PAKAIAN KETUANAN MELAYU ALA UMCO
- Umno pentingkan politik, ketepi rakyat
- Saya bukan lesbian..
- Terima Kasih Khairul Fahmi Kerana Kembalikan Kesek...
- Video Jaringan: Final 2 Piala AFF Suzuki
- MALAYSIA JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010
- Live: Indonesia vs Malaysia (Final 2 Piala AFF Suz...
- JANGAN MAIN SECARA BERTAHAN
- Guru mana tak mahu RM500 sebulan
- SORI....NI BUKAN CERITA MENTERI ROGOL AMAH
- TM siasat rasuah Alcatel, didakwa ganjaran dapatka...
- Skuad Harimau Malaya Diganggu Ketika Latihan
- Perlantikan Isa Samad, NKRA Najib Memerangi Rasuah
- Puak gay makin berani
- Pertandingan Laser: Malaysia vs Indonesia
- Pelajar dakwa dirogol bergilir-gilir
- Lantik Isa Untuk Pertahan 46 Kerusi Parlimen Di Felda
- Kicap pekat berperisa cicak
- Stadium Gelora Bung Karno Tetap Jadi Venue - AFF
- Menghadapi kerajaan yang 'buta' dan 'tuli' di zama...
- FAM JUAL TIKET LEBIH KE?
- Dua Anak Gadis Buat Maksiat Di Rumah
- Video Jaringan: Malaysia 3 - Indonesia 0
- Khalid: 1Malaysia Hanya Untuk Kepentingan Umno
- KEPUTUSAN FINAL (1) PIALA AFF SUZUKI 2010
- Live: Malaysia vs Indonesia (Final Piala AFF 2010)
- Tikus Professional Baiki Labu 1Malaysia Yang Cacat
- Sekolah larang gambar Azizan
- Lawak Ahad: Tak Dak Otak
- Melacur untuk beli susu anak
- Larang Guna Logo 1Malaysia
- Slogan 1 Malaysia Berhantu?
- Menteri pelajaran perlekeh peranan guru
- Sepak keluar BN dari Putrajaya
- Pakatan Rakyat Berjaya Pertahan Selangor Dalam PRU-13
- SMS tipu minta tambah prabayar
- Dr Aziz Bari : Nazri Selindung Kebenaran
- Saman Trafik Diswastakan? Gila!
- Tiket Harga RM50 Dah Habis Dijual
- DAN TANAMAN PUN BERTASBIH…
- Pakatan Rakyat: Jangan sekadar dengar sajak
- Disebalik Himpunan Remaja Berlambangkan 1Malaysia
- Pelajar akui bunuh tiga pelacur
- Diploma Bawa Bas
- REKABENTUK BAS UNTUK KE CAMERON HIGHLAND
- Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta
- Umno jangan berlakon bela agama
- Bapa Campak Anak Dalam Kuali Panas
- 1Malaysia : Najib Hanya Nafi Tapi Takut Untuk Berd...
- Tabung MBPJ Meningkat Lebih Dua kali Ganda Sejak P...
- Utusan musnah akibat gempa bumi 9.99richer.
- Apabila melacur jadi kerja sampingan
- SPM, Alahai Ciput Upahnya…
- BN gelisah janji 100 hari, membazir 100 tingkat
- Raisuddin Hamzah Didakwa Kahwini Bakal Menantu
- Gara-gara tilam Umno jadi sasaran maki hamun
- Luna Maya tonton video seks di mahkamah
- Ratusan gagak petanda ajal menjemput pelancong
- Guan Eng mahu saman Utusan
- Gambar dan Video Kemalangan Bas Di Simpang Pulai
- RPK Dedah Salinan Laporan Mata Lebam Yang Disorok AG
- Rakyat berubah, BN rebah
- Petunjuk Dari ALLAH, Kampungku Lenyap
- JAKIM pantau seks songsang
- Selagi Rosmah Tidak Tutup Jambul
- Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam Pakatan Pemba...
- KEPUTUSAN PIALA AFF SUZUKI: MALAYSIA JUMPA INDONES...
- Live: Indonesia vs Filipina ( Piala AFF Suzuki)
- Waktu Untuk PR Menyerang Umno habis- Habisan
- Ibu berzina di rumah
- Shamsul: Umno biadap guna masjid untuk politik
- KEPUTUSAN FINAL: FIFA CLUB WORLD CUP
- KEPUTUSAN PIALA AFF: MALAYSIA KE FINAL
- Live: Vietnam Vs Malaysia (Piala AFF 2010)
- BN bimbang 'skandal besar' negara?
- MB ‘Mat Said’ tidak cerdik, berniat jahat -Dato’ M...
- Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?
- Majalah3suku: BUKU YANG BERTOKOH
- Cabul anak sendiri
- Speaker Musang Berjanggut
- Wanita Bogel Naik Bas
- Pendedahan WikiLeaks: Percaya Juga Pendedahan Meng...
- Dasar salah laku zina masih kabur, pakat LPPKN
- Merokok baik untuk badan?
- 20 Amalan Murah Rezeki
- Najib Hancurkan Sistem Parlimen Negara
- VIDEO SEKS BUDAK SEKOLAH RENDAH
- Melayu Mundur Angkara Umno dan Perkasa
- Kanak-kanak diliwat remaja ketika main masak-masak
- Demokrasi Hitam 2.0: Dua ditahan polis
- Penggantungan bolehkan BN perolehi majoriti 2/3
- Yang berkahwin nak siasat,yang melacur tak nak siasat
- ‘Sapu-Sapu Ringgit, Tersapu Rumah Papan’
-
▼
Disember
(198)