Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Disember 16, 2010

Penggantungan bolehkan BN perolehi majoriti 2/3



Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.

Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok.

"Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya.

NONEMenurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan.

"Ini tidak dilakukan kerana nama saya tidak ada di situ semalam.

"Kecuali Speaker setuju dengan usul menteri. Itu yang kita mahu tahu daripada Speaker atas dasar apa beliau setuju dengan menteri," katanya.

Azmin berkata ahli parlimen yang digantung, sekurang-kurangnya dibenarkan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membenarkan beliau mempertahankan diri.

"Beliau (speaker) terus berkata saya telah membuat keputusan. Anda tidak ada hak menentang," katanya.

Azmin, pagi tadi diarahkan keluar dewan sehingga jam 2.30 petang.

Karpal Singh dan Sivarasa, adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.

NONEKedua-dua mereka didakwa telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sementara Azmin pula, dalam notis bertarikh 6 Disember di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), didakwa telah menyentuh keterangan dan surat Apco yang telah diserahkan kepada jawatankuasa itu.

NONETindakan ketiga-tiga, mereka itu dikatakan melanggari hak keistimewaan mereka sebagai ahli parlimen dan menghina dewan, katanya.

Usul menghina dewan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen tersebut dikatakan berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke jawatankuasa itu selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Jawatankuasa itu telah membentangkan keputusannya di Dewan Rakyat dan mencadangkan Anwar digantung daripada Parlimen selama enam bulan.




MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive