Isnin, Disember 13, 2010
Wikileaks: SB Malaysia-Singapura Bersekongkol?
KUALA LUMPUR 12 DIS: Pendedahan Wikileaks bahawa fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah rekayasa Polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang ringan dan mengesahkan hakikat bahawa pertuduhan itu membabitkan konspirasi peringkat tertinggi.
Menurut Parti Keadilan Rakyat(PKR) lebih memeranjatkan adalah pendedahan Wikileaks, bahawa pimpinan Singapura dan agensi perisikan negara itu sengaja mengiyakan fitnah itu kepada agensi perisikan Australia atau Office of National Assessment (ONA).
Menurut Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, pendedahan itu menimbulkan persoalan sama ada polis Malaysia mendapat kerjasama Singapura untuk menghakis bantahan Ahli Parlimen Australia bersabit perbicaraan Anwar yang dianggap berat sebelah dan tidak adil.
Nik Nazmi berkata penglibatan Cawangan Khas Malaysia dan agensi perisikan Singapura bersekongkol memfitnah Anwar menguatkan curiga rakyat tentang sebab sebenar kerjasama itu.
Ini kerana Ahli-Ahli Parlimen Australia, seperti ramai lagi anggota masyarakat antarabangsa, lantang mempersoalkan kebebasan pendakwaan terhadap Anwar.
"Apa yang perlu dipersoalkan ialah adakah wujud persekongkolan antara agensi perisikan Singapura dan pihak berkuasa di Malaysia dan kenapa pula dimaklumkan kepada Australia apabila kita tahu banyak wakil rakyat Australia yang selama ini mengecam perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim?
"Jadi bagi kita itu isunya yang jelas, kalau ada perkara lain mereka boleh bawa ke mahkamah. Sebab kita tahu perbicaraan selama ini ia satu pendakwaan dan membuktikan konspirasi politik tertinggi. Jadi bagi kita ini sekadar menguatkan lagi kita punya pandangan," kata ADUN Seri Setia itu.
Nik Nazmi mengingatkan bahawa Wikileaks mendedahkan maklumat pihak ketiga yang dikutip oleh pihak perisikan Australia dan disampaikan kepada pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Ini membabitkan pelbagai jenis maklumat termasuk pandangan peribadi dan khabar angin dikutip menerusi kabel-kabel diplomatik itu.
Nik Nazmi berkata Singapura harus mendedahkan risikan teknikal yang disebut oleh Wikileaks sebagai asas pihak perisikan negara itu dalam membuat kesimpulan mereka.
"Wikileaks melaporkan maklumat yang dikutip jabatan negara. Dia membebaskan kabel-kabel jabatan negara Amerika Syarikat. Jadi itu menurut wikileaks, Lee Kuan Yew maklumkan kepada agensi perisikan Australia, jadi maklumat itu kita tak mempertikaikan Lee Kuan Yew berkata demikian.
"Tapi itu tak menjejaskan apa-apa, tak mengalihkan terhadap soal perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tempang dan pendakwaan politik yang kita dakwa selama ini," jelasnya.
Nazmi berkata apa yang jelas ialah pendakwaan kali kedua terhadap Anwar mengekalkan acuan sama dengan pendakwaan pertama.
Beliau menegaskan ketempangan proses perbicaraan serta kenyataan pakar perubatan yang lemah untuk pihak pendakwa, membuktikan bahawa tuduhan terhadap Anwar adalah konspirasi pihak tertinggi.-TVS
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Disember
(198)
- Biaq beruk je yang terkejut
- Guru rangsang murid kekal dipenjara 20 bulan
- Hangpa tau pasai apa BN pertahan undi pos?
- Yuran Sekolah 1Malaysia : Menteri sudah hilang kuasa
- Islam Tentukan Adab Sambut Tahun Baru
- Perlantikan Khusrin Langkah Pertama Umno-BN Rampas...
- Hamba Seks Guru Yoga Diselamatkan
- FESYEN PAKAIAN KETUANAN MELAYU ALA UMCO
- Umno pentingkan politik, ketepi rakyat
- Saya bukan lesbian..
- Terima Kasih Khairul Fahmi Kerana Kembalikan Kesek...
- Video Jaringan: Final 2 Piala AFF Suzuki
- MALAYSIA JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010
- Live: Indonesia vs Malaysia (Final 2 Piala AFF Suz...
- JANGAN MAIN SECARA BERTAHAN
- Guru mana tak mahu RM500 sebulan
- SORI....NI BUKAN CERITA MENTERI ROGOL AMAH
- TM siasat rasuah Alcatel, didakwa ganjaran dapatka...
- Skuad Harimau Malaya Diganggu Ketika Latihan
- Perlantikan Isa Samad, NKRA Najib Memerangi Rasuah
- Puak gay makin berani
- Pertandingan Laser: Malaysia vs Indonesia
- Pelajar dakwa dirogol bergilir-gilir
- Lantik Isa Untuk Pertahan 46 Kerusi Parlimen Di Felda
- Kicap pekat berperisa cicak
- Stadium Gelora Bung Karno Tetap Jadi Venue - AFF
- Menghadapi kerajaan yang 'buta' dan 'tuli' di zama...
- FAM JUAL TIKET LEBIH KE?
- Dua Anak Gadis Buat Maksiat Di Rumah
- Video Jaringan: Malaysia 3 - Indonesia 0
- Khalid: 1Malaysia Hanya Untuk Kepentingan Umno
- KEPUTUSAN FINAL (1) PIALA AFF SUZUKI 2010
- Live: Malaysia vs Indonesia (Final Piala AFF 2010)
- Tikus Professional Baiki Labu 1Malaysia Yang Cacat
- Sekolah larang gambar Azizan
- Lawak Ahad: Tak Dak Otak
- Melacur untuk beli susu anak
- Larang Guna Logo 1Malaysia
- Slogan 1 Malaysia Berhantu?
- Menteri pelajaran perlekeh peranan guru
- Sepak keluar BN dari Putrajaya
- Pakatan Rakyat Berjaya Pertahan Selangor Dalam PRU-13
- SMS tipu minta tambah prabayar
- Dr Aziz Bari : Nazri Selindung Kebenaran
- Saman Trafik Diswastakan? Gila!
- Tiket Harga RM50 Dah Habis Dijual
- DAN TANAMAN PUN BERTASBIH…
- Pakatan Rakyat: Jangan sekadar dengar sajak
- Disebalik Himpunan Remaja Berlambangkan 1Malaysia
- Pelajar akui bunuh tiga pelacur
- Diploma Bawa Bas
- REKABENTUK BAS UNTUK KE CAMERON HIGHLAND
- Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta
- Umno jangan berlakon bela agama
- Bapa Campak Anak Dalam Kuali Panas
- 1Malaysia : Najib Hanya Nafi Tapi Takut Untuk Berd...
- Tabung MBPJ Meningkat Lebih Dua kali Ganda Sejak P...
- Utusan musnah akibat gempa bumi 9.99richer.
- Apabila melacur jadi kerja sampingan
- SPM, Alahai Ciput Upahnya…
- BN gelisah janji 100 hari, membazir 100 tingkat
- Raisuddin Hamzah Didakwa Kahwini Bakal Menantu
- Gara-gara tilam Umno jadi sasaran maki hamun
- Luna Maya tonton video seks di mahkamah
- Ratusan gagak petanda ajal menjemput pelancong
- Guan Eng mahu saman Utusan
- Gambar dan Video Kemalangan Bas Di Simpang Pulai
- RPK Dedah Salinan Laporan Mata Lebam Yang Disorok AG
- Rakyat berubah, BN rebah
- Petunjuk Dari ALLAH, Kampungku Lenyap
- JAKIM pantau seks songsang
- Selagi Rosmah Tidak Tutup Jambul
- Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam Pakatan Pemba...
- KEPUTUSAN PIALA AFF SUZUKI: MALAYSIA JUMPA INDONES...
- Live: Indonesia vs Filipina ( Piala AFF Suzuki)
- Waktu Untuk PR Menyerang Umno habis- Habisan
- Ibu berzina di rumah
- Shamsul: Umno biadap guna masjid untuk politik
- KEPUTUSAN FINAL: FIFA CLUB WORLD CUP
- KEPUTUSAN PIALA AFF: MALAYSIA KE FINAL
- Live: Vietnam Vs Malaysia (Piala AFF 2010)
- BN bimbang 'skandal besar' negara?
- MB ‘Mat Said’ tidak cerdik, berniat jahat -Dato’ M...
- Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?
- Majalah3suku: BUKU YANG BERTOKOH
- Cabul anak sendiri
- Speaker Musang Berjanggut
- Wanita Bogel Naik Bas
- Pendedahan WikiLeaks: Percaya Juga Pendedahan Meng...
- Dasar salah laku zina masih kabur, pakat LPPKN
- Merokok baik untuk badan?
- 20 Amalan Murah Rezeki
- Najib Hancurkan Sistem Parlimen Negara
- VIDEO SEKS BUDAK SEKOLAH RENDAH
- Melayu Mundur Angkara Umno dan Perkasa
- Kanak-kanak diliwat remaja ketika main masak-masak
- Demokrasi Hitam 2.0: Dua ditahan polis
- Penggantungan bolehkan BN perolehi majoriti 2/3
- Yang berkahwin nak siasat,yang melacur tak nak siasat
- ‘Sapu-Sapu Ringgit, Tersapu Rumah Papan’
-
▼
Disember
(198)