Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 17, 2010

Najib Hancurkan Sistem Parlimen Negara





KUALA LUMPUR 16 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak harus dipertanggungjawabkan kerana menghancurkan sistem Parlimen Negara.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng mengatakan beliau tidak pernah melihat tonggak legislatif negara dilacurkan seperti yang disaksikannya hari ini.

"Sistem Parlimen di bawah Speakar telah gagal. Parlimen yang gagal. Sistem legislatif yang gagal,"kata Jui Meng, mengulas situasi yang berlaku dalam Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Jui Meng, beliau tidak pernah melihat keadaan seteruk ini apabila prinsip demokrasi dicabul dengan sewenang-wenangnya.

"Dua puluh dua tahun di dalam Dewan Rakyat, saya tak pernah nampak peristiwa yang begitu hodoh dan bodoh.

" Hodoh kerana telah mencemarkan prinsip demokrasi dan keadilan, di mana sesiapa yang dituduh harus diberi peluang untuk pertahankan diri," kata Jui Meng, ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Pemimpin veteran politik tanahair itu juga menambah, rakyat adalah sebaik-baik hakim apabila sistem negara tidak lagi memihak kepada mereka yang menuntut kepada keadilan.

" Sekarang kita tahu kalau pergi mahkamah tiada harapan. Kalau pergi Parlimen lebih teruk dari kehakiman. Mana lagi? Kepada rakyat," kata Jui Meng.

Hari ini menyaksikan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia enggan berganjak dari pendiriannya untuk tidak membenarkan Anwar membela dirinya dari hukuman gantung selama enam bulan.

Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bingkas bangun menuntut penjelasan, namun permintaan mereka tidak dilayan. Placard(sepanduk) dibawa masuk ke dalam Dewan, menuntut proses keadilan dipulihkan.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. Salam Yob, heee apa nak jadi dgn sistem demokrasi kita ni? Makan ari makin teruk. Yong nak lari dari Malaysia...nyampah dah. Jom ikut Yong lari!

    BalasPadam
  2. Demokrasi x kan berjaya. Sistem Pemerintahan Beraja ataupun Sistem Khalifah lebih adalah lebih baik sebenarnya. Tapi semua takut hilang kuasa...

    BalasPadam
  3. sistem apa sekalipun tidak akan berjaya, selagi rakyat terutama yang mengaku melayu tidak terbuka minda. jiwa orang melayu penuh dengan kesesatan dan kemsusyrikan. Apalah yang baik sistem beraja seperti zaman melaka, sultan mudah terima hasutan, sogokan, pembesar-pembesar rasuah dan buat harta. raja adalah undang-undang, setiap yang dikatakan menjadi undang-undang.rakyat tidak ada hak untuk bersuara. jadi sistem beraja yang manakah yang dapt dicontohi?. manakala sistem khalifah, pun sama akhirnya melalui sistem khlifahlah banyak berlaku perpecahan , terutama zaman muawiyah menjadi khalifah. islam selepasnya menjadi porak peranda hingga sekarang. jadi jika orang melayu menganggap kembali kepada zaman raja dan khalifah, menunjukkan betapa daifnya dan jumjudnya minda dan pemikiran orang melayu. tahukah anda hutang mara kebanyakannya diperokosa oleh mereka? atas nama hak istimewa orang melayu dan bumiputera.
    ayuh bebas diri anda daripada sistem tersebut. bacalah sejarah, orang melayu seluruhnya (rakyat jelata)tak apa-apa keuntungan jika kembali kepada sistem raja atau khalifah.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive