"Assalamualikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,
Sebagai rakyat 1Malaysia, ana cuma boleh mengeluh dan sudah bertahun tahun lamanya mengeluh kerana angkara yuran sekolah. Ingatkan ada perubahan besar akan berlaku tahun ini setelah mendengar amaran menteri pelajaran yang mahukan sekolah sekolah tidak mengenakan yuran tambahan yang membebankan rakyat tetapi kecewa sungguh ketika mendaftarkan anak untuk ke tahun satu kelmarin.
Kecewa kerana terdapat beberapa item yang dikenakan bayaran yang pada hemat ana tidak perlu dan patut dimansuhkan terus dari senarai item berbayar.Fail peribadi dikenakan bayaran RM4-00, name tag juga RM4-00 serta beberapa item lain yang boleh dimansuhkan bagi mengurangkan beban ibu pada malah bayaran PIBG sebanyak RM10-00 untuk satu keluarga juga tidak perlu sama sekali.
Bayaran buku kerja dan buku tulis juga masih tinggi di mana masih ada ruang untuk dikurangkan sesuai dengan slogan kerajaan "rakyat didahulukan".Di mana suara dan mandat menteri pelajaran seandainya pihak sekolah tidak langsung mengendahkan amarannya?Dan di mana menteri pelajaran ketika sekolah masih lagi mengenakan yuran yang masih tinggi kepada rakyat pada ketika tanggungjawab penuh untuk menyediakan pendidikan kepada warganegara yang membayar cukai sepatutnya dipikul oleh kerajaan?
Kenapa rakyat perlu membayar sedangkan sepatutnya pendidikan dinikmati secara percuma serta kenapa perlu PIBG mencari dana mereka sendiri menerusi perahan wang rakyat sedangkan kerajaan yang perlu menjalankan tugas membantu sekolah dari semua aspek termasuk kewangan?
Rasanya menteri pelajaran sudah tidak lagi berkuasa dan sudah tidak lagi mampu menguruskan pendidikan rakyat menurut kefahaman umum sistem bernegara.Menteri ini turut mewakili kerajaan 1Malaysia yang juga sudah tidak mampu menguruskan keperluan rakyat keseluruhannya.Sebab itu menteri pelajaran yang juga TPM didengari berkata, Malaysia akan bangkrap sekiranya gaji kakitangan awam dinaikan sebanyak RM500-00.Ini menggambarkan menteliti seorang yang tidak layak memimpin negara kerana kegagalan untuk menguruskan wang rakyat dengan baik.
Bercakap mengenai kelayakan menguruskan negara, secara umumnya kesemua menteri dan kuncu kuncunya yang ada hanya bijak tentang satu perkara, ia itu bagaimana untuk mengambil wang yang ada dalam kocek rakyat tetapi langsung tidak tahu bagaimana mahu membelanjakan wang tersebut bagi faedah rakyat.Yang mereka tahu ialah membahagikan wang yang dicuri dari kocek rakyat sesama mereka sehingga ditubuhkan PERMATA atas alasan pendidikan, ditubuhkan tabung 1Malaysia atas nama kebajikan rakyat dan berbagai bagai NGO serta agensi lagi.
Selain itu, para menteri dan kuncu kuncu mereka berlibur dan bergembira sambil terus menipu rakyat dengan slogan seperti negara akan bangkrap kalau terus subsidi diberi kepada rakyat, negara juga akan bangkrap kalau kaji kakitangan awam dinaikan.Produktiviti kerajaan sudah menghampiri kosong bilamana tiada langsung peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan rakyat yang keluar dari IPT disediakan oleh kerajaan malah ada forecast yang menyebut jawatan doktor akan penuh menjelang 2013(kalau tak silap) di mana kalau forecast ini tepat, bermakna pada tahun 2013 kita akan melihat ada graduan doktor akan mengganggur seperti ramai jurutera dan arkitek sekarang.
Inilah tipikal para menteri 1Malaysia sekarang sehingga satu demi satu pembongkaran mengenai perangai buruk mereka terdedah.Terbaru terdedahnya kisah menteri yang perkosa amahnya pada ketika dihebohkan tuduhan perzinaan ADUN Selising yang tidak diketahui hujung pangkalnya.Akhbar pengampu kerajaan pula sibuk dengan kes liwat DSAI sedangkan kes pembunuhan Altantuya dan perkosaan amah oleh menteri semacam tidak dibaca mereka.
Tipikal para menteri ini boleh disimpulkan dengan yuran sekolah yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan tidak sedikitpun mampu meringankan beban rakyat.Wajarkah kerajaan sebegini dikekalkan?
"TKO
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK