Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Disember 19, 2010

Shamsul: Umno biadap guna masjid untuk politik

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Umno bertindak biadap dan tidak beretika apabila terus menggunakan masjid sebagai medan untuk mencari pengaruh, lapor TV Selangor.

pkr congress 281110 shamsul iskandarKatanya, Selasa lalu, Umno tanpa segan silu memasang bendera Umno-BN di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir untuk merasmikan masjid berkenaan.

"Umno-BN khususnya di Melaka dengan jelas mempolitikkan masjid. Mereka menggunakan perasmian masjid baru itu dengan meletakkan bendera Umno-BN padahal itu tidak ada kaitan dengan perasmian masjid,... apatah lagi yang hadir itu ialah Najib, beliau bukan hadir untuk program Umno.

Menurut Shamsul, penganjur sepatutnya memaparkan sifat berkecuali natural dan tidak taksub atau ekstrem.

“Kita selalu dengar kritikan yang keras dari BN terhadap negeri Pakatan, sehingga melibatkan Tuanku dan Sultan yang sentiasa memperingatkan kerajaan supaya tidak mencampurkan politik dalam institusi masjid. Tapi itu tidak berlaku di Melaka,” katanya.

Tambah Shamsul, ini menunjukkan BN tidak konsisten dengan pendirian mereka dan tindakan terdesak dengan menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan bahawa Umno-BN berjasa pada rakyat hatta perasmian masjid.

"Saya kesal dan mengambil sikap keras terhadap usaha jelas mencemarkan institusi agama ini," jelasnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka.

Umno sebelum ini seringkali menuduh Pakatan Rakyat, khususnya PAS mempergunakan masjid untuk kepentingan politik mereka.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

4 ulasan:

  1. BIAQ LA. APADAHAL. orang pkr bagi orang cina masuk masjid wilayah tak buka kasut tak kesah pulak.

    BalasPadam
  2. wahai tanpa nama...melaka pun bukan ada sultan kan??? jadi tak leh la sapa2 nak mengadu...slogan sekarang ialah BN/UMNO BOLEH!!

    BalasPadam
  3. aaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive