Selasa, April 05, 2011
ANTARA MENTERI ISMAIL SABRI ,MAK CIK KANTIN DAN JADI ORANG BUJANG
Pernah seorang rakan aku mengeluh,"sudah tidak ada Ahli Parlimen lain ke di Malaysia ni?".Lantas aku bertanya, kenapa?
"Iyalah.Bayangkan seorang bekas peguam dilantik menjadi Menteri Jaga Barang.Patutlah tidak pernah nak turun-turun.Apapun,aku tabik pada Shahrir Samad.Dulu dia graduan Universiti Malaya,Ijazah Statistik.Lepas itu sambung pelajaran dalam bidang perniagaan.Maka munasabahlah dia menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna @ Menteri Jaga Barang.Sebelum Shahrir,Shafie Apdal pun sekurang-kurangnya ada Ijazah Ekonomi dan Perniagaan.Ini menteri lulusan undang-undang jaga harga,apa dia ingat mahkamah ke?"
Aku mengangguk-angguk mendengar hujah kawanku itu.Hebat juga rakan aku boleh bercakap latarbelakang menteri,di mana agaknya dia tahu?Cis,selepas diselidik,rupanya perkara itu telah lama ada di Wikipedia!
Apapun,kredibiliti Ismail Sabri sebagai Menteri Jaga Barang memang cukup-cukup dipertikaikan.Beliau dilihat gagal untuk menjadi seorang menteri yang prorakyat,lebih terdesak untuk mengikut arus kapitalisme semata-mata.Jika diikutkan kaum pemodal,harga petrol Ron 97 mencecah RM3 pun mereka kata masih murah.Dulu,Shahrir Samad sanggup turun daripada jawatan Menteri setelah menganggap dirinya gagal sebagai Menteri Jaga Barang.Dan kini,adakah Ismail Sabri rasa dia berjaya sebagai seorang Menteri?
Selain itu,aku tertanya-tanya,di manakah authoriti seorang Menteri seperti Ismail apabila kenaikan harga minyak kebelakangan ini dibuat oleh Persatuan Pemilik Stesen Minyak.Lebih baik,taukeh stesen minyak yang jadi menteri!Pada aku,dalam bab konsumerisme ni,Ismail memang out.Banyak isu berbangkit gagal dijawab dan diatasi.Contoh mudah,harga barang naik.Bagaimana senangnya Ismail dibuli oleh para peniaga besar.
Tak percaya?Lihat sahaja dalam isu gula.Memang para pengeluar gula sudah lama membuat taktik bodoh menyorok gula dengan tujuan mengugut kerajaan menaikkan harga gula.Aku masih ingat,sehari sebelum kenaikan gula tahun lalu,aku ke kedai runcit,dan jawapan biasa peruncit adalah gula tiada.Tup tup,esoknya harga gula naik.
Pelik bin wal ajaib apabila secara tiba-tiba bekalan gula pulih seperti biasa.Sebab itu aku lihat betapa mudahnya Menteri kita dibuli oleh peniaga.Dulu tahun 2006,masa itu aku masih di asrama.Aku masih ingat bagaimana beruntungnya kami masa itu.Gula kehabisan stok di Terengganu.Akhirnya,tiap-tiap hari kami para pelajar di asrama dapat minum air bersusu.Namun,aku tabik juga menteri pada masa itu.Peniaga kluk klek, tapi menteri tegas.Akhirnya bekalan gula pulih seperti biasa.Mungkin kerana takut apabila Menteri mengugut untuk mengimport gula daripada luar.
Itu bab gula dan minyak.Seperti yang kita sedia maklum,minyak Ron 97 telah naik lagi 20 sen beberapa hari yang lalu.Bila berkait dengan soal minyak,setiap kali harga minyak naik,setiap kali jugalah harga barang naik.
Semalam,aku pergi beli air Teh Ais bungkus di kantin.Bukanlah main melebat lagi dua orang mak cik itu bercerita tentang kenaikan harga minyak.Pada masa itulah,mak cik itu menyumpah seranah Umno kerana cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu seks Anwar."Tengok,depa dok sibuk bab video seks, tup tup harga minyak naik!Celaka punya Umno".Dalam hati aku berkata baguslah begitu.Semua peringkat masyarakat telah sedar betapa Umno itu celaka.Sementelah lagi apabila mendapat nasihat Apco akhir-akhir ini.
Kerana setiap hari aku membeli air di situ,maka aku memang sudah hafal harga teh ais bungkus,RM1.30. Tiba-tiba Mak Cik Kantin berkata, "Dik,harga air dah naik.Jadi RM1.50.Susu pekat pun dah naik harga."
Aku terkejut."Aik,baru pagi tadi saya beli kat sini jugak.Cepatnya naik!". Apapun,bayar sajalah.Takkan nak bertekak kes dua puluh sen.Mak cik tu pulak yang memberi syarahan kepada diriku betapa anak muda janganlah menyokong BN.Menyusahkan orang ramai dan peniaga kecil.Aku pun mengangguk-angguklah tanda bersetuju dengan cakap Mak Cik Kantin itu.
Dalam hati aku sebenarnya masih mempertikaikan.Bagaimana harga susu pekat boleh naik?Tidak silap aku, sudah lama harga RON95 dan diesel tidak naik.Takkanlah kenaikan RON97 mahu dijadikan alasan para pengilang dan pembekal?Milo peket khabarnya turut naik.Takkanlah lori hantar barang pakai RON 97? Hebat benar para pemandunya menjaga enjin,sehingga susu pekat pun boleh naik empat puluh sen setin!
Menteri dan Mak Cik Kantin : DAN INILAH HIDUPKU SEORANG BUJANG
Kenaikan apa jua jenis barang,baik minyak dan makanan siap sebenarnya seringkali memberi impak kepada para bujang.Ada daripada kami yang memilih untuk memasak.Tapi bagaimana yang masih belajar di universiti?Aku masih ingat,di hampir kesemua universiti periuk nasi adalah BARANG TERLARANG di kampus.Nak makan nasi,pergi beli di kedai.
Oleh kerana itulah,ramai daripada bujang-bujang yang akan makan sehari-hari di luar.Kadangkala,ianya lebih menjimatkan berbanding masak sendiri.Jimat masa,jimat belanja bahan mentah.
Tapi akhir-akhir ini,kehidupan makan di luar menjadi cabaran apabila satu demi satu kedai makan menaikkan harga makanan mereka.Awal tahun lalu,harga roti canai telur naik sehingga RM2.00.Aku juga sudah lama tidak minum milo ais dan nescafe ais di kedai mamak apabila harganya hampir sama dengan harga air buah iaitu RM2.20.
Itu belum kira di kedai-kedai lain.Nasi kukus,nasi campur,nasi dagang,nasi beriani,masakan panas dan lain-lain,satu demi satu naik harganya.Tidak percaya?Cuba tanya harga sepinggan nasi pada tahun lepas dan tahun ini.Banyak yang telah naik.Cumanya,kita yang tidak terperasan.Inilah nasib para bujang,selagi Menteri yang tidak berkaliber menjaga harga barang.
Akhir kata,Apa Nak Jadi Dengan Malaysia?
propartiislammalaysia
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
April
(190)
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 30/4/11
- SUMPAH: PERLUKAH ANWAR JADI JAHIL MACAM DEPA?
- Politik 'longkang' cemari Rukun Negara
- Tahniah Ustaz Shamsul... "Amar makrof nahi Mungkar"
- Video seks: Trio 'Datuk T' mungkin didakwa
- Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah
- KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSA...
- Bila Orang Dah Mula Tak Percaya, Terpaksalah Bersu...
- Cara pemimpin Malaysia buat keputusan
- TV3SUKU BIKIN ROSAK MINDA ANAK-ANAK
- Hukum Melewatkan Solat
- VIDEO SEKS: FULL VERSION LAGI KANTOI
- Jamil Khir Alu-Alukan 'Sumpah Laknat' Untuk Perjel...
- Pembantu khas Zahid Hamidi maut dalam kemalangan
- Mitos Malam Pertama Dalam Masyarakat Kita
- Gempar! Hantu muncul dalam video seks part 2 !
- 200% GUA PERCAYA ITU ANWAR PALSU
- APA CERITA DUIT SAMUN EKOQ YANG DAH KERAJAAN POW D...
- VIDEO SEKS: ANWAR PALSU TAK BERANI TUNJUK MUKA
- KAMPUNG WIFI ATAU KAMPUNG ‘WIFE-I’?
- Live: Real Madrid - FC Barcelona
- VIDEO SEKS VERSI KANTOI TELAH DIMUATNAIK
- Saman ekor: Kerajaan perlu mohon maaf, pulangkan b...
- AMK curiga Umno dikaitkan dengan blog papagomo
- Kuasa Peguam Negara Lagi Besar Dari Perdana Menteri?
- AMAH JUAL TUBUH DI RUMAH MAJIKAN
- PAS GAGAL MENTERKEDARAH DUIT RAKYAT DI KEDAH
- SKMM mula siasat kebocoran video seks
- Datuk maut jatuh hotel
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26/4/11
- Akhbar Melayu arus perdana bodohkan minda Melayu
- LAGI DILARANG,LAGI ORANG NAK BACA UTUSEKS
- Jangan Buat Kerja Bangang!
- Saiful tidak berada dalam kondo?, ia menjadi alasa...
- MACAM-MACAM PENDRIVE ADA
- CARA MELAJUKAN TONTON VIDEO ONLINE
- HATA ANJUR PROTES UTUSAN MALAYSIA 2 MEI
- Saiful minum kopi, karipap selepas diliwat
- SEJADAH AJAIB
- 'Boikot' mereka ber'otak' nasi lemak......alahai.....
- DRAMA SIAM
- NAIB CANSELOR UUM HINA MB KEDAH
- AKHIRNYA, PAS AKAN KELUAR DARI PR ?
- Bohong la pulak????
- MENTERI BN YANG BENGONG SALAHKAN PEMBANGKANG
- LAWAK AHAD: HARTA PUSAKA NENEK
- Sperma mati dek ‘gadis penyedap’
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23/4/11
- Ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang 29 April
- Persamaan dan Perbezaan Video Lucah 1999 dan 2011
- Email 1Malaysia: Najib didakwa berbohong
- FILEM PORNO 3D DI HONG KONG,DI MALAYSIA MASIH HITA...
- BILIONWAN ‘UMNO’ DAPAT POS MALAYSIA
- Kenapa UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Bai...
- SEJADAH AJAIB DI R&R PLUS
- Anwar Adalah 'Binatang Jalang'
- Filem Omega yang tercicir...
- 10 AMALAN YANG TERBALIK
- Tiada Masalah Air Jika UUM Dengar Nasihat SPAN
- MANA SATU YANG BETUL ? KONDO ATAU HOTEL ?
- Piala Raja Sepanyol Berkecai
- MEMALUKAN!ZULKIFLI NORDIN SANGGUP HINA ALLAH DALAM...
- Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif pol...
- Jangan anggap PRU ke-13 lambat lagi
- Projek emel 1Malaysia, mustahil tidak dibiaya kera...
- Bila Kira Undi Je Blackout,Bila Blackout Je Kira Undi
- ABC atau KFC?
- Video Lucah : Siapakah "Whistle Blower" Sebenar?
- Bogel bawah katil pelamin
- Khutbah Jumaat Bersungut Sebaran Filem Lucah
- Projek e-mel 1Malaysia diberi kepada syarikat hamp...
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 19/4/11
- `PENYAKIT' SPR Wajib Dipulihkan
- Skandal Scorpene: Suaram lantik hakim bebas di Per...
- RM8 Juta Duit GLC Yang Diguna Untuk UMNO Adalah Ju...
- Pelacur Britain buat pengakuan mengejut berasmara ...
- Eh!! Eh!! Kad Pendaftaran Omega Tak Penting Pula...
- Harap polis berkas segera Eskay yang mengaku berta...
- Liga Perdana: PKNS Ratah Posmen 7-0, Terus Kuasai ...
- Video Seks: Peguam Negara tetap cari jalan dakwa A...
- UTUSEKS MALAYSIA: AWAT TAK BUBUH BERITA NI DI MUKA...
- Lihatlah Wajah Orang Yang Kita Sayang Ketika Tidur...
- SAMM Tuntut Najib Perjelas Beri Kontrak Ubahsuai M...
- Video Lucah : Siasatan Selesai, Tuan Punya Omega T...
- UTUSEKS MALAYSIA
- Bila Pilihan Raya Umum Ke 13?
- Timbalan KSU Ditangkap Khalwat Bersama Pembantu 28...
- Memadu Asmara Dekat Masjid
- LAWAK AHAD: BUDAK BINGAI
- Menang sorak Pakatan
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 16/4/11
- KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA SARAWAK 2011
- LAPORAN TERKINI PILIHANRAYA SARAWAK 2011
- Keputusan awal: Pakatan - 10, BN - 7
- Video Seks: Pastikan pelakon wanita ada permit pel...
- HABISLAH PR!!
- Kes Altantuya : Pegawai Kanan ATM Digantung Tugas
- Altantuya - Pengakuan RPK Zahirkan Keperluan RCI, ...
- Ceramah DAP diganggu polis, lebih 10,000 tak berga...
- Baca dan terus sebarkan...
-
▼
April
(190)