Sumber: Malaysia Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Ok, Sekarang Sejarah Versi Saya (Okay, now my version of history)
Sekiranya anda membaca seluruh isi kandungan buku (yang saya ada), anda akan mendapati bahawa orang-orang Melayu telah bersatu untuk memperjuangkan kemerdekaan daripada British sebelum Perang Dunia Kedua dan sebelum UMNO lahir pada tahun 1946.
Kemudian, Inggeris 'menubuhkan' UMNO. Saya pernah menulis mengenainya, sekitar sepuluh tahun yang lalu, yang telah diterbitkan di Harakah, ketika saya mewawancarai seorang 'anak lelaki tua' dari MCKK, Datuk Andika, yang meninggal beberapa tahun yang lalu di Kuala Terengganu pada usia 100.
Datuk Andika menceritakan bagaimana dia didorong dan dibiayai oleh Kerajaan British untuk menubuhkan cawangan UMNO pertama di negeri Terengganu, yang berada di Dungun.
Kerajaan Inggeris membenarkan UMNO untuk berkempen tentang Merdeka. Tetapi ketika orang-orang KMM melakukan perkara yang sama, Kerajaan Inggeris menahan mereka tanpa perbicaraan.
Ringkasannya, Melayu sudah bersatu sejak lama. Dan mereka bersatu untuk melawan Inggeris. Tapi Inggeris telah mencipta UMNO. Dan tujuan mencipta UMNO adalah untuk membahagikan orang Melayu dan membunuh KMM.
Strategi ini sangat pintar. Kerajaan Inggeris juga melakukan hal yang sama di Kerajaan Uthmaniyyah, sekiranya anda mempelajari sejarah Arab. Kerajaan Inggeris mencipta strategi yang luar biasa ini disebut 'pecah dan perintah'. Dan ia berjaya di seluruh tanah jajahan Kerajaan Inggeris.
Jadi, kepada Dr Mahathir, itu yang berlaku sebenarnya. UMNO adalah salah satu alat yang membelah belahkan Melayu. Dan, lebih buruk lagi, UMNO memecahbelahkan Melayu untuk menjaga kepentingan Inggeris dan menjadi "anjing lari" Inggeris. Dan sekarang UMNO membicarakan bahawa pembangkang telah memecahbelahkan Melayu?
Biarkan Profesor Sejarah Khoo Kay Khim membuktikan saya salah.
Sejarah buktikan Mahathir pecah belah Umno
Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu tertolak.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris.
Malah, katanya ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.
Malah, tambahnya ketika semua parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.
Menurutnya, bukankah itu bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.
“Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Begitu juga, tambah beliau lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam?” tanya beliau lagi.
Tambahnya, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin adalah anutan Islam nasionalis.
Menurutnya, mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur.
Beliau juga, katanya melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan.
“Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?” ujarnya lagi. - HarakahDaily
sumber: malaysia-post
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK