Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 12, 2014

MH370 HANTAR DATA ENJIN SEBELUM HILANG


Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) menghantar sekurang-kurangnya dua data teknikal kepada menara kawalan sebelum hilang, menurut majalah New Scientist.

Data tersebut mungkin membantu penyiasat memahami apa yang tidak kena kepada pesawat itu dengan tiada sebarang petanda sejak ia hilang pada awal pagi Sabtu, menurut laporan itu semalam.

“MAS tidak mendedahkannya jika mendapat sesuatu daripada data Acars,” katanya merujuk kepada Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (Acars) yang mengumpul secara automatik empat laporan teknikal setiap penerbangan bagi memudahkan jurutera mengenal pasti masalah.

Laporan itu boleh dihantar melalui gelombang radio VHF atau satelit di tempat berlepas, semasa mendaki, di satu titik ketika terbang atau semasa mendarat.

Majalah tersebut mendapati kenyataan media ke-11 Malaysia Airlines ada menyebut, “Semua pesawat MAS dilengkapi dengan Acars yang menghantar data secara automatik. Bagaimanapun, tiada panggilan kecemasan dan tiada maklumat yang diperoleh.”

“Ia mungkin masih belum ada maklumat kukuh yang diperoleh. Tetapi New Scientist difahamkan syarikat pengeluar enjin Trent 800 Boeing 777, Rolls Royce menerima dua laporan data daripada penerbangan MH370 di pusat pemantauan enjin global di Derby, United Kingdom di mana mereka memantau penggunaan enjin pesawatnya.”

Difahamkan meskipun data enjin dipantau daripada Acars yang lebih besar melaporkan semua penerbangan kritikal dan avionik, ia mungkin bermaksud menara kawalan mempunyai petanda berguna mengenai keadaan pesawat sebelum dilaporkan hilang.

“Pesawat tidak terbang lama untuk mengeluarkan lebih laporan Acars,” menurut laporan itu merujuk kepada pesawat yang hilang daripada radar pada jam 1.30 pagi waktu tempatan.

“Di bawah peraturan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, laporan sedemikian kekal sulit sehinggalah diperlukan penyiasat,” katanya.

Pencarian kehilangan pesawat itu diteruskan untuk hari kelima hari ini meliputi kawasan Laut Andaman, Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Tiada petanda di mana kedudukan pesawat itu sejak ia hilang menjadikannya salah satu misteri penerbangan yang pernah berlaku. – 12 Mac, 2014.

TMI

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive