Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 10, 2014

RAJA BOMOH DAKWA MH370 'TERGANTUNG' ANTARA 3 NEGARA



SEPANG- Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang
sejak Sabtu lalu.Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih
50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.



Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan
pesawat terbabit.Ibrahim berkata,bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu
dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan
dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan
Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.



kedahlanie


74 ulasan:

  1. Hehehehe. Whatever.

    BalasPadam
  2. macam macam

    BalasPadam
  3. This Is What Women Really Want !!
    KLIK HERE !!

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama11/3/14 3:17 PG

    suruh dia beritahu sapa bunuh altantuya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama11/3/14 9:06 PG

      hahaha...altantuya = puteri bomoh
      drp Raja Nujum

      Padam
    2. betul tu...kesian keluarga altantuya taktau sapa pembunuhnya dan tukang arah bunuh..cer pakcik ni tolong kabo..

      Padam
  5. Tanpa Nama11/3/14 3:18 PG

    muka penuh kesyirikan

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama11/3/14 8:11 PG

    macam khurafat je, kalau setakat baca doa tu ok lagi, ni dah masuk macam-macam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama11/3/14 9:43 PG

      Betul. ..

      Padam
    2. bodoh semua ni

      Padam
    3. Sekurang-kurangnya bomoh 2 mbantu dn ada usaha..baik buruknya usaha juga..drpd buang masa ckp mgarut

      Padam
    4. Tanpa Nama13/3/14 9:50 PG

      Usaha , Kalau Syirik Or Khurafat X Guna Jugak . Lagi Baik Dia Berusaha Wat Sembahyang Hajat Ke , Berdoa Kepada ALLAH Ke .. X Syirik , Dapat Pahala Lagi .

      Padam
  7. tanyab plak pru kajang sape menang kalau dia kata zaid sohih bomoh tu dah hilang akal,,

    BalasPadam
  8. mengarutsemua ni.............!

    BalasPadam
  9. Tok bomoh temberang...

    BalasPadam
  10. atuiyai atok bomoh...x yahlah nk cari glamour dgn meneguk di air yang keruh. aku pon pernah sepak babi sampai sawan. dalam firasat aku pon aku boleh rasa MH370 tuh dah mendarat kat mana2. tanpa buat apa2 ritual yang merepek2. x payahlah nk malukan rakyat malaysia dgn benda bodoh cenggitu. ish atok sape lah nih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah mendarat kat Mongolia la beb.....

      Padam
  11. jauh terpesong bomoh ni, teropong balik iman sendiri lah, sedih tenguk buat perkara mengarut2, semua dalam dunia ni milik Allah, DIA Maha Tahu, tak payah nak melebihi Allah swt, memalukan bangsa dan merosakkan agama je feel macam ni.

    hadoiiiiiihaii tok bomoh, bawak2 taubat lagi nyawa ada ni

    BalasPadam
  12. atok bomoh, bleh pinjam bubu tuh....???
    buat tangkap belut. bleh buat sup belut. nak beli mahal tuh

    BalasPadam
  13. Bahan cerita utk majalah mastika ni

    BalasPadam
  14. alamak... ada bomoh la... btl ka dia blh cari ni pesawat? Mcm x yakin la... minta sampai 2 hari tempoh... napa tak bg jwpn hr ni juga..ai yo.. tiada yg setanding kuasa allah s.w.t.. klu dia bdoa dan solat atau guna ayat2 suci minta di berikan ptunjuk ok la... ni bubu dan segala pokok..apa pun hrp2 jumpa ni pesawat dan rasa x baik pula bila kita mharap dgn bomoh spt mduakan allah s.w.t

    BalasPadam
  15. Gi mampus la ko tok bomoh.

    BalasPadam
  16. Siapa2 kehilangan hp,lembu,kerbau,ayam atau kehilangan kekasih boleh la datang ke KLIA mta tlg bomoh ni tgok dlm bubu....

    BalasPadam
  17. pandai lrhh sangat!! hanya Tuhan yg akan berikan kebenaran..

    BalasPadam
  18. Usaha sedaya upaya..selebihnya ALLAH jua berkuasa menentu segalanya..the greatest .the creator..

    BalasPadam
  19. Teror betul bomoh nie..aku rasa kalau CIA, FBI, KGB, Mossad dan MI5 tahu kebolehan dia tentu mereka recruit dia punya..tampar buaya mati bro. Kau agaklah, pernah tak nyamuk gigit dia? Kalau nyamuk gigit dia, dia tampar tak tahulah apa jadi pada nyamuk.

    BalasPadam
  20. Berusaha dan meminta pd allah..mh370..itu adalh pertunjuk dr allah untuk kita semua di muka bumi.

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama12/3/14 1:39 PG

    Ksian tok moh p kutuk dia..nanti dia bomoh kalian bg lenyap kang ke nayo ja.haha

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama12/3/14 8:10 PG

    Nujum pak belalang sudah kembali... semoga tok bomoh bjaya berkat allah s.w.t.. kita doakan kejayaan ini...kita mohon pada allah s.w.t smua usaha mereka di permudahkan...(btl x li?)

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama12/3/14 9:09 PG

    Wlu mcmane pun usaha tetap usaha...tok bomoh pn makhluk tuhan jugak..die nk cari mh 370 pn pakai surah nabi yunus ngan surah yasin..kt situ kite dh nmpk..ade jugak org nk tolong cari...cara kite berbeza tapi nawaitu biar satu...walaupun ade agama lain nk buat cara mereka.kite x boleh hina sesama manusia...agak2 korang..sape yg gerakkan kuasa untuk mencari mh 370.. Kite serahkan pada Allah...tok bomoh tu cuma peralihan yang sementara..satu hari tok bomoh pn binasa kelak...yang kekal hanya Allah..jangan sekali kite merendahkan ilmu Allah. Walupn ia ilmu hitam...namun atas nama ilmu..ia tetap dari Allah jua..al fatihah untuk semua makhluk ciptaannyer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Matlamat xsemestinya menghalalkan cara... Buat la kat tmpat yg xda org utk mengelak fitnah... Itupun kalau btul2 ikhlas nak membantu...

      Padam
    2. Alasan ni aku sokong....kenapa lak nak kena buat cara tu semua kat khalayak ramai??Timbul fitnah pun dah kira dosa dah tu tok bomoh oii

      Padam
  24. We Wait & see . Insya Allah Hanya Yang Esa Maha Mengetahui

    BalasPadam
  25. lucu ny.. bomoh ne.. pok nak msuk tv ka tu.. rasa memalukan m'sia ja... adoiiiii

    BalasPadam
  26. Yg komen lebih2 dn merapu tu buang masa je... klu korang pandai sgt kmu tlg cari pesawat 2.. tok bomoh bniat menolong korang kutuk pula..dia hati dia lbh baik dari hati kamu yg mengutuk dn mhina sesama manusia.. klu dia kurafat ka syirik ka... lantak la yg ptg dia ada usaha... korang apa usaha?mengarut ja pegang hp... lol.. hargai la cikit pengorbanan org tua 2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jakim dah kata dia syirik....apa daaa.
      -mentri bomoh-

      Padam
    2. Kau Dah Tau Dia Syirik , Dia Khurafat , Kau Nak Tengok Je ? Itu Kita Sebagai Manusia Yang Dah Pandai Berfikir , Kita Tengok Dah Tau Salah , Kalau Anak-2 Kecil Yang Tengok ? Macam Mana ? Buatnya Mereka Percaya Dan Cuba Mengamalkanya ? Kalau Dah Tahu Salah , Khurafat , Syirik , Songsang , Kau Nak Biar Je ? Buatnya Nanti Di Akhirat Kau Dituduh Bersubahat Sebab Tak Menghindari Perbuatan Syirik , Malahan Menyokong , Kau Nak Jawab Apa ? Astaghafirullah

      Padam
  27. Rasanya klu tok bomoh ni ikut cara islam x salah tu... dn niat dia menolong bkn mcm niat korang yg memalukan orang... apa la korang ni... karang kena santau minta tlg tok bomoh juga...

    BalasPadam
  28. Tok bomoh.. buat yg terbaik.. smoga allah s.w.t berkati perjuangan ini.. good job

    BalasPadam
  29. makin meluat plak aku tengok bomoh nih. kalu dia baca ayat2 Al Quran kat situ, aku mmg x der hal. ada ker bawa buah tembikai dhn carpet pelbagai. kalu terrer punyer bomoh, x yah dtg KLIA pon dia bleh dapat petunjuk. nak cari MH370 ke .. nak cari glamour..????

    BalasPadam
  30. ko ni mesti waris bomoh ni .. sbb tu percaya back up baik nyer

    BalasPadam
  31. wei -tanpa nama- 10.44pg. kalu komen kitaorg ni buang masa. habih ko tu hapa?
    anak bomoh tu ker???

    BalasPadam
  32. Kalau dah jupa kapal terbang tu sekiranya tidak selamat......kan wat malu jek..........

    BalasPadam
  33. memang buat malu rakyat msia je bomoh nih. buang masa!

    apa2 pon disamping kita sama2 berdoa untuk yang terbaek, sya sarankan korang baca some information kat blog nih megachannalz.blogspot.com Nampak mcm apa yang ditulis adalah bedasarkan banyak fakta. aku dah mula kumpul balik info yang lepas2 selepas aku baca blog ni. mmg banyak kebenarannyer.

    skrg aku makin sebak dgan tragedi ni.


    BalasPadam
  34. 10.44pg.. aku sokong awk..

    BalasPadam
  35. Cakap besar Oooo mcm gunung.. korang da tau ka bomoh ni amal ilmu hitam?klu apa yg dia buat ni salah d sisi agama napa kerajaan tangkap dia? Dia buat di tempat awam mgkn ilmu dia x terkandas dr islam... ada otak pakai bro.. jgn main tuduh je sesama manusia... hidup 10.44pg

    BalasPadam
    Balasan
    1. (Napa kerajaan x tangkap dia)

      Padam
  36. wow kreatif bomon ni ... aku suka dia beb !

    BalasPadam
  37. Caya la.... cantikkkk... teruskan usaha mu tok bomoh... cayang sama lu.. muah..muah..

    BalasPadam
  38. Love u tok moh..

    BalasPadam
  39. Sape2 yg kena santau sila ke klinik atau hospital berdekatan...

    BalasPadam
  40. Mula2 teropong.. pastu tikar.. pastu bangsi hikmat.. last makjun kuat salasa.. kui3

    BalasPadam
  41. haha.. makjun kuat salasa.. klako2.. tp jga2 sikit.. bomoh ni leh tau kpl tu ade mne skg.. so bla2 msa je dia leh tau gak org ngutuk dia blakang.. kna santau kang..kui3

    BalasPadam
  42. Bengong punya bomoh. Memalukan Malaysia di mata dunia. Memperbodohkan diri sendiri, bangsa dan agama. Nampak sangat tahap IQ setaraf lembu

    BalasPadam
  43. Oh tok bomoh.... semoga bkaya... hendsome la..

    BalasPadam
  44. KENYATAAN MEDIA
    KETUA PENGARAH
    JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
    BERKENAAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH DAN PERKARA YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370

    Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

    JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.
    Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt.
    Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.
    Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.
    Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH swt adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.

    Sekian, terima kasih.
    BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
    ‘Saya Yang Menurut Perintah’

    DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
    12 Mac 2014

    BalasPadam
  45. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  46. syirik betul bomoh ni...

    BalasPadam
  47. dah nama pon bomoh, nampak sangat banyak kuah dari isi. penipu pembelit. kalu dia bleh tau mana paginyer flight tu, nape susah2 kita terima pertolongan org luar. banyak rahsia keselamatan negara terdedah wei.
    insaflah org tua. banyak benda yang lebih menakutkan akan jadi kat kita lepas ni. aku x pahamlah apa yang org tua ni pikir.

    BalasPadam
  48. Ko melebih ko kan tanpa nama cakap x pikir bangsa mana ko dtg?? Org tuh elok juga berdoa ko ada doa? Yasin pun x hafal nak ckp org!!!

    BalasPadam
  49. Tanpa Nama13/3/14 8:04 PG

    Xjumpa xpa...jumpa dpn2 ak pulak tampar muka dy!!!dah kata kuasa allah yg terjadi smua ni,pgl bmoh lg!!!nk bala lg ke?solat hajat pn dah ckup la..bukan xusaha cr...

    BalasPadam
  50. Cerita kapalterbang hilang macam cerita musang berjanggut je hayati ambil iktibar dari cerita p.ramlee ada mesej 1 undamg2 dlm ini saya yg bikin org lain buat salah .salah besar kalau saya buleh padam
    2
    Sultan alam shah bana cakap selepas ni beta tak dgr lagi cerita musang berjanggut kalau dpt tgkap hukum pancumg balik pada kapal td sama tak ketua polis negara ckp siapa keluar isu lain bercanggah kena tangkap akta musang berjaggut kah kah lawak2 23 kali

    BalasPadam
  51. bikin malu seja ,. adakah patut guna bomoh yg teda tau apa2 . lol sangat . bikin malu

    BalasPadam
  52. Inilah bomoh terakhir di Malaysia

    BalasPadam
  53. "Sesiapa yang ingin mengumpulkan duit pencen dari sekarang, boleh mulakan hari ini sedikit demi sedikit disini ",http://www.usahamudah.com/?id=132259

    BalasPadam
  54. I LOVE YOU MR.BOMOH.

    BalasPadam
  55. Enth2 semua propaganda politik...main2 la nyawa hilang,kpl hilang...bg 10 kapal hilang baru tau...ALLAH MAHA MELIHAT,ape yg dilakukan...JANGAN MENSYIRIKKAN DIRI SENDIRI...DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN...

    BalasPadam
  56. wei tok moh...xyah la cari populariti murahan...ape???kes highland tower enko ramal kan??????ko batalkan ilmu hitam arwah mona????buktikan wahai tok moh...pasal highland tower dah runtuh..pengkaji dlm dan luar negara dah pastikan punca..sblm runtuh pasai ape ko x warning??pasal kes arwah..sbb arwah tu dah meninggal beb..mcm2 ko leh ckp..sbb org dah mati mmg xleh menjawab..aku ckp bkn masalah aku xcaya alam ghaib..tp agak2 la tok moh oiii...siap tampar buaya sampai mati lg..klu indet sanabong yg wat,mmg aku caya...sbb sume org sarawak tau dan pernah nampak dia bertarung dgn buaya besar tahun 2005 dekat batang ai..xde pun dia nak kecoh2..apedaaaaaa

    BalasPadam
  57. Aku pn pernah tampar biawak sampai hilang akal...x kecoh pun.. sampai skrg biawak 2 x siuman.. sampai x kenal mak bapa dia..

    BalasPadam
  58. bagi aku ramalan raja bomoh hampir tepat...tergantung di 3 negara..semua dipercayai masih hidup...dia telah guna kelebihan yang diberikan..bukan nak percaya...manusia ada kelebihan masing2..kita tgg dan lihat..

    BalasPadam
  59. Ya btl... 5.50pm

    BalasPadam
  60. 3.25pm bodoh btl ko ni.. mana ko tau akhir zaman? Lagu lol dr semua memandai ni... korg tau apa e2 syirik ka? Jgn ckp klu x tau... klu olmu x culup jgn main ckp ja... bodoh tahap nak mampus

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive