"Hati dan doa kami bersama dengan penumpang, anak kapal dan ahli keluarga mereka," kata ketua pengurus eksekutif kumpulan MAS, Ahmad Jauhari, dalam satu kenyataan.
Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal, dan terdiri daripada 13 warganegara berbeza, kata MAS. Menurut agensi berita China, Xinhua, seramai 160 warga China menaiki pesawat tersebut.
Perhubungan radar dengan pesawat MAS MH370 yang hilang pagi ini terputus di udara yang dikawal Vietnam awal pagi ini, lapor Xinhua.
MAS dalam kenyataannya mengesahkan penumpang pesawat tersebut terdiri daripada warganegara China 152 orang termasuk seorang bayi, Malaysia 38 orang, Indonesia 12 orang, Australia 7 orang, Perancis 3 orang, Amerika Syarikat 3 orang termasuk seorang bayi, New Zealand 2 orang, Ukraine 2 orang, CKanada 2 orang, Russia 1 orang, Itali 1 orang, Taiwan 1 orang, Belanda 1 orang dan Austria 1 orang.
Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkuan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerusi akaun Twitter, menggesa ahli keluarga penumpang dan anak kapal bertenang.
"Kepada ahli keluarga penumpang dalam pesawat, bertenang dan dapatkan maklumat yang sahih. Kami akan maklumkan. Doa untuk semua," tulis beliau.
Pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan menyelamat selepas pesawat yang menuju Beijing itu dilaporkan terputus hubungan dengan Menara Kawalan Udara Subang pada 2.40 pagi tadi.
Pesawat B777-200 itu meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.31 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi tadi.
"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang memulakan operasi mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat," kata syarikat penerbangan itu.
MAS berkata ia akan menyediakan laporan terkini dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.
Ahli keluarga penumpang dan anak kapal disarankan berkumpul di Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA. Untuk maklumat, hubungi 03-8787 1269.
Orang ramai juga boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk maklumat lanjut.
Beberapa nahas kapal terbang melibatkan MAS berlaku sebelum ini.
Pada 10 Oktober, 2013, dua orang terbunuh, termasuk pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96, selepas penerbangan MASwings dari Kota Kinabalu ke Kudat terhempas akibat terlepas landasan ketika mendarat.
Pada 15 September, 1995, 34 orang terbunuh dan 19 terselamat selepas pesawat MAS terhempas berhampiran Tawau. Kemalangan tersebut didapati berpunca daripada juruterbang yang tidak mematuhi prosedur piawaian operasi (SOP).
Kemalangan paling buruk dalam sejarah penerbangan Malaysia adalah di Tanjung Kupang pada 4 Disember, 1977, apabila 100 orang di dalam pesawat MAS terkorban selepas ia dirampas ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Subang.
Beberapa orang kenamaan, termasuk menteri pertanian Datuk Ali Ahmad, pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Mahfuz Khalid dan duta Cuba ke Jepun, Mario García, juga berada di atas pesawat. – 8 Mac, 2014.
TMI
nak ikuti perkembangan terkini pesawat mas mh 370 hilang di ruang udara ikuti di astro awani live 501 live now
BalasPadamBolehkah cuba dibayangkan jika scorpene pula terbang.
BalasPadamPerkembangan terkini pesawat Mas MH370 masih belum dapat dikesan
BalasPadamSAYA berharap pesawat mh 370 ditemui secepatnya,kami rakyat malaysia berterima kasih kepada TLDM,POLIS yang bertumpus lumus mencari pesawat MH370..
BalasPadammacam mana pesawat itu ielang secara tiba-tiba
Padamya Allah permudahkanlah percarian persawat MH370,sesungguh nya kau maha mengahtahui segala yg ada langit dan bumi..Aamiin.
BalasPadamBalasan Allah''terhadap ''ketidakadilan ke atas DSR''Allah malukan Malaysia d mata dunia,,fikirkanlah ,,wahai pemimpin''
BalasPadamkami doa semoga persawat mh370 ditemui, hanya allah yang tahu
BalasPadamya allah selamatkanlah orang-orang dan bayi-bayi yang tidak bersalah di dalam pesawat mh370....insyallah...
BalasPadamHarap semuanya selamat
BalasPadamjangan terlampau lantang mencemuh diatas nasib tidak baik orang lain. kalu jadi kat diri sendiri??????
BalasPadampernah terjadi zaman dahulu kpal terbang,kpl laut termasuk dalam negeri..segi bermuda..dogeng kata wujud...sesiapa yang melimpasi negeri itu akan hilang serta merta..pernah juga dongeng menyatakan sesiapa yg mebuat tak baik dalam sebuah kpl,negeri itu seperti nya sdh tahu ,sepertinya ada puaka dlm negeri itu dan jikaulau melipasi nya akan gaib serta merta...Allahualam..selamatkan pesawat kami ya Allah..boieng 777 MH 370..
BalasPadammacam nilah.. sebelum tu.. simpati dari saya kepada keluarga2 yang terlibat. kepada yang telah membuat keputusan sendiri, x kisahlah sape2. yang kata MH370 dah crash,pikir baliklah. kerana mana2 pihak tidak berhak untuk menyembunyikan kenyataan itu. kalu betul. selagi bukti kukuh x ditemui, tolonglah kesian kat pihak2 yang terlibat.
BalasPadammengapa kah pesawat itu hilang
BalasPadamX tau la..
BalasPadamYa Allah temukanlah pesawat mh370 toe...AMIN ...
BalasPadamKorang semua bersimpati lah kpada kluarga mgsa ...
BalasPadamSye turut bersimpati kpada keluarga mgsa...
BalasPadamInsyaallah, semuanya selamat tu.. teruskan memohon dgnNya:-)
BalasPadamInsyaallah, semuanya selamat tu.. teruskan memohon dgnNya:-)
BalasPadamaku bengkek betollah dgn sorang pakcik nih...nak saguhati dari MAS? wahhh.... mcm menyelam sambil minum airlah plak. janganlah amik kesempatan sangatlah pokcik oii....
BalasPadamdah macam alladin dengan lampu ajaib lah pulak...
dikala semua rakyat malaysia berdoa untuk MH370, tetapi ada hamba Allah yang amat mengharapkan 'pulangan' dari trajedi ini.
BalasPadamsedihnyer....... sepatutnyer sebagai orang yang terdekat dengan mangsa..lebih2 kanlah sembayang hajat n doa pakcik oi....
bukan dok pikir apa benda plak nk demand pas nih..
inilah nama qada dan qadar... takkan x pernah dengar kot
Eemm...
BalasPadam