suarainsan
Khamis, Mac 27, 2014
UNDANG-UNDANG LAPUK JPJ DIKRITIK HEBAT
UNDANG-UNDANG LAPUK JPJ YANG TIDAK BERSESUAIAN DENGAN CUACA PANAS DI NEGARA INI.
Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.
Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.
Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :
• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?
• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.
• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?
• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?
• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?
• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.
• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?
• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.
• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.
• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?
Justeru itu kami ingin bertanya:
APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?
Jika BOLEH:
Alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna.
Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.
Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.
Seharusnya peraturan dan akta yang ‘terlalu lapuk’ dan ‘tidak sesuai dengan zaman’ wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.
Mengenai cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka.
Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam.
Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.
P/s: Haramkan sahaja Penjualan Tinted di Malaysia kalau JPJ tak nak tukar akta.
suarainsan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2014
(481)
-
▼
Mac
(66)
- MH370: KELUARGA PENUMPANG CHINA DIBAWA KE LOKASI R...
- LAWAK AHAD: LAJU
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 29/3/14
- TEORI MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI BUKAN DARI IN...
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 28/3/14
- NAMA-NAMA NERAKA DAN SYURGA
- SATELIT THAILAND KESAN 300 OBJEK TERAPUNG
- UNDANG-UNDANG LAPUK JPJ DIKRITIK HEBAT
- FUHH!!! NASIB BAIK SELAMAT...ENJIN PESAWAT MALINDO...
- GAMBAR BANTAHAN DI KEDUTAAN MALAYSIA DI BEIJING
- Terkini - Najib Sahkan MH370 Berakhir Di Lautan Hindi
- VIDEO MACAI NAIK ANGIN PASAI KANGKUNG
- LAWAK AHAD: AMBIK KO!!!
- GAMBAR LAMBOGHINI KEMALANGAN DENGAN TEKSI DAN TREL...
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 21/3/14
- PERBUALAN MENYAYAT HATI JURURAWAT DAN PESAKIT
- AUSTRALIA DAKWA JUMPA SERPIHAN MH370
- MH370: BAHAN LETUPAN DALAM KARGO BUAH MANGGIS?
- ISTERI BEKAS VOKALIS NIRVANA KURT COBAIN DAKWA TE...
- AKSI TERKINI BOMOH BUBU TEROPONG MH370
- PASANGAN SUAMI ISTERI DARI BOGOR DAKWA TAHU DI MAN...
- BAS JATUH GAUNG DI KM301.5 LEBUHRAYA PLUS
- MH370 TERBANG RENDAH ELAK DIKESAN RADAR
- VIDEO PENDEKAR CABAR TOK BOMOH
- LAWAK AHAD: SITI JANDA
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 15/03/14
- LAPORAN: PESAWAT MH370 SAH DIRAMPAS
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 14/3/14
- VIDEO RAJA BOMOH NAK TAMPAQ KJ
- MUSIBAH
- IMEJ KAPALTERBANG DITEMUI PADA GOOGLE MAPS
- KOD TANGO BERMAKSUD RAMPASAN PESAWAT
- IMEJ SEAKAN PESAWAT DIKESAN MELALUI LAMAN TOMNOD
- KATA-KATA TERAKHIR DARI KOKPIT PESAWAT MH370
- BOMOH MALUKAN ISLAM,JAKIM BOLEH DOK BIAQ???
- TERKINI: RAKIT KAPALTERBANG DITEMUI DI SELAT MELAKA
- MH370 HANTAR DATA ENJIN SEBELUM HILANG
- MAS TERKEJUT DAKWAAN TERHADAP PEMBANTU JURUTERBANG...
- INILAH PUNCANYA ULTRAMAN TEWAS ITU HARI...
- MH370 HILANG: 8 PEMUDA DAKWA DENGAR LETUPAN KUAT
- ADA KUMPULAN DAKWA RAMPAS PESAWAT MH370
- RAJA BOMOH DAKWA MH370 'TERGANTUNG' ANTARA 3 NEGARA
- MH370 HILANG: NELAYAN DAKWA LIHAT PESAWAT TERBANG ...
- MH370 HILANG: OBJEK MENCURIGAKAN DITEMUI 100KM DAR...
- MAHALNYA HARGA SEBUAH LUBANG JUBOQ DI MALAYSIA
- LAWAK AHAD: KEMALANGAN
- PASPORT CURI TAMBAH LAGI MISTERI KEHILANGAN PESAWA...
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 08/03/14
- PESAWAT MAS MH370 DISAHKAN TERHEMPAS KE DALAM LAUT
- PESAWAT MAS MH370 HILANG DI RUANG UDARA VIETNAM
- ANWAR DIHUKUM 5 TAHUN PENJARA
- MAHKAMAH RAYUAN PUTUSKAN ANWAR BERSALAH
- BEKAS EJEN HARTANAH SAMAN POLIS DAN JAIS
- Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas ...
- CERPEN SEDIH SEORANG SUAMI
- ERRA NAFI ADA HUBUNGAN RAPAT DENGAN KU NAN
- LIVE: MALAYSIA VS YAMAN
- SUSPEK SEPAH AL QURAN DIBERKAS
- ANGGOTA POLIS MAUT DISERANG WARGA ASING
- TERUJA GUA TENGOK SUASANA CERAMAH BN PRK KAJANG HOHO
- SUAMI BAKAR ISTERI KERANA CEMBURU
- JOM TENGOK APA KOMEN UAI TENTANG BR1M
- PELAJAR TINGKATAN 4 DIROGOL SAMPAI LEMBIK OLEH KEN...
- LAWAK AHAD: CIKGU UMNO
- LAWAK AHAD: CUCOQ UDANG
- CARA BUNUH NYAMUK
-
▼
Mac
(66)
Lagi satu bab motorsikal apa ke JADAH WAJIB BERNYALA DISIANG HARI? Ramai jugak penunggang MOTOR TERGOLEK KENA LANGGAR.MENTOL LAMPU PLAK KENA TUKAR SETIAP KALI BILA TRBAKAR.KLU TAK NYALA KENA SAMAN PLAK.JPJ TLG UBAH UNDANG2 LAPUK NI
BalasPadamYg ko ikut buat hapa. Org bengap aje pasang lampu depan moto siang2 hari buta..... Tak sapa nak tengok lampu moto ko tu siang2 hair la dol
PadamSupaya kereta lori bas senang nampak ko la bodoh.Ko kan kecik. Nnati bila kena langgar ko kata org yg salah. Fikiran level motosial betul!!
PadamKlu x bkak lampu kna saman la bahalol woi...undang2 gila yg ada kat mka bumi sbab ada rakyat dungu d blakangnya yg sokong...
BalasPadamRasanya masa nak pasang tinted pekedai dah jelaskan lepas atau tidak dengan jpj....kita degil dan amik risiko dari depan sampai belakang tak nampak orang sama juga dengan nombor plate nak yang ranggi je walaupun tahu salah...
BalasPadamSetuju dgn keadaan cuaca panas berikan sedikit kelonggaran guna tinted. Kalau nak tegah perlu menyeluruh termasuk vvip. Rakyat biasa pun bayar segala bentuk cukai jg. Undang-undang tidak ada double standard.
BalasPadamAnak raja pun tak comp[alin la budak kampong. Kalau gelap sangat, penyangak mcm ko susah polis nak nampak dpd luar.
PadamCuba pergi kat parking staff jpj,brapa buah je yg takdak tinted dan guna rim rota,tapi kalau rakyat biasa semua salah.jadi sebelum saman kami pastikan dulu staff sendiri ikut peraturan sebelum kami saman balik.
BalasPadamAnda Pasti Mau Ini !!
BalasPadamKLIK SINI !!
Alaa jpj, Lori bawak bantuan banjir pun di saman nye. Satu jpj jenis kurang berfikir.
BalasPadamMacamana kalau penyamun bawa anak bini korang depan mata korang? Korang sengih aje buat tak peduli? Pasal tak nampak kan?
BalasPadamLepas tu terkangkang kangkang la korang yang dalam angkat tangan kat kawan2 bola berselisih tapi kawan buat dwk aje pasal tak nampak kau kat dalam tu, lagipun kalau angkat tangan dan sengih takut2 bini korang yang bawa kereta tu lepas tu korang pakat gaduh kata kawan2 nak ngurat bini korang.
Cuaca panas? Dol kita kat malaysia ni tuhan lahirkan kita cukup sesuai dwngan cuaca disini, cahaya yang sedia ada ni memang cukup sesuai untuk kesihatan kita, banyak alasan korang.
Dol, korang kena faham ni, cermin gelap tu hanya alasan dibandingkan keperluan untuk mengelak sinar uv konon, sebenarnya yahudi2 tu create supaya manusia hidup sombong dan pentingkan diri sendiri, cermin gelap adalah antara salah satu sebab renggangnya silaturrahim, lebih banyak keburukan dari kebaikan tak kira lah yang guna tu orang biasa atau vvip.
Yang vvip pun perasan bagus, important person konon, dol orang tak akan kacau korang la kalau perangai tu baik dan tahu harga diri
Macamana kalau penyamun bawa anak bini korang depan mata korang? Korang sengih aje buat tak peduli? Pasal tak nampak kan?
BalasPadamLepas tu terkangkang kangkang la korang yang dalam angkat tangan kat kawan2 bola berselisih tapi kawan buat dwk aje pasal tak nampak kau kat dalam tu, lagipun kalau angkat tangan dan sengih takut2 bini korang yang bawa kereta tu lepas tu korang pakat gaduh kata kawan2 nak ngurat bini korang.
Cuaca panas? Dol kita kat malaysia ni tuhan lahirkan kita cukup sesuai dwngan cuaca disini, cahaya yang sedia ada ni memang cukup sesuai untuk kesihatan kita, banyak alasan korang.
Dol, korang kena faham ni, cermin gelap tu hanya alasan dibandingkan keperluan untuk mengelak sinar uv konon, sebenarnya yahudi2 tu create supaya manusia hidup sombong dan pentingkan diri sendiri, cermin gelap adalah antara salah satu sebab renggangnya silaturrahim, lebih banyak keburukan dari kebaikan tak kira lah yang guna tu orang biasa atau vvip.
Yang vvip pun perasan bagus, important person konon, dol orang tak akan kacau korang la kalau perangai tu baik dan tahu harga diri
Masaalahnya rakyat pasang kena saman tapi staff Jpj lepas. Itu yg kita tak puas hati.
Padamhaaa tu xtgk lg keta depa sendri hat buat sewa...semua tinteddd.. kbykn keta sewa tu semua hat polis ng org kja mcm depa ni lah...sbb tu no double standard. senang lupus trus... baru adil. kt kubur nti pun xleh nk usung vvip pangkat korang tu Dol!
PadamApa pun, saya setuju pegawai2 JPJ la ni memang tak berkualiti. Malas baca. Tak tau baca. Baca tapi tak faham. apa lagi bahasa undang2 Apa lagi kalu dlm bahasa inggeris. Depa tak tau mana yg salah, mana patut saman, mana patut bawa mahkamah. Depa hanya mau jadi mcm polis. Patutnya depa jauh lebih tinggi dpd polis dlm hal pengangkutan jalan.
BalasPadamUndang2 ok. Boleh bawa bincang utk ubah mana yg patut. Tapi, otak yg berbincang mesti jgn otak motosikal.
klau cermin gelap tdk dibenarkan maka haramkan pd semua kenderaan . jgn pilih bulu samada vip atau org biasa. klau nak saman mesti saman semua.jgn kira org besar ka kecik ka !!
BalasPadamKita mesti berbaik sangka… tinted mmg mebahaya byk mnyumbangkn kemalangan, jenayah, maksiat dan lain2 yang buruk2 saja walaupun sifatnya lebih kepada melindungi seperti topi keledar dan pakaian.
BalasPadamUntuk mengelakan kepanasan dan memandu dalam keadaan steres, gantunglah ape2 kain di cermin kenderaan… .selain dapat mengindahkan pandangan dengan warna warni dan berbagai bentuk… mudah2an dapat lebih ramai pelancong datang.
Cuma ingin tahu..
BalasPadam1. Bahaya Cermin gelap/tinted… . . “pemandu memandang dari dalam kereta ke luar atau dari luar ke dalam kereta.“?
2. Antara tinted dengan lain2 assesori termasuklah kain batik, tuala dan lain2 mana lebih bahaya untuk pemanduan.?
3. Salain dari saman, kompaun mengapa tidak di sertakan surat jaminan polis, jpj tentang keselamatan pemandu dan harta benda dalam kereta yang boleh di selesaikan dalam masa 10 hari. ?
4. Tinted di dakwa penyumbang besar kepada jenayah….“apa bezanya dengan topi keledar, jeket, penutup muka, sarung tangan dan banyak lagi“?
5. Salah ke pemandu membuat penambahbaikan dari segi keselamatan dan keselesaan dalam pemanduan?
Beri kebenaran penggunaan tinted pada kenderaan pesendirian selagi boleh nampak orang dalam kereta.
der..tinted kalau gelap sgt takot penjenayah kidnap dlm keta xnmpak ank bini kita ye..mcm mana plak kalau terlalu cerah..ko cuma cakap dari satu sudut..kalau bini ko drive sorg2..kat traffic light..cermin transparent..lagi bahaya..pecah cermin lg..ada jpj nk bertanggungjawab..cuba ko tgk balik misi jpj..xda pun pasal utk elakkan jenayah..apakah tinted merupakan penyumbang utama kpd kemalangan..apj1987..dah terlalu lama..buat amentment la..xpun mmg saja xnk buat amenment sbb ni sumber rezeki..
BalasPadamDh tau keputusannya… ......lbh menjaga kselamatan harta benda drp nyawa sbb harta benda klu hilang x blh ganti bbanding nyawa.. ..kselamatan pnumpang bgantung pada pemandu… .klu mmandu dalam keadaan ustres panas n silau agak2 macamana dgn keselamatan penumpang. Sy rasa % ktelusan cahaya semua cermin d kurangkn bagi seragam bukannya bebelang2 mcm taik cicak lg pn tinted skrg dreka khas utk pmanduan.
BalasPadamKenapa kebanyakkan undang-undang Jpj menyusahkan rakyat.?
BalasPadamTak kisahlah kalau ramai golongan remaja tak nak ambil lesen. Nak lulus pun susah. Lesen makin susah dapat,tapi kadar kemalangan tak menurun pun.
Saya telah di Saman oleh pihak JPJ bahawa saya langar trafik merah.Malah saya tidak melanggar trafik merah.
BalasPadamApabila saya diberhentikan ,saya di beritahu ada bukti kamera yang telah di tangkap oleh salah satu angota JPJ yang memegang camera tanpa uniform..apabila saya menyuruh membuktikan...saya di suruh pergi ke JPJ ..apabila saya menanya bukti, mereka berkata akan di kemukakan di mahkamah..saya pun pergi ke mahkamah pada tarik di tetapkan. Di Mahkamah di beirtahu bahawa kamera tersebut adalah kamera samaran dan tiada bukti yang saya langgar lampu isyarat merah.
Mereka membawa 4 saksi malah yang ke tiga saksi tidak melihat saya melangkah tetapi hanya mengikut arahan seorang angota yang memegang kamera. Saya mempunyai 3 bukti kukuh yang saya tidak melangkah lampu merah. Akhirnya saya di saman sebanyak RM1500 atau 2 bulan penjara atas kesalahan yang saya tidak buat oleh Majistrate di Seremban. Tetapi saya membawa kes ini ke mahkamah tinggi dan tarikh akan diberi pada 7 march 2019. Saya telah pergi ke Mahkamah lebih dari 11kali untuk membuktikan saya tidak bersalah di Majistrate