Jumpa rakit getah di Selat Melaka
Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.
Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.
"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.
"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.
"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.
"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.
"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.
Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.
Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu.
Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.
HM
Apalah bengongnya pegawai APMM ni, nelayan bukan main 'kepung' lagi depa ambik mudah....sakit hati pulak aku baca!
BalasPadamYaa Allah, ampuni kami. Engkau permudahkan pencarian ini & kembalikan mereka dengan selamat. Kami mohon kepada MU. Amin..
Takut tembelang pecah kut, itu rakit PATI. Ingatkan tiada orang ambil peduli jika terjumpa, tetapi berikutan kes MH370 itu sebarang penemuan yg mungkin berkait dilaporkan.
BalasPadamSatu kotak hitam berwarna merah ditemui timbul dan isinya telah dikosongkan.
BalasPadamyaa allah engkau permudahkan pencarian ini dan kembalikan mereka dengan selamat.
BalasPadamAPMM semakin bertambah hebat pulaaa .... Pula, dah !
BalasPadamAPA punya cilaka daaa. Nelayan bole jaga baik tapi Apmm sudah kasi hilang daaaa. Apa punya cilaka daaaa
BalasPadamObjek bernilai yg mungkin boleh membantu sudah hilang. Mungkin APMM tiada kemudahan pada waktu itu sbb pakai bot kerana ingin cepat sampai ke lokasi dan bukan guna kapal
BalasPadamAPMM ikatlah objek tu bagi pelampong..boleh tarik ke tepi pantai.... saja bg dia tenggelam. ..nelayan tu tentu ada peralatan tersebut. ..Aduhai Malaysia ku. ...l
BalasPadam