Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 05, 2014

SUSPEK SEPAH AL QURAN DIBERKAS



Seorang lelaki 28 tahun telah ditangkap malam tadi di Kampung Pengkalan Teras, Keluang. Lelaki ini mengaku telah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Lelaki ini ditangkap setelah mendapat maklumat daripada pihak hospital yang mendapati seorang pesakit yang dihantar oleh sepupunya kerana kecenderaan dikaki akibat terkena serpihan kaca. Setelah didesak ia mengaku membuat perbuatan seperti yang dilaporkan.




Seperti yang saya tulis sebelum ini pintu kaca masjid ditendang dan ada kesan darah pada serpihan kaca adalah antara tanda untuk jejak kepada suspek.

Kalau mengikut keterangan sepupu lelaki berkenaan, suspek mengalami sakit mental. Sebelum ini sepupunya telah membuat posting dalam facebook berkenaan kejadian semalam.



tempayanretak

Suspek sepah al-Quran diberkas

Kuala Terengganu: Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di Besut, jam 5 petang semalam, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes al-Quran yang dicampak di dalam masjid dan lubang tandas di Masjid Limbongan dan Masjid Nasaruddin Shah, Kampung Raja.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, dengan penahanan suspek, pihaknya percaya dapat menyelesaikan kes itu.

BERITA KES 4/3/14:

Penduduk di Kampung Limbongan di Besut dan sekitarnya hari pagi tadi digempar apabila menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan merosakkan beratus-ratus naskhah Al-Quran dan kitab hari ini.



Dalam kejadian yang disedari kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Al-Quran, kitab dan buku yasin milik masjid itu didapati dibuang merata tempat termasuk di dalam dan luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.



Yang menyedihkan terdapat beberapa naskhah Al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas.



Laporan Polis seperti dilampirakan di bawah:-



As salam YDH Tuan. Untuk makluman YDH Tuan. Bersabit Kg Raja Rpt: 1071/14, P/Penyiasat: Insp.Azira Bt Md Razak, 4/3/2014@0310hrs



Butir-butir Pengadu:

Nama: Engku Mi Bin Engku Hassan

Kp: 530105065037

Umur: 61

Kerja: Berniaga/KRT/SRS

Alamat: 1394 Kg Limbonhan 22200 Kg Raja Besut Trg





Ringkasan kes:



Pada 4/3/2014 jam lebih 1.30 pagi semasa pengadu sedang buat rondaan KRT/SRS di kawasan Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg telah singgah di Masjid Kg Limbongan dapati dalam keadaan baik.



Seterusnya pengadu buat rondaan dan singgah di rumah kediaman YB Mahadi Bin Musa yang terletak berhampiran. Pada 4/3/2014 jam l/kurang 2.30 pagi pengadu pergi semula ke kawasan Masjid Kg Limbongan Kg Raja telah dimaklumkan oleh anggota SRS yang membuat rondaan bermotorsikal mengatakan bahawa telah menjumpai Al-Quran dalam keadaan berselerak di depan tangga pintu masuk masjid, di dalam mangkuk tandas,dan di tempat solat. Terdapat juga barang-barang lain seperti kipas dinding dan pintu sliding tempat solat telah dirosakkan dan di pecahkan. Pengadu syaki perbuatan tersebut dikhianati oleh orang yang tidak dikenalpasti.



Hasil siasatan IO:



(1) temubual dan rakam percakapan pengadu.



(2) Hasil rakaman percakapan pengadu dapati pengadu tidak kenalpasti saspek yang melakukan perbuatan tersebut. Menurut pengadu tiada saksi yang nampak semasa kejadian berlaku.



(3) Ke tempat kejadian bersama Jurufoto Kpl/D Ramli Sulaiman iaitu Tempat kejadian adalah di Masjid Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg. Tiada alat CCTV dipasang.



(4) Pohon bantuan Unit Forensik D10 IPK Trg untuk siasatan lanjut tempat kejadian di ketuai oleh Insp Shamendra.



(5) Arahkan CPJ/Detektif dapatkan maklumat lanjut dan kesan saspek yang disyaki.

Perkembangan lanjut akan dimaklum semula.Terima kasih YDH Tuan.



Al Quran Berselerak



Sekitar tangga Masjid



Dalam Mangkuk tandas







Mengikut papaan CCTV ada 2 kelibat masuk dengan memakai top keledar pada pukul 11.28 malam. Daripada pergerakan yang terus ke hadapan mimbar menunjukkan kelibat berkenaan agak mahir dengan kedudukan masjid dan ini dipercayai adalah orang Islam sendiri.



Walaubagaimana pun pihak polis masih belum mengesahkannya melainkan siasatan rapi dibuat.



Ada kesan darah pada muka hadapan pintu masjid dipercayai adalah kesan darah kaki kelibat yang menyempak peralatan masjid dan pintu ketika ingin masuk masjid.



Perkara ini sedang disiasat termasuk dengan bantuan anggota forensik yang didatangkan dari Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu dan penduduk dan masyarakat Islam diminta bertenang. TEMPAYAN RETAK




2 ulasan:

  1. mohd azrul5/3/14 8:29 PTG

    dia sakit mental dia mungkin dengar suara -suara supaya buat macam itu

    BalasPadam
  2. mohd azrul5/3/14 8:30 PTG

    dia sakit mental dia mungkin dengar suara -suara supaya buat macam itu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive