Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 31, 2014

MH370: KELUARGA PENUMPANG CHINA DIBAWA KE LOKASI RAHSIA



SUBANG - Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.

Kelihatan anggot keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.

Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan kerjasama.

Kira-kira 48 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China semalam untuk menuntut penjelasan dan maklumat terperinci mengenai misi SAR yang dilancarkan di Laut Hindi.

Kumpulan tersebut yang menetap di Hotel Holiday Villa, Subang telah dibawa keluar oleh pihak MAS dengan bantuan polis pengawal dan sukarelawan ke suatu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

SH


4 ulasan:

  1. dlm isu ini kerajaan sembunyikan sesuatu dimana najib kata pesawat terhempas di lautan hindi.

    BalasPadam
  2. dah banyak sanagat menipu nya naik geli dah nak dengar certa ni

    BalasPadam
  3. ya Allah selamatkanlah kru dan penumpang MH370
    Temukanlah semula kami dengan mereka

    BalasPadam
  4. Mohd azrul byk yg tersirat dn yg tersurat. Anda x pnh jd pemimpin. Cuba selami jika anda jd pemimpin sbuah ngara kecil. Byk yg nk dijaga

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive