Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 10, 2014

MH370 HILANG: NELAYAN DAKWA LIHAT PESAWAT TERBANG RENDAH DI HARI KEJADIAN

Nelayan dakwa lihat satu pesawat terbang rendah


Gambar Hiasan


Seorang nelayan di Kota Bharu mendakwa terlihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan awal pagi kelmarin.

Azid Ibrahim, 66, berkata dia yang membawa lima kaki pancing ke kawasan itu, melihat pesawat tersebut terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut kira-kira jam 1.30 pagi, lapor Sinar Harian hari ini.

"Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia terbang lebih rendah daripada biasa.

"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan dibawah awan. itu saya hairan," kata seperti dilapor akhbar harian itu.

Dia yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, selepas mengetahui kehilangan pesawat MH370 semalam, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam.

"Saya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat)," katanya.

Sementara itu, Berita Harian hari ini melaporkan tiada sebarang perubahan cucaa ketara berhampiran perairan Malaysia yang dilihat boleh mengancam pesawat MH370 pada waktu dilaporkan.

Pegawai Meterologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meterologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim memaklumkan keadaan cuaca dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi, berdasarkan imej satelit diperoleh daripada Agensi Meterologi Jepun tidak memberikan ancaman kepada pesawat.

"Walaupun Jabatan Meteorologi sudah mengeluarkan amaran keadaan angin kencang dan laut bergelora semalam (kelmarin), ia hanya bagi kawasan perairan Sabah dan Sarawak tanpa membabitkan kawasan disyaki," katanya seperti dilapor akhbar itu.

MK

8 ulasan:

  1. Desas-Desus dalam internet menyatakan bahawa kemungkinan besar adalah kapal terbang tersebut diletupkan kerana ingin menutup dan mengurangkan berita penghukuman 5 tahun keatas ketua pembangkan Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat Saiful.

    Kalau dulu C4 boleh digunakan untuk letupkan mayat Althantunya, apakah C4 boleh digunakan untuk letupkan Kapal terbang MH370. Malaysia Boleh.. Malaysia sebuah negara yang mampu melakukan segala-galanya.

    BalasPadam
  2. kalu ia pon, nape nyawa manusia yang x berdosa jadi pertaruhan.

    BalasPadam
  3. Usahlah dok pi buat reka cerita yang boleh masuk akal bawa-bawalah beristigfar dan berdo'a semoga Allah beri petunjuk dan hidayahNya pada mereka yang sedang berusaha mencari tu jangan pula kita dok pi memandai dan gatai mulut dok kata yang bukan-bukan ,nanti Allah keraskan lidah kita puas hati langsung tak boleh nak becakap.

    BalasPadam
  4. Hang igt dlm kapai tu semua warga Malaysia ka nk main letup2 ikut suka..Paling ramai adalah warga China..nk cari masalah dgn Negara China ka buat mcm tu..jgn la mcm ni bro..gua x smpai ke situ fikir bro wlwpun gua menyampah dgn gomen kita ni..

    BalasPadam
  5. Pray.for.mh370.

    BalasPadam
  6. Betul bro. Ini semua adalah percaturan amerika zionis laknatullah.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama11/3/14 1:33 PG

    Killing two birds with one stone to calm of the recently warmed story of Anwar Ibrahim saga, in this country and globally and also damage the reputation of Hishamuddin Onn with Zahid as well. Can you guess who is/are the culprits is/are likely involved, if this was an act of planned sabotage? Through previous history, can be said that the director seemingly is the same person to perform it.

    BalasPadam
  8. orang pening nak cari mana mh370 hilang, yang korang sibuk dengan politik korang.politik tahi masin korang tu.at last hala kepala otak korang kt politik tahi masin tu..helo, korang pegi lah kt mana2..tepi hutan ke, tepi hway ke..ckp la hujah politik tahiu masin korang tu..tak tau adap punya manusia.asyik2 ke situ ja..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive