Ahad, Mei 10, 2009
15000 HADIR CERAMAH NIZAR DI MARAN
Ceramah Umum Di Kg.Embun Maran, Lebih Dari Lima Belas Ribu Rakyat Hadir Untuk Dengar Ucapan Nizar Tentang Kemelut Di Perak
MARAN [2.30 am] - Lebih 15,000 penyokong Pakatan rakyat telah hadir beramai-ramai bagi mendengar ceramah umum yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak yang sah dan juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, YAB Dato' Seri Ir.Nizar Jamaluddin (foto) di Markas PAS, Kg.Embun dekat sini malam tadi. rakyat yang hadir berbondong-bondong tanpa mengira kaum telah datang serta sanggup bersusah payah untuk hadir biarpun tidak diberikan sebarang imbuhan oleh pihak penganjur. Inilah bukti bahawa rakyat Pahang juga sudah menerima satu "anjakan paradigma" untuk melakukan perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang pastinya. Tinjauan krew kami mendapati, kehadiran rakyat yang ramai itu telah mencipta satu sejarah baru buat Pakatan Rakyat di parlimen Maran dan negeri Pahang khasnya. Kelihatan deretan kenderaan yang diletakkan ditepi jalan Temerloh-Maran sejauh satu hingga dua kilometer jaraknya. Suasana program ceramah Pakatan Rakyat malam tadi sungguh meriah dan berjaya memecahkan rekod kehadiran rakyat semasa kunjungan Ketua Umum PKR ke Kuantan baru-baru ini. Malah, kutipan derma orang ramai yang mencecah RM13,000 jelas sekali menggambarkan bahawa rakyat sanggup memberi sokongan dana sebanyak mana sekali pun demi sebuah perjuangan. Turut berceramah malam tadi ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Teng Chang Kim dan ADUN Tras iaitu YB Choong Siew On. Pengerusi majlis ceramah malam tadi telah dikendalikan oleh Peguam PAS Pahang iaitu saudara Abdullah Abdul Karim.
Ceramah dimulakan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dimana beliau lebih banyak menyentuh tentang perkembangan politik semasa di Pahang. Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga amatlah berharap agar sokongan rakyat dapat digandakan lagi dalam merealisasikan hasrat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri dalam pilihanraya umum akan datang. Beliau juga telah mengumumkan pelancaran kempen "Bulan Infak PAS Pahang" bagi mencari dana untuk membayar kos pembelian pejabat perhubungan PAS Pahang yang baru di Temerloh. Menurutnya kos harga bangunan terbabit mencecah RM600,000 dan PAS Pahang diberi tempoh 60 hari lagi untuk melunaskan bagi bayaran tersebut. Justeru itu beliau menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu untuk memberi infak kepada pembinaan bangunan yang bakal menjadi mercu tanda PAS Pahang itu nanti. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kehadiran YAB Dato' Seri Ir.Nizar malam tadi. Ceramah kemudian telah disambung oleh YB Choong Siew On, ADUN Tras. Beliau tidak banyak memberi ulasan, cuma lebih kepada ucapan penghargaan atas kehadiran begitu ramai penyokong Pakatan Rakyat dalam ceramah pada malam itu. Beliau turut menegaskan bahawa parti DAP Pahang akan terus memberikan komitmen untuk berkerjasama dengan PAS dan PKR dalam usaha menakluki Pahang pada pilihanraya umum ke-13 nanti.
Ceramah kemudian diteruskan oleh YB Teng Chang Kim (foto), Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. Dalam ceramahnya yang diselang selikan dengan unsur "sinis dan humor" yang menggelihatikan orang ramai itu, YB Teng telah memberikan sedikit ulasan tentang hak-hak Speaker DUN yang sukar untuk dinafikan. Beliau menyatakan demikian kerana kecewa dengan senario rampasan kuasa Speaker yang berlaku di DUN Perak baru-baru ini. Beliau juga menjelaskan serba sedikit tentang perkembangan politik semasa termasuk keyakinan rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu. "Satu kajian, telah dibuat oleh sebuah media bebas baru-baru ini yang membuktikan bahawa lebih 70% rakyat Selangor amat berpuas hati dengan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor" katanya. Beliau turut menjelaskan beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan Selangor dalam memberikan kebajikan kepada rakyat. Malah katanya, parti PAS, PKR dan DAP boleh bergambung dan tiada masalah sebenarnya. Ini kerana masing-masing mempunyai hala tuju yang sama iaitu bagi membela nasib rakyat. Itulah yang paling utama katanya. Beliau juga turut mengulas serba sedikit tentang langkah terdesak yang dilakukan oleh kerajaan bagi menggembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka. Malah, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak katanya adalah PM yang paling "suwey" dalam sejarah Malaysia. Ini kerana berbagai insiden yang tidak diingini berlaku semenjak Najib berkuasa. Diakhir ucapannya beliau amatlah berbangga dengan kehadiran begitu ramai rakyat malam tadi, dan amatlah berharap kehadirannya ke lokasi yang sama pada masa akan datang Pakatan Rakyat adalah kerajaan di negeri Pahang, sambil menambat tepukan gemuruh dari kalangan rakyat.
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Mei
(363)
- PKR MENANG BERGAYA
- LIVE DARI PENANTI
- TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: JOM PAKAT PI MENGUNDI
- SPR BUANG TABIAT?
- LAWAK AHAD: TEH PANAS
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 MEI 2009
- ATUK NENEK DAN CUCU CICIT UMNO SAMA KE?
- Lim Beri Keterangan, Gobala Pula Dipanggil Polis
- UMNO BN GUNA TAKTIK LARI KE TAIWAN
- UMNO BN Gerun Program Atasi Kemiskinan Tegar Pulau...
- Rayuan Zambry Diterima???
- Dana Awam Dibelanjakan Secara Culas, Pakej Ransang...
- Warkah Untuk Kak Min
- KATAK 2SEJOLI DAN SI TANGGANG
- Kemelesetan: Rakyat Kian Gusar, Umno Terkial-kial
- PKR Bantah Umno Ceramah di Penanti
- UPP rampas barangan seks dari China
- Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - ...
- Panduan dan Doa Mendapat Pasangan yang Soleh.
- UMNO Halalkan Apa Yang Haram
- Umno Cuba Perdaya Pengundi Penanti, Anjur Lawatan ...
- Umno Penanti Bawa Lari Pengundi Ke Padang Besar
- PRK M.U 14 JULAI 2009
- GAMBAR TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: UMNO BN TURUT PERANG BENDERA
- TARIKH PRK M.U DITENTUKAN HARI INI
- ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?
- MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA...
- LAWAK PAGI RABU: Tersasar Lagi
- Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pili...
- KEDAH TEWAS LAGI
- DEBAT ZAMBRY VS NIZAR: RAIS TUNGGU
- Ketua-Ketua Kampung Saman "Menteri Besar Mahkamah"
- RAKAMAN SEMBANG KOSONG?
- Nizar : Zambry kena bubarkan DUN kalau dia anak ja...
- LELAKI MENGAMUK MAUT KEMALANGAN
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26 MEI 2009
- 14 Tahanan Dibebaskan
- Kedah hutang RM2b ketika Pakatan ambil alih
- NIZAR MENANG DI HATI RAKYAT,ZAMBRY MENANG DI HATI ...
- UMNO: HANGPA BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU YE
- Hangpa Jangan Dok Peleceh Umno BN
- UMNO: OOO BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU EK??
- TERKINI : WAKIL RAKYAT TURUT DITAHAN
- PR MAHU BAWA PERUBAHAN BUKAN DABIK DADA
- Polis ganggu majlis puasa sunat/mogok lapar, lima ...
- Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang
- Puasa sunat Nizar diputar belit media
- Nizar vs Zambry: NAK BERDEBAT PULAK
- Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penj...
- ZAMBRY BUAT LAWAK
- Pas ajak rakyat berpuasa
- Anwar: Jauhi politik perkauman, sokong pemimpin be...
- Siri Lawak Badut Nasional Sudah Bermula
- CATATAN PENANTI DS ANWAR
- Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar
- Hadi: Pakatan mahu bawa rakyat keluar dari kemelut...
- JANGAN MAIN-MAIN DENGAN KUASA RAKYAT
- Jumlah undi, indikator pada sokongan Pakatan Rakyat
- HANG JANGAN DOK BUAT LECEH
- Tanda Jelas Umno BN Akan Berkubur
- Nizar vs Zambry: KOMEN SPONTAN PROF. DR AZIZ BARI
- WABAK PERAK BERJANGKIT PPP?
- Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi
- UMNO BN HARAP MAHKAMAH,PR HARAP KUASA RAKYAT
- Penanti: Jentera Pakatan Rakyat turun ke kampung
- UMNO PAS: BERCITA CITA INGIN JADI CALON PRK DUN MA...
- Rampasan Kuasa Umno-BN Di Perak Ala Lanun Somalia
- LAWAK AHAD: TELUR AYAM
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23 MEI 2009
- Umno Pas: Manik Urai Jadikan Hadiah Untuk Najib
- PENANTI: SIAPA DIA AWEK NI?
- Nizar: Kalah Di Mahkamah Rayuan, Menang Di Mahkama...
- KEMPEN PENANTI: SAKSIKAN DRAMA DI KACA TV
- umno fobia: ADEGAN YANG DIRINDUI DI PENANTI
- PENANTI: AMINAH NAK DEDAH BUKTI
- umno fobia: PENANTI 4 CALON BERENTAP
- umno fobia: LIVE DARI PENANTI
- umno fobia: SEKITAR PENAMAAN CALON PENANTI
- UMNO BN AKAN KALAH TERUK DI M.U
- MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBA...
- UMNO BN JANGAN TERUJA LEBIH-LEBIH SANGAT
- LIVE DARI MAHKAMAH RIMBARAYA
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 22 MEI 2009
- Nizar vs Zambry: ENDING YANG MEMUALKAN
- umno pkr: JOM PAKAT PI PENANTI HUJUNG MINGGU INI...
- Nizar vs Zambry: Adakah wujud unsur diatur dalam k...
- Nyanyi Happy Birthday To You Dalam Black Maria
- Nizar vs Zambry: ZAMBRY MENANG
- Nizar vs Zambry: LIVE DARI MAHKAMAH
- Nizar vs Zambry: NIZAR AKAN MENANG PETANG INI
- SIDANG MEDIA NIZAR
- ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.
- NIZAR ZIARAH KELUARGA JAFRI
- Nizar Zambry : Pilihanraya Perak Akan Diadakan Bil...
- MIMPI SEORANG GADIS
- Najib bawa UMNO BN ke hujung senja
- Nizar vs Zambry: ESOK MILIK SIAPA?
- Umno usah degil pertahan kubu rapuh di Perak
-
▼
Mei
(363)